Lost World of Tambun : Apa yang ada kat dalam sana

on 31 January 2012

Lost World ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. memandangkan kami semua dah tak sabar-sabar nak mandi, jam 11.00 kami dah sampai dan cepat-cepat beli tiket. kami berjimba di sana sehingga Lost World nak tutup (baru rasa puas hati dengan harga tiket) .

Nak masuk kat dalam sana tak boleh bawa bekalan kecuali air mineral. adatlah, kalau tempat tumpuan seperti ini. tapi kami semua berjaya seludup juga sedikit bekalan untuk dibawa masuk (bawa sikit seorang). itupun bekalan tak cukup, kena beli kat situ juga. tak payah nak cakaplah harganya memang mahal pun. korang bayangkan 4 keping pisang goreng cecah RM 2.

Bila sampai awal, tempat untuk lepak pun kosong. time ini kitaorang chop sampaikan dua meja lagi.hahaha...memang tamak haloba kamu semua...



Sebelum tengok aksi-aksi kami semua mandi. mari kita ronda-ronda apa yang istimewa sangat kat dalam Lost World ini.



ada gua



itu tiger. semua orang tahukan





spesis kucing hutan. dilarang ketuk cermin tapi masih ada yang ketuk juga. tak faham bahasa agaknya.



ada tiger show mula jam 3.00 ptg - 5.00 ptg (tak tengok pun..seronok mandi lagi)



ada kuda yang pandai tengok kamera...hahaha



malas berjalan boleh naik train ini. free saja..kalau bayar aku pun tak nak naik.



ada lagi tau..tapi tunggu next entry yer.

Lost World of Tambun : Pintu Masuk dan Tiket

akhirnya jejak kaki juga kat Lost World of Tambun ini



bila dah ramai-ramai aksi gedik itu memang menyerlah..kesian kat aku tak ada kat dalam gambar ini.



si azwa pun berposing depan kucing, tak lama lagi kita akan pergi bandar Kuching. INSYAALLAH



tengok harga tiket sekarang ini RM 45 dewasa RM 38 kanak-kanak. berbaloi ke?



nasib baik Aqeel tak kena charge tiket lagi. jika ketinggian melebihi 90 cm dah kena beli tiket.



kami bayar RM 158 semua sekali untuk dapatkan gelang ini. bila gelang ini dipulangkan RM 30 (RM 10 setiap satu gelang) dikembalikan.



azwa excited dapat gelang sebab si aqeel tak dapat. berebut dengan mama nak gelang juga.



tapi bila jumpa air. terus tak minta



apa yang ada kat dalam sana. next entry okey.

Menginap Homestay/Guesthouse di Lost World of Tambun

As Salam

Beberapa hari lepas, kami sekeluarga pergi mandi-manda di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Plan dengan my mom sekeluarga dan my adik sekeluarga. My mom dan my adik dari Kelantan pergi awal sehari dari kami.

Aku ditugaskan untuk mencari tempat menginap dekat Lost World of Tambun. Bila pergi ramai-ramai pilihan terbaik untuk menginap adalah jenis homestay/guesthouse. Aku menggoogle di internet dan mencari homestay/guesthouse dengan tawaran harga yang berpatutan.

Aku menghantar sms ke beberapa pengusaha homestay/guesthouse yang dekat dengan Lost World of Tambun. Ada banyak pilihan homestay/guesthouse di sana. Bila dah rasa banyak homestay/guesthouse untuk disewa, aku minta my adik dan my mom pergi begitu saja tanpa booking pun. Lebih rasa puas hati.

Tapi... ada seorang pengusaha homestay/guesthouse ini telefon aku balik bertanyakan pasal penyewaan homestay/guesthouse mereka (jadi atau tak jadi). Aku cakaplah yang my mom dan my adik sedang dalam perjalanan. Kalau mereka sampai sana, mereka akan telefon pengusaha itu.

