pink pink kaler...terasa sangat muda..

on 28 October 2011

sori yer
ramai yang terkena sebab entry INI
manalah kami mampu nak ke sana
ke sabah..ke sarawak pun belum tentu pon

berangan tinggi melangit

tidak pun kalian doakan saya posting ke UK
United Kingdom tau..bukan Ulu Kelang...
manakan tahu doa kalian itu termakbul...AMIN

oh, kali ini mr. ery tidak lupa hari lahir saya
ingatkan sekali lagi dia lupa
dekat jam 12.00 t/mlm pun macam tak ada apa yang berlaku

elok nak pejamkan mata
tetiba dengar cik tupai menyanyi lagu 'happy birthday'
mr. ery pasang you tube kat hp

dengarlah serangkap dua dia nyanyi sama
tak boleh kuat-kuat
takut orang sebelah dengar
ahaks..

itupun dah cukup menggembirakan
tidak mengharap apa-apa hadiah pun
kononnyaaaa...

nak hadiah tak mama?

tak ada hadiah pun tak apa lah ayah...janji ayah dah wish kat mama

kalau nak hadiah pergi ambil kat dalam beg

kebetulan aqeel pula terjaga nak susu

yea ke ada hadiah ni? ayah tipu (masih tak percaya)

tak nak sudah...ayah kasi lima minit saja..kalau tak, tak dapat dah hadiah tu

dah anak nangis ni...

tak tahu..kalau nak pergi ambil saja

teruslah bangkit cepat..takut tak dapat hadiah tu (gelojoh punya isteri)

geledah punya geledah dalam beg kerja mr. ery

ada sebungkus kotak dengan balutan reben kaler pink gitu



berat semacam saja ni......apa benda ni ayah

batu kot...ayah pun tak tak tahu

aku agak minyak wangilah

rupanya-rupanya

>

>

>

>

>


inilah hadiah istimewa dari mr. ery



thanks a lot dear

semestinya sangat suka

beli handphone dapat voucher untuk diskaun hotel 3h 2 malam di tempat-tempat terpilih



dengan itu, kami pilih Kota Kinabalu, Sabah untuk trip tahun depan punya


handphone lama tidak dibuang begitu saja.
masih diperlukan untuk kegunaan video call bila berjauhan dengan anak-anak
itupun hp mr. ery yang punya juga.



nota jari : minggu depan sangat busy dan berada di luar pejabat selama seminggu..kemungkinan nak berblog pun agak terbatas....terfikir nak buatkan contest sepanjang tinggalkan blog...tapi sedang memikirkannya....


my birthday present ..honeymoon kat UK

my birthday present
honeymoon kat UK with my dear
wow, over excited dah ni



apa yang perlu dibuat?

tiket ke UK untuk dua orang
DONE!

check passport
okey tarikh melebihi 6 bulan untuk tamat
DONE!

check cuti
cuti masih berbaki
DONE!

kelulusan bos
hari pergi tidak terlibat dengan kursus
DONE!

isi borang kelulusan KSU
kerja kerajaan kena isi borang khas untuk ke oversea
DONE!

tinggalkan anak kat rumah FIL beberapa hari
FIL memang ada kat rumah tak balik kampung
DONE!

layan internet tentang UK

DONE!

DONE!

DONE!

DONE!

tak sabar rasanya untuk berhoneymoon

horeeyyyy

hadiah paling istimewa

oh, bestnya berangan hari ini

angan-angan nak pergi UK (United Kingdom)

UK kat Malaysia pun tak lepas lagi


ULU KELANG


jangan marah yer..

hari ini hari lahir saya yang ke ??..

yang pasti angka depan dah bertukar untuk 9 tahun akan datang.




notajari : senyum meleret tak hilang dimuka.. thanks a lot to my dear mr.ery













spot check

on 27 October 2011

ingatkan time-time sekolah jer yang ada spot check
tapi time kerja pun ada tau

kat sekolah pengawas dan guru disiplin yang selalu buat spot check kan
mulalah gelabah tak tentu arah
name tag tertinggal
stokin tak pakai
kasut hitam legam
kuku panjang berjela
rambut tidak terurus

yang sempat menyorok
okeylah selamat
yang tak sempat nak lari ke toilet
tersenarailah dalam senarai orang yang bersalah

kalau guru disiplin itu garang
konpemlah kena rotan sedas dua dekat tangan
yang lelaki rambut panjang
diikat dengan getah dan tak boleh buka sampai habis waktu sekolah

dulu guru nak rotan anak..tak kisah pun
malah mak bapak pun tak kisah bila anak kena rotan atau denda
tapi sekarang guru nak menjerit kat budak-budak sekolah pun
guru yang rasa takut

itulah kenangan sekolah time ada spot check

hari ini big bos buat rondaan kat pejabat atas
kebetulan ramai yang tak ada
apalagi..bisinglah dia..
selamat bilik kerja aku kat bawah ni

bos besar tak berani turun kat bawah sorang-sorang
selamat...selamat..selamat..



