Express yang tak berapa express

on 30 April 2012

As Salam

Apa punya perkhidmatan express kalau macam ni. dari 25 April 2012 pos, hari ini baru nak sampainya... lama tu makan masa hingga 120 jam lagi..

Bayar mahal tapi barang dihantar nak sampai ke tangan pun mengalahkan pos biasa..mana expressnya.

Kesian member..bukannya jauh mana pun..dari Temerloh jea..

Bila barang yang ditunggu-tunggu dah sampai ini..apalagi..niatkan hati untuk kelihatan menawan yer...hope berhasillah segalanya...INSYAALLAH.



Tak sempat nak buat apa-apa


As Salam Semua

Aduh, kebizian melanda minggu ini..next week seminggu outstation... masih belum sempat nak buat apa-apa new entry..terima kasih yang sudi singgah dan tinggalkan jejak komen pada entry tiga hari lepas...INSYAALLAH, jika ada masa akan ema coretkan entry baru yea

Now, mahu angkat bontot dulu..nak kena pergi ambil si kakak balik sekolah..today, my turn pula

Rindu sama korang tau..korang rindu sama ema tak?






First time attend event as a blogger

on 26 April 2012

As Salam

Fuhhhh, nervous sangat petang tadi. first time attend event as a blogger. itupun dapat jemputan last minute. mulanya, tak nak pergi sebab takut sangat. tapi sampai bila nak belajar dan berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dan gembira dapat berkenalan dengan rakan blogger yang datang.

Selesai majlis, terus balik rumah..anak-anak teruja nak bergambar bersama cenderahati sebagai tanda penghargaan..



chef azwa



chef muda aqeel syafiq



Sihat bersama Naturel Organic Extra Virgin Oil

Akan ema ceritakan keseluruhan event ini nanti...tunggu!!!!



Tanggungjawab yang lain...


As Salam

Blogger ada masalah ke sekarang ini? tekan dashboard tak keluar senarai blog yang update entry. kosong saja. maybe, pening-pening lalat dengan template yang barukan. selepas ini dah tak boleh dah nak tukar ke old interface. so, kena belajarlah yang baru. ilmu tu.

Alhamdulillah, azwa sekarang dah mahir dalam '+' dan '-' . cuma kena lebih banyakkan lagi latihan.. sebab bila ada dua angka untuk buat pengiraan akan salah pada susunan kiri dan kanan.



rajin belajar akan dapat upah. lagi 10 hari mama borong banyak-banyak coklat yer.



ke mana lagi tempat untuk borong coklat kalau bukan di sinikan

>

>

>

>

>

>

>

>


>

>

>

>

>

gambar : google



seminggu aku di sini..paling lama tinggalkan anak demi tanggungjawabku yang lain...


ehem..ehem..siapa orang langkawi yer




Burger YB

on 25 April 2012

Bangga dengan anak jati Melayu yang berjaya di dalam perniagaan yang diceburi. dulu kita hanya tahu burger daging dan ayam saja. tapi sekarang dah banyak ciptaan burger yang ada. antaranya burger bakar dan burger YB.

Yea, baru dengar pasal burger YB. burger bukan untuk orang atasan Yang Berhormat (YB) tapi untuk semua yang tegar makan burger


gambar dari blog tuan empunya burger YB

fuuhhh, boleh habis ke makan sorang-sorang

antara harga burger YB yang ditetapkan adalah

- Sekilo burger RM40.00
- 500 gram burger RM20.00
- 250 gram burger RM10.00


nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI



Wordless Wednesday | Lakonan Hebat



(0_*)



My Target!!!!!

on 24 April 2012

Gambar tahun 2008 di Pulau Langkawi



Semua wanita mengidam-idamkan tubuh yang ideal dengan ketinggian.

Ema memang di kategorikan tinggi...hampir 170 cm

sekarang tinggi masih sama, cuma berat dan bentuk badan dah berbeza

My target, nak pakaikan kembali pakaian 3 tahun yang lepas punya

ramai orang akan cakap 'tak gemuk pun' bila tengok dalam fb, blog atau face to face

yang sebenarnya mereka tak nampak kegemukkan badan tersembunyi di sebalik ketinggian

tapi mereka tak tahu..bila duduk..jelas kelihatan tang gemuknya

4 tingkat dah ni!!!!!!










Buku perhubungan ibu bapa dan guru

Terima kasih cikgu!!!

