view from my room...gayat beb...

on 30 November 2011



boleh dengar dengan jelas azan berkumandang



masuk bilik terus pergi ke tingkap....laaaa...kenapa view bilik ni bangunan putih kosong jer..tak cantik langsung view.... pastu aku keluar ke beranda... berkabus rupanya... tengok ke bawah terus rasa kegayatan... sayup-sayup nampak kereta kat bawah... .ringan jer kaki.... terawang-awangan dah rasanya....terus masuk ke dalam...

teringin nak bawa anak-anak sekali kat sini? mr. ery, kamu tak mahu mohon cuti ke? sejuk-sejuk camni best dapat peluk-peluk...

berpeluk tubuh kat sini...grrrrrrrrrr....sejuk...






raya orang putih...wakakaka...

on 29 November 2011

gelak besar aku tadi bila cakap dengan abah di handphone

mula-mula aku tanya khabar abah dulu...Alhamdulillah abah sihat..tapi bila dia tanya bila nak balik kampung...aku cakaplah InsyaALLAH dalam masa terdekat ini..sekarang tengah sibuk lagi..hari ini nak kena outstation...bila abah balas balik cakap aku...balik hari raya orang putih ko?...terus aku gelak besar.... abah aku tahu raya orang putih tu....tapi tak tahu Hari Krismas nya...

yea tak yea kan..raya orang putih jatuh hari Ahad..dan dah tentu hari Isnin pun cuti kan...

nak kena isi borang cuti ni....

Mee Tarik Sup Desa Tasik

on 26 November 2011



panggil mee tarik sebab cara nak buatnya kena tarik-tarik adunan membentuk mee panjang-panjang...

terpegun tengok usaha seorang china muslim melebar adunan sehingga menjadi bentuk mee....rasanya....rasa suplah...

kedainya pun nama mee tarik sup...jangan pelik bila diaorang berkomunikasi sesama diaorang dalam dialek cina yang memang kita tidak faham...tapi si lelaki boleh cakap bahasa melayu...lagipun ada dua pekerja indonesia...

selain menu utamanya mee tarik sup....ada juga pelbagai jenis makanan goreng yang lain....tapi semuanya dalam tulisan cina...nak tahu kena tanya tauke lelaki..

senang saja nak cari...dia sederet dengan kedai makan lain...tepi jalan....kalau dari sungai besi kedai ini sebelah kiri...kedai hanya dibuka waktu malam saja...

peniaganya seorang china muslim yang datang dari negara China berniaga cara masakan diaorang kat sini....



T.E.R.G.E.N.D.A.L.A.

on 25 November 2011

semalam siaran blog tergendala...tengah syok blog walking..nak hantar komen...tak boleh..blog minta sign-in..

bila dah sign-in...terkejut aku bila keluar page "blog has been removed"



mulalah aku nak nangis air mata darah....tahulah blog aku ni tak glemer...tak femes...tapi janganlah terus nak remove blog aku tanpa isyarat....

puaslah memujuk hati lara aku...aku minta tolong incik google...jumpalah blog yang cerita masalah yang sama ni...pastu aku buatlah apa yang kat dalam blog tu tuliskan..

aku masukkan no hp aku untuk dihantar verification code...tapi berpuluh-puluh kali klik hantar masih tak terima pun mesej...last-last aku hantar melalu email jer.

balik rumah aku terus check email...dan dapat balasan email yang aku hantar...terus aku buka blog aku...apalagi tersengih-sengihlah aku bila blog dapat buka..


nasib baik aku tak sempat nak merajuk panjang

32 tahun hidup...kali pertama makan nasi goreng ini..

on 24 November 2011



apalah yang special sangat nasi goreng ni..padahal panggil pun nasi goreng kampung saja..cuma disediakan bersama dua cucuk sate ayam,keropok,ayam goreng dan telur mata.

tak dapat nak tahan lapar...akhirnya order dan bayar dengan harga RM 28 sepinggan termasuk tax...adatlah kalau order kat hotel.

dah ler hotel jauh dengan bandar...kawasan nak keluar masuk pun sunyi sepi..malam pula....kalau tak dah pasti makan kat luar jer...

inilah pengalaman pertama mr ery manjamu nasi sepinggan dengan harga sebanyak tu...