Akhirnya kami pilih juga homestay/guesthouse yang mana pengusaha itu telefon balik. Homestay/guesthouse mereka okey dan boleh tahan tapi tidak memuaskan hati kami saja. Apa yang kami tak puas hati pengusaha homestay/guesthouse minta bayaran penuh ketika my mom dan my adik sampai, dapur untuk masak tak ada (my mom belikan dapur letrik di Giant), periuk nasi letrik tak ada (minta baru dapat), aircond di bilik utama tak ada (hanya ada di ruang tamu), dan almari tv penuh dengan habuk. Malah aku sendiri tak jumpa dan kenal pengusaha itu. Nak balik pun, kami tinggalkan kunci dalam peti surat (pengusaha sendiri yang minta).

Cukuplah sekali saja menginap kat homestay/guesthouse sana. Lagipun banyak lagi yang lebih baik dari itu. Maaflah puan pengusaha homestay/guesthouse yer. Sebab itu aku tak ambil pun gambar homestay/guesthouse. Kalau korang nak tahu nama homestay/guesthouse apa, korang hantar emel saja.




Today Special Day

on 30 January 2012


Selamat hari lahir untuk insan tersayang

MOHD HAIRI BIN HARIS A.K.A MR. ERY



Selamat panjang umur

Dimurahi rezeki

dan

Diiberkati Illahi

AMIN


We all love you so much!!!

Sate Lanang sedap...dari Kelantan ke Terengganu semata-mata nak makan sate

on 27 January 2012


boring korang asyik baca entry bab makan saja.
tapi kalau tak kongsi nanti korang tak tak akan tahu

malam pertama kat kampung
my adik nak belanja makan sate
terus kata 'YES' la..tak akan tolak punya

makan sate sampai kena pergi luar negeri
tapi tak sampai sejam pun dari kampung ke sana
lagipun sempadan saja..kedai Sate Lanang ni dekat Kampung Jabi, Jerteh, Terengganu
kedainya pun tepi jalan
banyaklah kedai-kedai sate kat situ



pergi dua buah kereta
itupun aku sekeluarga naik kereta my mom

nasib baik my adik sampai dulu
'chop' meja...penuh dengan manusia nak makan sate
meja untuk kami pun tuan kedai ambil dari stor agaknya


ini sepupu azwa..tua setahun dari dia. walaupun aku yang kahwin dulu tapi my adik yang pregnant dulu tau


inilah my adik yang belanja makan sate


my mom, my stepfather and only anak lelaki dengan my stepfather


my adik dengan anak kedua (anak kedua dapat pintas)..dan yang senyum melebar tu anak my adik nombor tiga.


hah, inilah my adik nombor tiganya.


anak-beranak semua memang suka minum tea o sejuk mahupun panas



yang ditunggu akhirnya tiba
order sate daging, ayam, perut dan bla..bla...

tapi yang ada dan sempat cuma sate ayam saja
itupun kuah kacang tak boleh tambah



masa kami makan , orang yang baru sampai kena balik
tuan kedai standby kat tepi jalan nak bagitahu sate dah habis

ramai yang frust

kami pun frust juga sebab isnin malam pergi sana
kedainya tutup...bila sebuah kedai tutup
kedai sate yang lain pun tutup sama

so, siapa yang nak try
jangan pergi hari ISNIN tau.




nota jari : kaya orang jual sate ni bila orang luar balik bercuti.










Main Pasir

on 26 January 2012


melihat telatah anak-anak untuk bermain pasir sangat menyeronokkan
sebab apa? sebab di kampung sahaja mereka berpeluang untuk main pasir
kalau KL apa yang ada...batu dan dinding saja



tempurung kelapa dijadikan bekas mengisi pasir



bukan main lagi mereka berseronok bermain pasir bersama dengan anak sepupu mr.ery
walaupun baru kenal pada hari yang sama..mereka cepat mesra



puas mengajak mereka balik
tapi tak mahu

Lokan dan Ketam Nipah di Kelantan


ini dipanggil lokan. kulit saja besar. isi tak penuh pun.



