Monday, March 5, 2012

Home » , , , , , , » Chalet Indah Khabar Dari Rupa, Janda Baik, Pahang

Chalet Indah Khabar Dari Rupa, Janda Baik, Pahang

Perggh, seminggu lebih nak khatam percutian di Kuching, Sarawak. Hari ini dah masuk minggu baru, tapi baru nak story minggu lepas punya aktiviti selepas balik dari Kuching, Sarawak.

Hari sabtu dan ahad, kami ke Janda Baik, Pahang lagi.. kali ini pergi atas jemputan group Technician IT pejabat mr. ery. dapatlah berkenalan dengan kawan-kawan dan isteri-isteri kekawannya. semuanya baik-baik...seronok. walaupun pertama kali jumpa, tapi macam dah lama kenal.. mr. ery kenallah dengan isteri-isteri kawannya sebab kebanyakkan si isteri kerja sepejabat dengan suami.

Tempat penginapan, makan dan minum disediakan oleh kawan mr.ery dan sempat juga mr.ery belikan beberapa ekor ikan untuk dibakar pada malam bbq. Siap ada program pun, tapi tak ikut sangat. semuanya datang lambat sebab masing-masing ada hal.

Walaupun kali kedua datang sini, tapi kali pertama menginap chalet ini. nak cari chalet bukan main susah. dengan signboard tak ada...kena tanya orang juga..lagipun jalan ke chalet ini berlainan dengan simpang ke penginapan kami sebelum ini. itupun dah tersalah chalet bila tengok pada blog chalet dan signboard lain.

Bila sampai chalet, mood terus down...tengok persekitaran chalet tak memuaskan. tapi bila tengok blog bukan main lagi lawanya kawasan...ibarat 'indah khabar dari rupa'...chalet tak terjaga dengan baik. agaknya bila ada orang nak bermalam baru tuan chalet kemaskan.

Kami orang kedua sampai. so, bolehlah pilih bilik yang elok sikit. Bilik kawan mr.ery gempar ada katak...pastu katak tu pandai pula masuk bilik anak dara yang sedang bercuti. padahal jauh juga bilik anak dara dengan bilik kawan mr.ery tu... mereka pun cakap tertipu bila datang ke sini.




kawasan chalet ini ada air sungai mengalir. elok anak-anak seronok mandi..rupanya saluran air sinki dan air tandas chalet masuk mengalir dalam sungai ini. oh no!!!



Pagi ahad, lepas siap buat breakfast..terus pergi mandi-manda ke tempat yang betul. dulu pergi best, tapi kali ini tak best sangat sebab air surut dan aku tak dapat pun mandi..



main pasirlah mereka berdua





aqeel pun boleh timbul



khabarnya bulan 6 nak buat aktiviti lagi


inilah kawan baru aku dan anak-anak



nota jari : masing-masing punya kamera takut aku tengok. sampaikan segan aku nak bawa keluar kamera sendiri. akhirnya, kamera aku sepi di dalam beg saja.hari minggu ini nak kena pergi johor...yeahh, kita pergi mandi manda di Desaru.




23 Jejari sedang mengetuk keyboard:

wahida said...

what? air sinki dan air toilet mengalir kat sungai yg anak2 tgh mandi tu?

damn!!

diana said...

putera katak kot tu..heheh

Masya said...

hamboii sakan mandi manda yer...

Gen2Merah said...

alalala kesiannya kak.. dapat menginap d chalet yang sekadar indah drp rupa.. dah tu tidak selesa plak akibat katak2 yang muncul d bilik.. ehehehe... sabo je lah kan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

emm..kena survey blog org lah kalau nk gi chalet memana kan..br tau chalet best ke x..


nk gi desaru mesti nk gi cuti kat lotus tu kan?

Queen said...

janda baik..dulu best..skang rasnaya kalau ada yang best pun MAHAL.. tak berbaloi rasanya..haha =)

Queen said...

janda baik..dulu best..skang rasnaya kalau ada yang best pun MAHAL.. tak berbaloi rasanya..haha =)

Papa Mifz said...

oh no...kenapo dorang tak buat saliran najis yg proper..huhu

anisalya said...

berjalan2 sakan nampaknya.

Mr.Clive said...

sukalah baca komentari akak tentang tempat2 ni...setailo giler!heee :)

Tukang Karut said...

dari simpan je camera tu baik tak usah bawak... buat berat je... huhu...

zati embong said...

jat kan kak,kalau blh nk sgt elak stay chalet tau.takut jd cmni lah.

Ann Ishak said...

jangan lupa pekena martabak singapore

Lady Rina said...

'indah khbar dari rupa'..suka phrase tu...:)

alien said...

dlu g sana buat aktiviti ktrg duk kat D'Ark..
ok jugaklah..
penah kelua kat cerita 'seram' yg waris tu.. hehe

Shamz + Fieza = Muiz said...

Salam Mama Ema..

Bolah tau apa nama chalet tu..sbb igt nak gi janda baik gak..takut dpt challet mcm tu..

dakcik said...

bestnya..
desaru pun best! pntai dia cntek..=)

munna said...

tak pernah lagi sampai ke Janda Baik....

Cho Zila said...

begitu sekali yerk... memang frustkan.. .nasib dapat kawan2 best.. kot idak tak menahan....

IntaNBerliaN said...

alahaiiii frustnya...

LYAfrina said...

bestnyer mandi manda..

alahai..msti kecewakan..bila smpai..nk bcuti..tup2 chalet begitu rupa...

Mama Ema said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty a'ah kat lotus ni

LidiaSuraya said...

apa kata desaru stay kat LOtus Desaru. Situ best buat main main air

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...