Rocky Snek... keluar...masuk....





Alhamdulillah....Syukur
Aqeel dah sihat...dah ceria seperti biasa
nak tinggal anak minggu depan dah tak risau sangat

yea..kena outstation lagi minggu depan
kali ini tak dapat nak bawa anak-anak
sabar yea sayang...selepas ini mama mohon cuti lama.
kejap jer lagii...

rocky snek dari hamper yang dimenangi
banyak-banyak makanan..rocky tu yang dipilih aqeel
time ni aqeel baru nak demam..
masih kat dewan Swiss Garden Resort Damai Laut tempoh hari...

bukan anak-anak saja yang suka
malah aku yang banyak habiskannya..
ada dua perisa satu strawberry dan coklat
tapi anak lebih suka perisa coklat..

p/s : oh yea, masih ada yang belum hantar nama dan alamat untuk tuntut hadiah kemenangan contest anakku berfotogenik...masih ada lagi sehari...kalau tidak saya kena cari pemenang yang lain...rasa u all..okey tak saya cari pemenang yang lain...bagi peluang kat orang lain pula...bagaimana?

berada di Trauma dan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 2:00 pagi....

on 23 November 2011

selepas ke SINI

balik rumah..aqeel terus tidur
tapi bila tengok badan aqeel macam menggigil
pegang kepala panas...tubuh panas...tapi kaki sejuk

langsung tak mahu aku berganjak dari sebelahnya
asyik nak susu badan saja

jam 1.00 pagi, mr. ery sentuh tubuh kecil aqeel
rasa amat panas sekali... tubuhnya ada kesan merah seperti kepanasan dalam
terus bangkit....bergegas bersiap ke PPUM

terpaksa tinggalkan azwa kat rumah FIL
risau kalau aqeel syafiq kena tahan kat wad



terus masuk ke Trauma dan Kecemasan PPUM
terus ke klinik Pediatrik..klinik kanak-kanak

misi timbang berat badan...ambil tekanan nadi...check suhu badan
suhu meningkat dari 36c kepada 39C




doktor suruh buka baju dan seluar
aqeel diberi ubat ikut bontot
doktor dan misi basahkan kapas dan lapkan badan aqeel
untuk turunkan suhu...time nie aqeel dah nanges habis

"ma...jom lik".

balik mana

"lik mah"
aku diminta untuk tunggu saja kat situ
nak tunggu suhu badan aqeel turun atau tak

Alhamdulillah, badannya dah semakin sejuk

tapi doktor nak check lagi
guna stethoscope
doktor rasa something

doktor minta buat x-ray pula
pergi ke bilik x-ray
tapi hanya salah seorang saja yang boleh masuk
so, aku suruh mr. ery yang bawa aqeel

tak lama tunggu...dapat result x-ray aqeel
paru-paru aqeel ada jangkitan
dan pada x-ray tu boleh nampaklah sebelah kanan parunya tak clear
kalau x-ray aqeel clear...kemungkinan darah pula akan diambil

aqeel tak kena tahan wad
doktor berikan ubat demam dan antibiotik

Alhamdulillah bangun pagi tadi dah ceria semula
cuma masih ada lagi sisa suhu panas badan dan kahak

kalau anak demam panas..cepat-cepat bawak ke hospital
takut nanti anak boleh kejang...

terima kasih pada doktor dan misi yang bertugas pagi tadi

charge rawatan dan ubat : FREE

Wordless Wednesday | Usaha Kejayaan






usaha tangga kejayaan

azwa berjaya menghayunkan buaian itu...

alaaaaaaa...comel-comel

Aqeel Syafiq demam...

on 22 November 2011

kejap panas....kejap sejuk...suhu badan aqeel ni...dah dibawa ke klinik 1Malaysia...diberi ubat demam dan selsema....

tadi check suhu badan 36c....suhu tak tinggi tapi misi ada cakap aqeel nampak lemah...bawah mata lebam...kuyu saja...

kalau suhu badan tak berubah....esok nak bawa aqeel pergi ppum pula....mungkin akan diambil darahnya...