mr. ery pun takut kena sepit dengan ketam nipah



my mom masak gulai ketam nipah. lain sikit rasa dengan ketam bunga.




inilah beruntungnya bila balik kampung. boleh makan lauk sedap-sedap my mom masak. hehehe

OMBAK RINDU (Versi Taubat)


so touching


[Kelantan]- Destinasi Makan Tengahari

on 25 January 2012

As Salam Semua!

wah, masing-masing bersambung cuti yer.
patutlah blog sunyi sepi (blog aku jer)
tuan blog bercuti blognya ikut sekali
bukan tak ada line internet tapi tuan blog busy kemain lagi
lebih-lebih lagi bila balik kampung

eh3x, ada masalah lagi ke korang nak masuk blog ema ini.
aduh, dah pening kepala tak tahu nak setel macam mana.

kali ini seronok balik kelantan
sebab? (ayat yang selalu keluar dimulut aqeel)
sebabnya jalan clear sesangat.
kelantan tak ramai orang cina...orang melayu saja yang sibuk-sibuk nak balik musim cuti raya cina (akulah tu)

on the way balik kampung halaman
singgah lunch pukul 4.00 petang di Gua Musang
perut dah keroncong minta diisi..bertolak dari KL pukul 1.00 tak singgah mana-mana
alang-alang tepi jalan kedainya...
kami singgah di Restoran Mesra Wangi Nasi Kukus dan Masakan Panas


senang saja nak jumpa kedai makan ini. betul-betul berhadapan dengan sekolah menengah gua musang dan dekat dengan simpang empat ke Kuala Krai



menu-menu yang ada


mr. ery order nasi kukus lauk daging. daging besar. sedap


ema order nasi goreng daging merah. makan sampai licin


lepas perut dah kenyang..
apalagi kalau bukan teruskan perjalanan
masih belum sampai ke destinasi yang sebenar



notajari : macam-macam ada kat Gua Musang ini. kalau penat drive kereta boleh bermalam mana-mana hotel murah. tempat makan banyak tempat shopping pun banyak.



Penapis Air Penting

on 20 January 2012

As Salam Semua!!

Blog ema ini masih lagi dalam keadaan yang tak menentu. masih dalam pembaikpulihan, ceewah.



Beberapa hari lepas, air di rumah ema sangat keruh (perbezaan pada gambar). Tak tahu pula kenapa air sangat keruh hari itu. tidak pula diberitahu samada berlaku kerosakan pada paip besar mahupun tukar saluran paip lama.

Nasib baik di rumah, ema pasangkan penapis air. Air yang ditapis tetap ema masak. Jarang sekali air yang ditapis terus diminum, walaupun ianya kadang-kadang dibuat juga.

Untuk kesihatan, seelok-eloknya setiap rumah mesti ada penapis air. Air yang disalurkan walaupun tidak keruh tapi kita minum air berklorin. betul tak? Pilihan jenama penapis air adalah atas pilihan diri sendiri.

Tapi jika ada yang berminat nak beli dan pasang penapis air jenama Hai-O seperti ema gunakan, boleh bagitahu ema. lebih istimewa boleh buat bayaran secara ansuran saja.

Ema sekadar membantu kawan ema.








Penghujung Cintaku Ally Iskandar kepada Farah Lee

on 18 January 2012

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini t’lah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu




romantik juga si Ally Iskandar ni yea. Tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee yang bakal dinikahkan pada 20/01/12 (Jumaat) di Terengganu. mereka bercinta selepas kahwin tau.


sweet sangat bila Ally Iskandar bagi sedikit ucapan untuk bakal isterinya di Radio Hot Fm semalam.

Moga jodoh mereka berkekalan. AMIN

Kenapa entry yang diupdate lambat keluar?

Siapa yang boleh tolong saya.

Sejak saya tukar domain dot com ini dan saya buat entri baru tapi ia tak update pada dashboard dan dalam bloglist.