Mendidik dan mengajar anak selama 3 tahun....



next year dah darjah satu

Terima kasih kepada Cikgu Nurlias dan Cikgu Gaya (dulu) serta Cikgu Shima (sekarang)


Kids Playland untuk mummy daddy pergi shopping

on 23 April 2012


As Salam

Blogger sekarang dah berwajah barukan. ekceli dah lama tapi sekarang dah tukar secara atomatik pula. jenuh juga nak belajar yang baru...tapi bila sekali guna agak memudahkan. nak upload gambar banyak-banyak terus pun boleh...suka sangat macam ini...

Okey, 2 hari tanpa new entry kan...sori sangat-sangat tau....ngeh3x...

Korang shopping selalu bawa anak-anak atau shopping sorang diri. ema selalu shopping akan bawa anak-anaklah..kesian juga mereka asyik terperap dalam rumah. rata-rata tempat shopping sekarang ada tempat untuk tinggalkan anak seperti Kids Playland.

Kids Playland adalah tempat anak-anak bermain permainan seperti menggelongsor, memanjat , melompat dsb. Dengan bayaran RM 4 untuk satu kepala, anak-anak dilepaskan untuk bermain di dalam kawasan berpagar.


Selain itu, disediakan juga permainan yang menggunakan token. so, para mommy daddy kena sediakan duit untuk tukarkan dengan token yer. semestinya, anak-anak akan minta untuk main permainan ini. begitulah dengan si aqeel syafiq ini, tapi kami pandai memujuknya...hehehehe....


 


Walaupun tempat ini dikira agak selamat untuk tinggalkan anak-anak tapi kami tidak sanggup tinggalkan anak-anak semata-mata kami nak bershopping. memadai kami tinggalkan anak-anak di sini untuk mereka bergembira sambil kami menjamu selera dan mata tertumpu kepada mereka.








Kesan Suntikan Epidural

on 20 April 2012


As Salam

Kesan suntikan Epidural enam tahun lepas kian terasa. semalam sakit di belakang memang tak terdaya. terpaksa sapu minyak angin untuk hilangkan kesakitan.

Lenguh-lenguh di belakang semakin berbisa. apakah ubatnya selain berjumpa doktor dan diberi ubat makan.

Kejap lagi nak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mahu tengok ibu muda yang baru bersalin bayi lelaki seberat 3.5 kg.

Tahniah Barkish!!!! dan Selamat Berpantang yer!!!



Kudis Buta

on 19 April 2012

Punca hanya satu iaitu gigitan nyamuk. bila asyik menggaru, biji gigitan nyamuk semakin besar dan menjadi kudis (first gigitan pada paha). tapi lama-lama naik sebiji demi sebiji kudis sebab tangan budak kecil ini asyik menggaru dan bisa-bisa melekat di kuku lalu kudis berjangkit pada kulit betis.



Bila dah teruk terus dibawa ke Klinik 1Malaysia. jumpa pembantu perubatan dan diberi ubat sapu, batuk dan selsema (kebetulan budak kecil tengah batuk dan selsema). diberi nasihat untuk sapu ubat krim ini ketika budak kecil ini tidur sebab bila budak kecil ini jaga. takut nanti budak kecil ini tersentuh ubat yang disapu dan tangan letak dimulut. ubat sapu ini beracun.

Selepas beberapa kali sapu, Alhamdulillah kudisnya semakin baik. tapi ibu kudis itu yang masih belum kering sepenuhnya. jadi, budak kecil ini dah punyai parut-parut kecil pada betis dan paha. alamak, jatuhlah saham budak kecil ini.. tapi mujur dia lelaki.



Jalanraya kami punya!!!!

Dua tiga hari lepas, bunyi bising lori di depan rumah tapi tak keluar pun. malas nak layan. layan tv lagi bestkan. dari pagi sampai ke petanglah bunyi bisingnya. tapi tidaklah sampai membingit telinga.. bila mr. ery balik dari opis dia cakap " mama tak tengok ke orang buat jalan kat depan". aku cakaplah tak..sebab memang tak tengok dan intai pun. pastu mr.ery cakap lagi "jomlah, kita pergi depan, ramai yang bermain kat atas jalan tu."

macam best pula bunyinya..aku bawa aqeel ke luar rumah..



memang jalan tengah lengang..budak-budak pun buat tempat main jea..ada tengah main lari-lari..ada main basikal dan ada main badminton...dah seperti jalanraya ini kami yang punya...so, no kereta boleh masuk



aqeel pun bergaya di tengah-tengah jalanraya tu. boleh nampak tak lori kat belakang aqeel yang tengah perata jalan...naik perit hidung bau dia..



dan azwa pula lewat sikit keluar rumah sebab baru siap mandi..tak sahlah kalau tak ambil gambar dia sekali... siap dia cakap lagi "ala, mama ambil banyak gambar adik, kakak tak ada pun"...so, layanlah si kakak ni.



lega dah tak ada lubang-lubang..harap jalanraya ini akan bertahan lama..maklumlah serba serbi kenderaan keluar masuk melalui jalan ini.