Aqeel Syafiq, cepat sembuh sayang....

status facebook suami isteri semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA ke 29 malam tadi... Tahniah Team Harimau Muda....AAUUUMMMMM!!!!









masing-masing ada line internet kat handphone kan..beginilah jadinya..

itupun mr. ery kat depan tv

aku kat bilik...tidurkan anak...aqeel syafiq demam...

aku : gol ke?

mr. ery : gol...

aku : siapa yang gol?

mr. ery : indonesia...tapi tak kira...sebab outside..

aku : oh selamattt.....

mr. ery : puh kiri..puh kanan....janganlah masuk

aku : baca kat siapa tu....

mr. ery : baca kat pihak lawan ni


tak pernah-pernah pun excited seperti ini...tapi kali ini lain macam jer..


AUUUUUMMMMMMMM!!!!!

HARIMAU dah baham pun GARUDA

TAHNIAH!!!




footprint : menang dan kalah adat pertandingan...hanya seorang saja akan dinobatkan sebagai pemenang..tahun ini...MALAYSIA dah menang....so sana...duduk diam-diam...

Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak....tempatnya cantik tapi.....

As Salam

stay kat Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak selama 3 hari 2 malam










tempatnya cantik tapi

jauh sikit ke dalam..
tempatnya di hujung jalan seperti ke cameron highlands tapi tidaklah sejauh cameron higlands
dan sekarang tengah perbesarkan jalan
sunyi sepi diiringi pokok kelapa sawit kiri dan kanan

kalau nak keluar malam fikir 1000 kali jawabnya

paling dekat dengan bandar pun lebih kurang 15 KM

nak makan? order kat hotel..yang berdekatan pun hanya ada kat bandar saja

untuk beristirehat atau honeymoon memang sesuai ke sini..sangat mendamaikan..

ada pantai....kolam renang yang besar...padang golf yang luas...




kakak : ayah, kakak nak terbang camni?

ayah : nak terbang ke mana?

kakak : terbang...mahu cari makanan...lapar...



antara Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut, Lumut, Perak dengan Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang...ema pilih kat Pahang saja...

Bergembira di Swiss Garden Damai Laut Resort & Spa

on 21 November 2011

seronoklah dua-dua anak ikut sama mamanya berkursus...kebetulan sekolah dah start cuti..dan kursus pula di hari minggu...

sebenarnya ema sekarang ni tengah blur....tak tahu nak stori apa...














rambut pacak tak mahu ketinggalan



Semasa engkau dilahirkan
Kabul sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagiaan mama dan ayah
Bila menangis dan juga tertawa
Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan kami
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Masa silih berganti
Kau membesar tak disedari
Cepat sungguh kau pandai berkata-kata
Oh anak-anak mama!!!

Si Ujang Nak Review Blog

As Salam

ujang nak review blog...kenal tak ujang mana...bukan ujang majalah ujang tu..ujang ni ujang blogger Erti Kehidupan tu..

kalau masih tak kenal atau nak berkenalan siapa ujang ni...meh klik SINI

tangan menggatal nak join segmen si ujang ni...khabarnya tengah terbang ke Sarawak kot..jakun first time naik kapal terbang tu..

ujang suruh tepek apa-apa gambar untuk dia review blog nanti...so, ema pilih header blog ema jer....okey kan...



meh nak cerita pasal tuan punya blog ni:

suka baca entri-entri kat blog dia...biarpun ayatnya punyalah ringkas tapi mudah untuk kita faham..lebih-lebih lagi ayat poyo dia....hahaha...jangan marah ujang yer...tak pernah pun jumpa nyata...hari kenduri kahwin dia pun tak dapat nak pergi biarpun dapat kad kahwin dia yang gambar kartun comel tu (masih simpan sampai tau) ....

okeylah, nak sambung kerja dulu...minggu depan kena outstation lagi..

korang nak join jugak ke?

nak join juga kliklah kat SINI

balik baru nak publish..

on 20 November 2011



Alhamdulillah....dah selamat sampai KL...walaupun tak drive...sakit lenguh-lenguh rasa juga...boleh tahan jauhnya...KL dengan Damai Laut, Perak..