Bagaimana nak saya selesaikan masalah ini?

Siapa yang pakar kat sini, boleh tolong saya tak?

Tak bestlah entry yang dah berjam-jam lepas masih tersenarai kat bloglist mereka.

Azwan Ali oh Azwan Ali...kenapa begitu?


terkejut juga bila dengar radio pasal Azwan Ali kena tangkap dan disoal siasat oleh polis gara-gara ugutan bunuh untuk adiknya, Ummi Hafilda Ali. kenapa sampai begitu? dengan adik beradik pun tak sebulu.

sebelum ini melalui laman twitter Azwan Ali heboh pasal dia dah unfollow twitter penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. marah sebab tak balas twitt dia. tak kisahlah dia nak unfollow pun, ema agak mungkin bukan twitter Dato' Siti yang sebetulnya.

hari ahad baru ini di Melodi, ada kisah pasal Azwan Ali terkena buatan orang. ada orang hantar seekor ular besar kat rumah. dah pukul sampai mati pun. khabarnya juga, orang yang buat jahat tu salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega.

hurmm, tak tahulah nak kata apa. dunia artis. semoga pakcik Azwan Ali tak timbulkan lagi kontroversi sebegini. nanti ramai yang akan pandang negatif.


Nangka Busuk Jatuh Gedebuk!!!!

on 17 January 2012

bila nangka busuk jatuh gedebuk..
agak-agak camana bunyinya.
macam itulah bunyinya bila aku jatuh time pagi-pagi buta sambil dukung aqeel syafiq.

kejadian hari ahad lepas.




habis sakit-sakit urat kaki aku.

eh3x, baru hari ini tengok kuku yang terkopak tu dah tercabut tanpa aku sedar.

nasib baik ia tercabut tak rasa sakit. huhuhu


p/s : kawan-kawan, siapa yang letak link blog ema di bloglist. minta remove kemudian masukkan balik link yang ini www.emarieys.com . kalau tidak kawan-kawan tak dapat lihat entri terbaru ema. sekarang blog ema pun ada masalah pada dashboard.




Bunyi Ngauman di Kota Samarahan, Sarawak

Heboh diperkatakan telah berlakunya satu kejadian yang agak pelik di Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia. Ya Malaysia di negara kita sendiri. Kedengaran bunyi ngauman yang kuat dari langit seperti bunyi berdengkur. SUBHANALLAH.

Berita lebih lanjut boleh KLIK SINI dan SINI

Sebagai peringatan untuk diri sendiri.


p/s : kawan-kawan, siapa yang letak link blog ema di bloglist. minta remove kemudian masukkan balik link yang ini www.emarieys.com . kalau tidak kawan-kawan tak dapat lihat entri terbaru ema. sekarang blog ema pun ada masalah pada dashboard.


Makan malam di Bangi Village Steamboat tapi order nasi goreng

Bangi Village Steamboat ini kedai kawan ema sama sekolah. dulu kedai ini di Bangi, tapi sekarang dah pindah ke kawasan kajang pula. tak tahulah sebab apa mereka pindah.

malam sabtu lepas, teringin nak makan steamboat. lebih-lebih lagi mr. ery offer nak belanja. dah lama tak pergi kedai BVS dan makan steamboat mereka. pakai gps cari sekolah menengah teknik dan taman damai mewah (konpem tak sesat). kawasan baru lagi. ema pergi main redah saja tak telefon pun kawan empunya kedai.

bila sampai kat kedai BVS ini, ema tengok banyak perubahan. dulu khidmat utama mereka adalah steamboat tapi sekarang khidmat steamboat itu ada lagi cuma tidak seperti dulu. dulu makan sampai kekenyangan dengan bayaran mengikut satu kepala dan kini makan steamboat pakai set.

tak jadi makan steamboat, kitaorang order nasi goreng yang luar biasa kat sini.


aqeel syafiq langsung tak nak makan. hanya tahu minum ais saja. puas pujuk suruh makan. tak nak jawabnya.


mr. ery order nasi goreng BVS Special



ema punya nasi goreng chiangmai (tak perlu cari sampai ke oversea pun). diletak sekali telur goreng buat panjang-panjang, udang goreng tepung, somtam (macam kerabu pauh)



sudahnya, kami makan sampai habis licin. nasi ema si kakak yang habiskan semua.


dah namanya licin...sedaplah jawapannya.