nota jari : bos besar datang melawat kat bilik tak kisah pun..bukannya tak buat kerja ni

Share Part 2 : Penggunaan Puting Plastik

wake-up! wake-up!!
jangan terbabas bangun lambat
hari ini hari Khamis bukan Ahad
ada yang tak ingat sebab semalam cuti deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada kawan-kawan yang beragama hindu
nak rasa muruku tapi tiada member opis yang sambut deepavali.
yang sambut diwali hari ini...Hepi Diwali kepada rakan kerja sebilik..Mrs Harpreet Kaur
so, dia sambung cuti sehingga minggu depan.

mengenai eksperimen 1 : Tabiat Tidur
rupanya memang ramai yang mempunyai tabiat yang sama
ingatkan orang lelaki yang lebih tapi orang perempuan pun boleh tahan

eksperimen kedua kali ini nak cakap pasal penggunaan puting plastik.
sepanjang membesarkan kedua-dua anak, ema tak pernah ajar diaorang hisap puting plastik.
kesian kalau diberi hisap puting plastik. kenyang ke kasi puting ni. hisap puting, apa yang masuk ke dalam perut anak-anak. bukankah angin yang akan masuk ke dalam perut. bila angin masuk, mulalah perut anak menjadi kembungkan. tak kejam ke?




sesetengah ibu bapa kasi puting kat anak sebab apa?
nak cepatkan anak tidur
nak elakkan anak menangis
nak senangkan ibu itu sendirikan.

tak salah nak kasi anak puting plastik ni
kadang-kadang ada ibu bapa banyak benda nak dibuat
ada sesetengah anak selepas bagi susu pun dia tak mahu tidur
so, si ibu bagi pula puting plastik...sambil mendodoikan anak...
cara itu, anak jadi leka dan akan tidur
bila anak dah lena tu, sebaiknya tanggalkan puting kat mulut
dan jangan dibiarkan sahaja.
pernah terjadi satu kejadian seorang bayi tertelan puting sehingga meragut nyawa.




nak ajar anak hisap puting plastik ini
jangan dibiarkan sehingga dia besar
bila dah besar dan tabiat hisap puting plastik si anak dah rasa seronok
sampai ke besarlah si anak akan hisap puting plastik ni
mulalah puting plastik ni kena kepit kat baju kalau nak ke mana-mana

malah kalau si anak selalu hisap puting
pembentukan gigi si anak akan ke depan

zaman sekarang pelbagai rupa bentuk puting dicipta
sanggup ke anda kasi anak puting sebegini



anak yang dah cantik rupanya
terus jadi hodoh saja

sanggupkah anda?
















cakar ayam dah rupanya

on 26 October 2011

dah zaman berteknologi beginilah jadinya
jari dah keras nak menulis apatah lagi nak melukis
jari sekarang hanya mahir menaip di keyboard saja

dah tak perlu mata tengok ABC kat keyboard
minda pun dah ingat kat mana letaknya ABC tu
jari jemari hanya mengikut sahaja
biarpun kadang-kadang terbabas tertekan huruf lain kan.




bila jari diperlukan untuk menulis
jari yang keras dah mula cepat lenguh
terus tulisan dah jadi seperti cakar ayam
ayam mengais lagi cantik bentuknya

setiap minggu kenalah jari bekerja untuk tulis dan rekod surat ke dalam fail-fail

kenapa ada tulisan pen merah dan pen biru tu?

tulisan merah untuk surat dari luar
tulisan biru surat dalaman atau surat untuk orang luar

burukkan tulisan ema?

Share Part 1 : Tabiat Tidur

on 25 October 2011

sampai sekarang tabiat ini tak boleh nak tinggal
biarpun kadang-kadang kena marah
sebab mengganggu ketenteraman orang sebelah nak lena

nak tidur..baring atas tilam
mulalah kaki ku bergoyang
tabiat goyangkan kaki sebelum tidur susah benar nak hilang

ingat dulu masa tinggal kat asrama
katil asramakan double decker
dapatlah katil yang tingkat atas punya
adalah kawan yang bising..
sebab katil bergoyang..gara-gara tabiat ku ini

last-last terpaksa tukar katil
kena cari katil bawah tapi katil atas kosong
barulah tak ada siapa kena kacau
lainlah kalau 'benda' lain yang tumpang tidur kat atas tu
namanya asramakan...macam-macam boleh berlaku.

masa study kat kuantan dulu
ada yang pelik tengok diri ku time tidur ni

yealah, mata pejam
tapi kaki goyang
sampaikan ada yang cakap 'eh ema, ko dah tidur ke belum'

kalau kaki masih goyang tu
tandanya tak lena lagi
sedang berangan-angan

kalau goyangan kaki tu dah berhenti
tandanya ku dah di ulit mimpi

tapi kalau dah ngantuk sangat
letak saja kepala kat atas bantal
terus dah tak sedar apaaaa...

korang punya tabiat tidur camana?

