Di mana hendak bermula....

on 30 March 2012

As Salam Semua!!!
Alhamdulillah, dah selamat kami tiba di Kuala Lumpur malam tadi
Rindu sangat sama korang semua...sama blog ini...

Banyak benda nak berkongsi
Tapi tak tahu hendak bermula di mana

Yang pasti kami dah terkena penyakit sun burn



Nampaknya kena berkurung dalam rumah selama sebulan ni

Kulit tak putih tak apa..kulit kuning langsat dah jadi asap dah pun


"aunty dan uncle nak tengok gambar kami di sabah tak?"





Off to Kota Kinabalu..Miss you all!!!

on 26 March 2012

As Salam

Bermula esok sehingga hari khamis. blog ini tanpa entri

Tuan blog nak pergi bercuti

Mana lagi kalau bukan ke sini




Selain ronda bandar KK

Tempat utama nak dituju adalah Tip of Borneo

Hurmm...ada tempat yang menarik lagi tak?

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali yer

Miss you all!!!


notajari : ini kali kedua bagi ema tapi kali pertama bagi suami dan anak-anak. nampaknya ema yang jadi tourist guide nanti...jangan tersesat sudah ler.







Sepagi di Klinik Pergigian Tanglin | Penangan Graham Bongsu

Pagi isnin ramai yang terkena penyakit monday blues. tapi aku pagi isnin dah ada di klinik gigi. on the way ke tempat kerja, dalam kereta mula tak tertahan sakitnya gigi. terus pusing stereng menuju ke klinik gigi.

First time nak singgah ke klinik gigi tanglin ini. mula-mula dah nampak signboard pendaftaran. bila masuk dan tanya untuk pendaftaran sakit gigi. tersilap. itu pendaftaran untuk pesakit luar. pendaftaran ke klinik gigi di blok B.

Masuk ambil nombor dan kepilkan pada kad pengenalan. pastu letak kad pengenalan di dalam bakul kes baru sebab tak pernah datang. pembantu perubatan panggil nama dan minta isikan nombor telefon dan alamat tempat tinggal sekarang (ic alamat kampung). bayar RM1 sebab tak bawa GL. alaaa..nak berkira apa RM 1 itukan.

Nombor dipanggil masuk ke bilik nombor 8. duduk atas kerusi dan doktor mula tanya sakit apa. aku cakap gusi bengkak. bila baring doktor mula check setiap inci gigi. kejap cakap missing, filling dan lain-lain. oh ya, setiap gigi ada nombornya tau. bila tiba kat tempat bengkak tu, doktor cakap ini gigi bongsu nak tumbuh. gusi membengkak. so, doktor bagi tiga jenis ubat. ubat tahan sakit, ubat kumur dan ubat antibiotik. doktor pesan kumur air suam dicampur garam setiap kali selepas makan sehinggalah bengkak beransur pulih.



Aku sampai sana jam 8.30 pagi..jam 9.00 pagi dah setel semua. sebelum dapat slip farmasi. aku diminta untuk isi borang penilaian klinik pergigian. perkhidmatan yang terbaik bagi aku. apalagi fullmark lah yang aku kasi. memang sangat memuaskan hati. farmasi mereka pun sangat teratur dengan amalan 5S ( Susun. Sisih. Sapu. Seragam dan Sentiasa Amal) yang telah lama diperkenalkan.

Dah umur 30-an baru nak tumbuh graham bongsu. ini baru di bawah yang di atas belum lagi ni.




sakit gigi lebih sakit dari sakit hati

on 23 March 2012


Dah lama tak kena sakit gigi.

Bila sakit baru nak fikir jumpa doktor.

Time tak sakit hanya buat don't know.

Time sakit tak boleh cabut.

Bawah gusi bengkak atas sakit berlubang.

Aduh!!!!! sakitnya.

Letak kapas semburan minyak wangi kat gigi berlubang baru tahan sikit.



Sakit gigi ini lebih sakit dari sakit hatikan..betul tak?


Kisah adik siti nur fatihah nak salahkan siapa.