Pemenang Bertuah Contest Anakku Berfotogenik jatuh kepada......

on 18 November 2011

Siapakah yang bertuah?

okey kawan-kawan

incik random telah memilih mereka-mereka yang bertuah antaranya

pemilihan pertama


pemilihan kedua


pemilihan ketiga


pemilihan keempat


pemilihan kelima


nombor pada resultnya dan list kat SINI yer mengikut senarai


kepada yang bertuah


sila emailkan nama penuh berserta alamat yang lengkap dan pemilihan yang ke berapa di


ema7044@yahoo.com


PERINGATAN!!!


tempoh pemilihan ini adalah selama seminggu sahaja

kalau tiada yang menuntut...ema akan buat pemilihan yang lain (beri peluang kepada yang lain)

atas rezeki masing-masing


Terima kasih.

Oh, Dunkin Donuts!!!!

apa pandang-pandang!!!
ini aqeel punya sorang
orang lain tak boleh



yang niii..semualah yang aqeel punya



okay dah tutup kotak
tak siapa boleh ambil



si kakak tengah belajar buat matematik kat biliknya
seronoklah dia..komputer dah diletak kat dalm bilik dia






notajari : dah mula cuti sekolah ni..kakak dan adik dah dibawa ke Lumut, Perak...hope perjalanan lancar hendak-Nya.

cekik darah ni...

on 17 November 2011



Mencekik ke darah betullah.. wrapping hamper sampai RM 20 satu...kalau bukan disebabkan nak pakai esok dah pegi ke tempat lain... makanan untuk hamper pun terhad...tak banyak pilihan....

Sudahnya esok juga baru boleh ambil kat sini...harap sempatlah ambil sebelum gerak...

Bukan aku pun yang ambil...dah tentu driver pejabat yang kena ambil...



amik kau...kaut satu troli...



ambik ko..penuh troli dengan ubat gigi...ni baru dari satu troli tau...lain troli penuh dengan coklat cadburry..dan coffee..

satu geng yang taste cadburry sesuka ati tue.. sampaikan nak lalu pun tak boleh...duk chit chat kat tengah laluan..

agak-agak koranglah..apa yang diaorang nak buat dengan makanan banyak tu?

nak bawa balik ke negara diaorang ke?

nak makan bayarlah dulu..



Selamba jer makcik tu buka penutup cadburry untuk rasa..ambik ko...nasiblah siapa datang beli tak cukup kuantiti.

Tak ada pula pekerja nak ambil kisah padahal ada yang tengah menyusun barang..

Menggeleng kepala jer....

Share Part 3 : wallet kembung berisi....

wah, dah lama tak bereksperimen ni

ni bercerita isi dalam wallet yer
belum lagi isi dalam handbag
itu kemudian kita buat eksperimen erkh

yang wajibnya dalam wallet mesti ada D.U.I.T dan I.C serta L.E.S.E.N
dan diikuti dengan kad-kad bank (bunyi macam banyak)
masuk gaji..terus gi cucuk kat mesin ATM tu

wallet dibeli kat pasar malam jer
terkenan kat kaler oren menyala
aku rasa yang cilok punya ni
tapi yang penting boleh simpan duit dan ada ruang kad yang banyak-banyak
"ada apa pada jenama..kalau isinya tiada"



namanya dah kahwin
kad nikah pun aku simpan kat wallet
malah ic anak-anak pun kat dalam wallet juga



dalam wallet mesti ada kad bank
janganlah korang terpegun dengan kad-kad banyak tu
banyak yang tak berisi kat dalam akaun

banyak kad bank gara-gara kerja lain-lain tempat
kerja situ..bank ni
kerja sana..bank yang lain pula
simpanlah buat kembungkan wallet


kad berbelanja pun banyak ni
tapi masuk ahli saja
nak berbelanja jarang sekali
sedar-sedar tarikh dah luput



so, anda bagaimana?










 
© Ema Blog All Rights Reserved