Serangan Katak Comel

on 16 January 2012


dulu pernah kena..sekarang terkena lagi. bagaimana caranya nak move kan katak comel ini.

katak oh katak!!!

keluarlah kamu dari blog mama ema

bukan aku membenci kamu

tapi kamu mengangganggu blog aku

ema pakai mozilla gambar katak comel tak ada

kalau ema pakai internet explorer gambar katak comel ada

korang datang ke blog ema ini ada katak comel menjelma tak?



Pembukaan Trutti Frutti di Lake Field Sungai Besi..Jom Serbu

malam tadi terasa sangat anak tekak nak makan aiskrim dari Trutti Frutti (mengada-ngada anak tekak ini). malah masa baca blog member yang bercerita pasal trutti frutti pun dah menggoda biarpun tahu harganya mahal.

Pembukaan Trutti Frutt di Lake Field Sungai Besi pada 14 Januari dan di Terminal Bersepadu Selatan pada 7 januari 2012. Dua-dua tempat yang paling dekat dengan rumah. tapi malam tadi kami pergi dekat Alam Damai, Cheras. sebab apa? sebab tak tahu ianya dah dibuka kat sana. bila tanya staff trutti frutti alam damai tu baru tahu. ruginya, kalau tak mesti dapat diskaun.



masuk kedai, pilih bekas (ada hijau ada pink), pilih aiskrim yogurt perisa apa, pilih nak letak buah hiasan (boleh dimakan), pastu timbang...pas timbang bayarlah baru boleh makan.


ema pilih perisa coklat dan letak kacang..harga RM 15.++




yang ini mr ery punya perisa vanilla harga RM 14.++




yang menghabiskan adalah mereka-mereka ini


tengok apa tu kakak? ngap jerlah..mama pun nak ni



si aqeel duk mengutip gula-gula


semua sekali RM 29.++. amacam boleh tahankan harganya. itu pun tak ambil buah-buahan. kalau ambil konpem melayan RM 50.

anak-anak seronoklah dapat makan aiskrim ini lebih-lebih lagi si kakak tu.

beria-ia nak makan lagi....oppsss, sekali sekala bolehlah.

Wardina Saffiyah trauma dan kami pernah alami juga

on 13 January 2012

As Salam

Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Cerita selanjutnya klik kat SINI

Perkara sebegini pernah terjadi kepada kami sekeluarga. Perompak masuk ke dalam rumah semasa kami nyenyak tidur di dalam bilik. Kejadian kami tidak berlaku seperti apa yang Wardina itu alami.

Syukur Alahmdulillah, kami semua selamat. Perompak itu tidak masuk ke dalam bilik kami. Satu pagi, saya bangun seperti biasa untuk pergi kerja. Saya keluar dari bilik terus ke bilik mandi. Selepas keluar dari bilik mandi dan siapkan diri. Saya cari handbag untuk mengambil barang.

Tapi handbag saya tidak kelihatan di atas meja makan seperti biasa. Saya cari pula di dalam bilik tidur. Tiada. Terus rasa tidak sedap hati, saya tengok pada pintu utama tidak berkunci dari dalam dan tombolnya juga tidak dikunci. Apa yang buat saya lagi tidak sedap hati bila tingkap sebelah pintu utama terbuka luas.