As Salam

Umum dah diketahui mengenai kehilangan adik nur fatihah yang asalnya disangka kena culik. tapi selang dua hari kecoh berita kehilangannya yang sebenar adalah diculik atas kerelaan sendiri atau lebih dikenali melarikan diri.

Siapa harus dipersalahkan? Janganlah kita menunding jari kepada adik nur fatihah ini yang telah mengaibkan nama keluarga. jiwa anak remaja sekarang sangat rapuh sekali. demi cinta dan sayangnya pada seorang yang bernama lelaki. terus lupa air muka ibu bapa nak letak di mana.

Seeloknya, adik nur fatihah diberi kaunseling dengan sebaiknya. malah ibu dan bapa mesti turut sama. pasrahlah dengan kejadian yang telah menimpa. Alhamdulillah, adik nur fatihah ini balik rumah juga.

Ditunding dan diherdik pun tak ada guna. cuma kita ambilkan iktibar demi keluarga kerana masing-masing punyai anak dara.

Sekian


Makcik Tukang Urut Beruntunglah Badan

on 22 March 2012


As Salam Semua!!!

Di Kuala Lumpur nak cari tukang urut yang betul-betul susahkan. kebanyakkan berurut pakai kerusi elektrik atau pergi spa kat mana-mana.

Inilah beruntung bila ada makcik yang tugasnya mengurut badan. orang-orang lama ini bila bab main dengan urat-urat dalam badan semua dia tahulah..tak main urut sebarangan urat. nanti lagi sakit urat. betul tak?

Dan semalam makcik mr.ery dari kelantan datang rumah FIL. sampai di rumah FIL lepas balik kerja. mr.ery cakap "mama, tak nak urut badan ke?" of cozlah nak kan. dah lama urat-urat dalam badan ni tak dibetulkan..itu pasal asyik sakit memanjang.

Masa berurut memang sakitlah, kejap kesot ke kiri kejap kesot ke kanan. bila tak tahan sakit. tapi lepas berurut satu badan, terus rasa segar. tidur pun lenaaaa....makcik ema ni datang KL pun gara-gara orang panggil dia untuk berurut...alang-alang dah datang, ada peluang tak akan dilepaskan...malam tadi sampai tiga oranglah makcik kerjakan.



notajari : barulah bersemangat nak tampar bola hari sabtu ini. hope dapat mara ke akhir




Sepetang bersama PROTON, bangga pakai kereta MALAYSIA

Bab automotif ni nak cerita panjang lebar taklah berapa pandai.

tapi bila pergi tengok sendiri depan mata.

fuhhh, banggalah dengan kejayaan PROTON selama ini.








teringin nak pakai MPV.

INSYAALLAH ada rezeki akan kami tukarkan dengan MPV.

Berusaha dan berdoa.

AMIN




Edisi luahan hati | Terima kasih yang aku nak perli yang aku dapat

on 21 March 2012

As Salam

Terima kasih yang aku nak perli yang aku dapat
Susah nak berterima kasih diam pun memadai
Nak kata bergurau memang jauh sekali
Bergurau dan diperli sangat beza situasi

Tak nak ucap terima kasih pun tak apa.
Cuma jangan keluarkan kata-kata yang menyakitkan telinga
Aku hanya menurut kata.
Kalau tak nak tak payahlah terima

Barang percuma tiada siapa yang akan tolaknya.
Tak nak guna boleh simpan saja.
Aku tahu barang itu sekarang tak bermakna
Tak bermakna ambil juga

Bila tak bagi bising pun ada
Bila bagi terima kasih pun tak ada
Bukan orangnya semua sama
Barang itu ada gunanya

Sekarang zaman teknologi IT
Pergi ke mana dah tak bawa barang ini
Barang gadget saja yang orang pakai loni
Alasan berat tak lojik sekali

Ramai lagi yang meminta
Aku sendiri pun tak ada
Cuma kebenaran diberikan kepada berkenaan saja
Aku hanya tolong pass kat semua

Minta maaf jika terasa
Sekadar aku meluahkan kata-kata
Tapi aku peduli apa
Ini sebab blog aku yang punya