Kepala Butut


rata-rata ramai yang tak suka anak berkepala butut. sebab mereka cakap tak lawa kepala butut ini. kepala butut kepala yang panjang ke belakang. aqeel syafiq berkepala butut.


"tengok depan lawa..tapi tengok sisi tak lawa. nampak pelik je"



bila tengok aqeel tidur, memang jarang dia tidur menegak. pasti tidurnya akan mengiring kiri atau kanan



sangat beza dengan kakaknya. kepala azwa leper di belakang. sesuai dengan dia kerana dia orang perempuan. azwa berkepala leper di belakang sebab dia tak minum susu badan. aqeel pula minum susu badan sampai umur dah tiga tahun lebih. minum pula secara baring mengiring kiri atau kanan mengikut mamanya. so, salah siapa?



nak pakaikan baju t-shirt berkolar bulat memang susah sikit. selalu tak akan lepas dekat kepalanya. kena pakaikan baju yang pakai butang penuh. nak pilih songkok pun susah. tahun lepas, belikan baju melayu cekak musang saiz agak besar tapi sangkut kat kepala juga. terpaksa buka jahitan pada leher baju melayunya.



tak kisahlah aqeel berkepala butut pun. mama tetap sayangkan kamu. dimata mama kamu seorang yang comel...dan teletah kamu setiap hari selalu mencuit hati... yang penting, kamu berada dalam keadaan sihat.




Decoration Here | I Love it

on 18 April 2012

Berangan nak menghias dengan hiasan seperti ini di rumah yang entah bila nak siap-siap pun tak tahu lagi...tapi bukan di KL tapi di Kelantan

kalau rumah dah siap harus ke aku bertukar ke sana?



suka...suka...



yang ini pun sama...nak letak kat tiang-tiang rumah..tapi tiang rumah ada ke sebesar ini



wah, beruntunglah kamu berdua yer



time to check-out



Thanks a lot to Berjaya Times Square Kuala Lumpur Hotel staff....exspecially Miss Hirma (camtu kot spellingnya)...dah nak sama dengan my name...ms. ema..oppss mrs. ema.



Nampak apa?

view waktu malam



dan begini view di waktu siang



korang tahu tak building apa ni?



baru tahu ada bangunan baru di Jalan Kenanga ni...tempat borong pakaian, perhiasan



Gayat duduk tempat tinggi-tinggi ini

Nasib baik tak merasa gegaran gempa bumi hari Pertabalan Agong sebab masa kejadian kitaorang dah check-out pagi lagi.


Dihalau keluar tak sampai lima minit masuk ke kolam

on 17 April 2012

Baru saja puji hotel ini best sangat..dah rasa tak puas hati ke?

sampai hati...kesian anak-anak..belum rasa puas pun mandi....dah kena halau...

oh nanti dulu, ada sebabnya kenapa kami dihalau keluar dari kolam walaupun tak sampai lima minit masuk berendam.


Bukan sebarangan orang boleh masuk ke swimming pool ni. hanya yang tinggal di hotel yang boleh masuk. nak masuk kena touch kunci bilik.



Aqeel dah ready nak mandi..si kakak tengah salin baju di tandas



sebelum selam mesti ambik gambar dengan mama dulu...sebab mama tak mandi....



besar kolam renang mereka.pagi sangat orang pun tak ramai



kolam untuk anak-anak pun besar tapi apakan daya mandi cuma seketika



bersih dan terang saja tandas swimming pool



dan inilah sebabnya dihalau dari sana...hujan turun dengan lebat
bahaya untuk mandi dalam kolam



nasib baik anak-anak tak merajuk sebab mandi sekejap saja.

demi keselamatan anak-anak jua


Berjaya Times Square Kuala Lumpur Hotel | Memang Superb!!!










sangat-sangat puas hati dengan servis mereka. bilik yang amat luas. boleh lari..boleh menyorok. staf yang baik-baik belaka...INSYAALLAH pasti ada event di sini lagi..semestinya yer...

oh, ada kenangan mencuit hati tau..korang perasan tak kat tandas tu ada dua mangkuk tandas..tapi cuma satu saja untuk membuang dan satu lagi untuk mencuci tapi anak aku...oppps....sampai sini saja.

 
© Ema Blog All Rights Reserved