Saya terus kejutkan mr. ery. Dia periksa wallet di dalam poket seluar yang dia pakai malam sembelumnya. Hilang. Mr. ery buka pintu dan gril (gril rumah jauh sikit sebab ada ruang untuk letak motor). Jumpa kad-kad berteraburan di sebelah kereta. Jumpa handbag saya dan jumpa wallet mr.ery. Kad-kad bank dan IC ada, yang hilang hanya beberapa RM saja.

Bila masuk rumah balik, teringat laptop di bilik sebelah dan ruang tamu. Dua buah laptop disambar juga termasuk laptop pejabat (2 tahun nak selesaikan kes laptop pejabat hilang).

Semasa mencari barang hilang di luar rumah, terjumpa satu handbag dan kad orang lain (kad pelajar). Rumah mereka pun dimasuki perompak yang sama dan pada malam yang sama.

Walaupun kami tidak dikejutkan oleh perompak-perompak itu. Perasaan takut tetap ada.

Orang cakap, perompak ini menggunakan ilmu pukau sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Tuan rumah tak akan sedar apa-apa...tak tahulah betul atau tidak.


Kepada Kak Wardina Safiyyah : Semuga Kak Wardina sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini Syukur Alhamdulilah mereka tidak diapa-apakan.







Dari Blogspot Tukar Dot Com

Salam Semua

Untuk makluman korang, ema dah tukar dari blogspot ke domain sendiri.

korang jangan konpius bila korang klik alamat mamaemacyg.blogspot.com tapi alamatnya tertera www.emarieys.com tu yea.

itu saja nak maklumkan.

ema minta maaf kat korang bila korang tak dapat masuk ke blog ema semalam

terima kasih yang sudi datang ke blog kecil ema ini.

p/s : bila korang masuk kat blog ema ini, masih ada masalah ke? kenapa blog ema ada keluar imageshack not register tu yer. dulu pernah kena. tapi dah lupa cara penyelesaiannya. okeylah nak jalan-jalan ke rumah korang pula.

All Ready Booked - Cuti-Cuti Malaysia

on 12 January 2012

Assalamualaikum

hati tengah riang gembira ini. tak sabar nak joli katak cuti-cuti Malaysia (tak mampu ke oversea lagi).

gara-gara tahun lepas Air Asia offer tiket 10 sen. sempat juga sambar beberapa destinasi nak pergi. sambar banyak pun untuk orang lain. aku dua destinasi pun dah cukup.

hotel dah tempah. kereta sewa pun dah tempah. tunggu nak habiskan duit saja. gurlp!!!.


dapat voucher masa mr. ery beri hadiah harijadi telefon HTC. Bayar RM 100 sahaja untuk tiga hari dua malam


sewa kereta waja sebab pergi 4 orang dewasa dan dua kanak-kanak


alamak, yang setel hanya untuk Kota Kinabalu ini. padahal ke Kuching dulu bulan Feb nanti.

korang rasa cukup tak pergi 3 hari 2 malam ini?

ke Kota Kinabalu untuk kali kedua bagi aku. tapi first time untuk mereka yang lain.

Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' K Sambut Harijadi Di Dubai

on 11 January 2012

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DATO' SITI NURHALIZA

hari ini 11-1-12 besday Dato' CT Nurhaliza.

kali ini diaorang sambut di Dubai. Hebatkan.

hadiah pun pasti lumayan


gambar from twitter Dato' Ct
so sweet



sama bulan dan sama tahun dengan mr. ery.

Doktor Ezani, Gigi Bongsu Boleh Dicabut Tak?


Doktor Ezani, gigi bongsu boleh dicabut tak?

kesian anak saya seorang ini. tiap kali nak gosok gigi pasti tak nak. dia kata sakit. bila terlanggar sikit pun terus menangis sebab sakit.

dua batang gigi anak saya dah rosak malah ada serpihan pun. orang cakap tunggu gigi bongsu tercabut sendiri sebab kalau pergi cabut masa kecil ini takut terkena urat mata.

eh3x, betul ke aku tanya pada dia?
 
© Ema Blog All Rights Reserved