Nak minta tolong satu perkara

Siapa tahu nombor telefon Hotel Bayview dekat Pulau Langkawi di sana.
Tak pun hotel apa kat area pekan kuah yang banyak star punya











Syok skodeng benda ni......

punyalah kusyuk budak 3 tahun tengah skodeng apa

bukan budak tiga tahun saja..budak 6 tahun ini pun nak juga...

malah budak 31 tahun pun beria-ia...opsss budak lagi ke



agak-agak apa yang mereka intai-intai kat dalam tu



nilah bendanya

>

>

>

>

>

>

tahu ke apa benda tu?



lampu belakang model proton yang bakal keluar nanti

sebab intai dilubang lampu belakang, nampak lambu belakanglah

kalau depan nampak lampu depan

kalau sisi..nampak pintu jer.

gelap..tak dapat nak agak pun rupanya

tunggulah bila PROTON lancarkannya


terjawab sudah entri sebelum ini.




Budak 3 tahun tengah skodeng

sedang elok anak panah kat dia


Catit pada kelendar 11 April 2012 cuti umum

on 20 March 2012


As salam

Cuba perhatikan kalendar korang tu, 11 April 2012 (Rabu) tak ada apa-apa cutikan.

Tapi sebenarnya tarikh itu ada cuti umum tau.

Catit terus di kalendar takut nanti terlupa ada cuti

Cuti sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Gara-gara tak catit, nyaris nak buat kursus.




Perkhidmatan Sewa Pengangkutan di Kuching Sarawak

Dah lama nak buat entri ini. cuti ke Kuching pun dah hampir sebulan. baru teringat nak buat entri pasal perkhidmatan sewa pengangkutan di sana. masa cuti di sana, kami sewa van yang agak selesa memandangkan kami pergi pun ramai. dan saudara kat sana yang carikan van sewa ini.

Perkhidmatannya sangat memuaskan. orangnya peramah. datang pun tepat pada masanya. kalau yang bercadang nak bercuti di Kuching dan ingin dapatkan khidmatnya boleh hubungi En Ahmat (019-884 6806) atau melalui email arisha081@hotmail.com / mat7630@gmail.com .

Selain pengangkutan, nak perkhidmatan homestay pun boleh. yang ema tak pasti samada sewa kereta ada atau tak. Nak tahu lebih lanjut bolehlah hubungi beliau. ema sewa van RM 600 sepanjang 3H 2M bercuti.



Ini saja gambar Encik Ahmat (berbaju belang) yang ada. nampak sipi-sipi je.

Pengalaman percutian kami di Kuching, Sarawak boleh klik

SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI


Pantang Jumpa Upin & Ipin

on 19 March 2012

Mereka berdua pantang jumpa upin & ipin.
Bergambar disebelah kenderaannya pun dah kira sangat baik.

Adik, buat gaya elok-elok sikit

si aqeel pun membuat gayanya

si kakak mencelah betul,betul,betul




comelkan

Lokasi : Pameran Automotif Proton Power of 1, Staidum Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Kekecewaan tak pergi tengok hot ballon terubat bila dapat main gelembung belon


Panjang pula tajuk entri hari ini. hari ini lambat sikit bersiaran sebab tengah menahan sakit gusi. sekali sekala gusi ini mengada-ngada. aduh, menggosok-gosok pipi dengan belaian lembut. terasa ada gegembung bengkak di pipi. kena pergi klinik ni.

Tajuk tidak menahan tu. budak-budak mana tahu pun ada pesta hot ballon di putrajaya. mak budak saja yang terlebih syahdunya. tapi hilanglah syahdu itu bila lihat anak-anak bergembira di belakang dapur bermain buih sabun.

Sekali sekala terdengar rengekan si aqeel bila berebut bekas air sabun dengan kakaknya.



Aqeel memang tak puas hati sebab kakak dapat yang bekas buih sabun besar dan panjang. dia hanya dapat bekas kecil. itupun dah tersadai di atas aquarium kosong tepi kasut sekolah (esok dah nak sekolah, mama baru terhegeh-hegeh nak basuh kasut sekolah kakak).



Yang tak menahan lagi, petang tu sambung main lagi. sebab itu aqeel dah bertukar bajunya dan time ini si kakak tengah mandi. so, dia dah boleh konker sorang-sorang.



Bersemangat tiup buih. penat berdiri duduk pula. tak kisah pun panas matahari terpacar di atas simen



Si kakak tak sabar-sabar untuk tunjuk skillnya. selepas siap mandi pakai baju yang sama terus sibuk suruh mama ambilkan gambar dengan buih belon masih lekat pada batang buih sabun. rambut pun tak sempat nak sikat elok-elok.



Tengok ni mama...tengok ni mama...pandaikan kakak buat buih besar.



Anak-anak gembira hilang segala duka..ceewah, mengada-ngada betul mama ni. lagi terubat bila kami semua pergi ke Bukit Jalil tengok kereta PROTON.


Aku orang kelantan malunya...nenek berkhalwat...

on 17 March 2012


Aku orang kelantan dari pasir puteh. daerah pasir puteh bukannya besar mana pun.
tapi bila terbaca blog betol-betol hangat memang menghangatkan satu badan aku ni.
malulah. baru lima jam wanita ini bercerai dengan suami dah ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki berumur 34 tahun. paling memalukan wanita ini dah bergelar nenek.

Mana nak letak muka anak-anak. mana nak letak muka cucu-cucu.

Ya ALLAH, semakin menjadi-jadi kejadian bersedudukan dan pembunuhan ini.

Mana perginya kasih sayang dan pegangan agama.

Cuba renungkan apabila Allah menurunkan sesuatu bala, apa tandanya? Allah itu murka. tapi kita masih tidak sedarinya.

Wahai manusia, berkasih sayanglah sesama kita untuk memanjangkan berlakunya kejadian hari kiamat. dan bukan berkasih sayang sesama manusia atas sebab nafsu.



Mereka tak takut air

Di Lotus Desaru Beach Resort ini ada waterpark.
Tapi tidaklah sebesar Gambang atau Lost World of Tambun
Sesuai untuk anak-anak yang suka main air
Kalau mak bapak, rasanya tak tenggelam pun

Masa kami mandi kat sini
Gelongsor yang panjangnya 100meter tu tak dapat nak main
Tengah diperbaiki
Bila kami dah nak masuk bilik baru nampa ada orang pergi main
Tapi tak menarik hati kami sebab airnya perlahan
Orang berjalan saja kat dalam tu

Bagi mereka berdua sudah rasa happy
Dapat mandi dan berlari-lari

Azwa berkali-kali naik gelongsor ini
Ema hanya perhatikan dari jauh saja



Seronok sakan si azwa



Pastu ema panggil azwa minta dia tunggu di bawah
Jangan naik gelongsor lagi
Tunggu air dari coconut tu jatuh



Tengoklah mana ada azwa nak lari



Orang lain semua bangun tapi azwa duduk diam jer kat situ



Aqeel mandi kat mana?
Si aqeel mandi dalam kolam air separas buku lali
Ada taman permainan sekali kat dalam kolam ini
Tak bagi aqeel turun gelongsor kat sini..sebab agak curam
Bila turun boleh tersandung ke depan



Ada-ada sajalah benda yang aqeel nak buat ni



Dia ingat pijak air, air tak keluar



Nampak tak tiga beranak tengah bertahan air dari coconut tu



Kat sini ada juga kolam untuk orang dewasa
Boleh mandi pakai t-shirt kecuali pool yang dekat dengan tempat makan tu
Sana sangat jaga tau..tudung pun kena pakai tudung renang

Dengan aqeel kena berjaga-jaga
Dia akan terjun sesuka hatinya
Letak di tepi kolam, terus dia nak terjun
Kononnya kolam itu tak dalam




Posing Maut

on 16 March 2012

posing maut pada kelentikan vontot azwa
sakan berposing gitu sekali



posing atas pasir yang halus



Posing lompatan



Posing kemenangan



Posing keriangan



dan
Posing Aqeel sedang melepas
Psssttt..jangan kacau



Sekian

RM 700 Sebulan Sebagai Pembantu Rumah Hanya Buat Satu Kerja..Berhenti Kerjalah

Kalau begini upahnya menjadi seorang pembantu rumah, baik letak jawatan. Banyak tu, satu kerja dibayar RM 700. Kalau dua tiga kerja dalam satu hari mahu dapat RM 2100. dah lebih dengan gaji sekarang ini.

Sanggupkah Malaysia mengambil pembantu rumah dari Indonesia. lagilah banyak duit kita disalurkan keluar ke Indonesia. RM 700 duit Malaysia ditukar ke duit Indonesia..fuhhh, dah jadi jutawan.

RM 700 untuk satu kerja. Berbaloikah? Gaji yang diberikan majikan sekarang pun dah boleh pembantu rumah mereka beli tanah dan rumah di sana. sebab apa? sebab semua duit gaji mereka diberikan kepada keluarga di sana dan mereka di sini tidak perlu gaji kerana dah ada tempat tinggal, makan, minum, dan sebagainya. malah ada majikan yang belikan pakaian sekali.


Korang setuju tak?


Notajari : Gaji RM 700 sebulan untuk satu kerja. Tolak sewa bilik, tolak duit makan, tolak duit bil air (mandi, buang air besar/kecil, basuh baju malah basuh tangan sekali), tolak bil elektrik (kipas, tv, charge telefon dsb) dan semua yang dipakai kena tolak gajinya..itu baru adilkan?




Safee Sali Junior


safee sali junior?
eh3x....bukan anak safee sali tau ini anak mamaema
ada rupa pemain bola sepak pelita jaya tu tak?
boleh diasah menjadi pemain bola sepak seperti safee sali tak?



bola pun dah lebih dari paras lutut
tapi still bertahan untuk tendang



bila datang seorang abang ni dan berlari nak main sama
punyalah si aqeel buat muka nak nangis
tak kasi abang tu bola..haish..



terus aqeel kejar dan pegang bola
langsung tak bagi peluang pada orang lain



tapi bola terlepas juga dari genggaman aqeel
gara-gara



si azwa mengambil dan menendang nun di sana



anak perempuan mama pun suka tendang bola ke?

Projek 100 Bloggers oleh Broframestone


As Salam

Layak ke blog ema ini untuk masuk Projek 100 Bloggers anjuran Broframestone. Layak atau tak keputusannya pada tuan empunya projek.

Setiap projek. setiap contest malah setiap GA mesti ada syaratnya. Dan syarat-syarat yang diperlukan oleh Bro ini seperti :
  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers


Hanya separuh lagi tempat kosong yang ada..cepat-cepat kita semua join


Berminat nak join boleh klik SINI







Nak rebut gula-gula ada caranya

on 15 March 2012

Budak-budak memang suka gula-gula.
Bila ada acara begini memang anak-anak tak akan lepaskan peluang.
Lebih-lebih lagi berlambak gula-gula di depan mata.



Nak rebut gula-gula ada syaratnya.
Bukan semua budak boleh masuk hanya untuk anak umur 2 hingga 6 tahun

Get ready 1,2,3 preett (visel)
Si azwa laju saja lari ke depan tapi aqeel berlenggang jauh ke belakang
Aqeel takut-takut..terpaksa ema tarik aqeel kasi laju sikit



Bila sampai tempat gula-gula
Siapa yang tengah berebut
Bukan anak tapi ibu-ibu bapak-bapak....siapa yang punya...oh merepek jauh sudah.
Masing-masing hanya tolong untuk anak-anak



Tengoklah gula-gula yang berjaya azwa dan aqeel rembat
Azwa dalam baju..Aqeel pula dalam topi
Hah, itulah caranya yer...tak main tipu tau



Bila disatukan...dah boleh berniaga ni..dapat satu pek plastik besar




Satu lagi acara mengepit bola tenis sambil berjalan.
Siapa pantas dapatlah nombor satu
Azwa dapat nombor dua, tak boleh lawan abang 7 tahun di depan



Aqeel dapat last sekali...tak bergerak-gerak
Selangkah bola terus jatuh
Tak pandai lagi nak kontrol bola



Tapi Aqeel dapat habuan juga





 
© Ema Blog All Rights Reserved