Blog Porno

3 hari tinggal blog
adalah orang yang hantar komen
kat entry-entry yang di auto publish
terima kasih yang datang singgah.

3 hari tinggal blog
komen-komen banyak ada yang masuk ke kotak spam
yang kita kenal blgger yang tinggal komen..kita klik NOT SPAM
tapi bila ada blogger baru hantar komen
nak ex-change link

so, kita kliklah nama blog yang hantar komen itu
kita ingatkan dia ikhlaslah nak kawan



tapi, very the terKEZUT beruklah
blog LUCAH rupanya

korang tengoklah kenalan-kenalan blogger ni
semuanya 18sx


gila ke nak kawan dan exchange link dengan blogger ni
nanti tak pasal-pasal blog kita kena block dek virus bagai

kepada blogger LUCAH ni
hello, this blog about my family and my activities only
no about sex...if i already married
speaking london kejap
betul ke english language aku ni

BENCI!!!



Cinta Muka Bulu vs Cinta Mukabuku

on 24 October 2011

macam-macamlah diaorang ni

berdiri tegak bulu roma aku



budak kena tinggal oleh ibunya

As Salam

budak kena tinggal oleh mamanya
gara-gara mamanya berkursus selama 3 hari dua malam

sedang breakfast roti canai dan telur rebus di kedai mamak



amboii, kakak tu
pergi kedai mamak pun nak lawa-lawa erkh

si ayah melayan sahaja karenah anak-anak
anak-anak sekarang sudah pandai untuk pilih baju sendiri
lebih-lebih si aqeel syafiq

malam sepatutnya pakai baju tidur
tapi dia tak mahu..aqeel pilih sendiri baju
last-last bawa keluar dari rak
t-shirt dan seluar jeans

si kakak pula..
selalu nak pakai dress dan seluar hitam kat dalam gambar tu
kalau dress tu dibasuh dan dijemur
tak sempat nak kering elok
dah pakai.


terima kasih mr. ery kerana menjaga anak-anak.



notajari : dah mula rasa sakit-sakit badan

Melaka lagi...kali ke 4 tahun ini

on 21 October 2011


off to Melaka...Kursus 'Team Building'.

3 hari 2 malam



sayang kedua-dua anak mama, Azwa Safriena dan Aqeel Syafiq

kamu jangan nakal-nakal yer.

main elok-elok...jangan gaduh-gaduh



kakak....

kakak sudah besar

kakak boleh jaga adik

kakak jangan selalu usik adik tau

nanti adik mahu gaduh dengan kakak

nanti adik nangis-nangis



adik....

adik pun sama

jangan selalu kacau kakak

bila kakak marah

adik bukan nangis saja

adik marah kakak pula


dengar cakap ayah yea sayang

adik tidur dengan ayah

kakak pun tidur dengan ayah

mama kena pergi kursuslah sayang...


doakan untuk perjalanan mama dan kawan-kawan seopis mama

kepada kawan-kawan bloggers

nanti saya balas jejak anda.

terima kasih datang ke blog saya ini











kat sini lagiiiiiiiii...tak ada tempat lain ke?

balik rumah saya berceritalah dengan mr. ery
saya bawa anak-anak tu jalan-jalan kat SINI kan

pagi ahad hari tu mr. ery tak kerja
dan tekak pula nak rasa makan breakfast kat luar (padahal kat luar sokmo)
plannya nak cari makan kat pekan sungai besi
pergilah kami empat beranak ke sungai besi
dan sempatlah singgah kat pejabat pos
hantar surat opis punya (dah buat kerja despatch)
masukkan surat kat dalam tong merah saja...hari ahad semua pejabat tutup kan
mujur dah ditampal stem

dah sampai pekan sungai besi
kitaorang patah balik

kakak dalam kereta


kakak : ayah, ayah...kakak, adik dan mama...best jalan-jalan kat situ (tunjuk bangunan TBS)

mr. ery : iyea...best tak?


kakak : best ayah...


mr. ery : okey...jom kita pergi.


kakak : hoooorrrreeeyyyy...


suka kakak ada maknanya...apalagi kalau bukan nak beli sweets

akhirnya, kami makan kat kedai mamak yang layan diri




saya yang kurus atau mr. ery yang berisi...hehehe



dari kedai mamak ni...boleh nampak view kampung Malaysia
tasik inilah yang kami lepaskan ikan sebelum balik raya...entah masih ada lagi ke kat dalam tu?
selalunya kitaorang naik motor berempat tak pakai helmet lalu kat tepi tasik ni
jangan marah incik polis erkh




perut sudah kenyang...ayuh, kita jalan-jalan lagi



alahaii...bila masa pula si kakak ni sempat berposing kat sini
cinderella...cinderella...



kakak : mama..mama... nanti dia keluarkan duit RM 2 kan

mama : mana ada...


kakak : adaaa mama...


mama : tak ada lah kakak


kakak : semalam tu..dia kasi duit



memanglah semalam kasi duit sebab masukkan RM 5...
hari ini mama habis korek segala syiling kat wallet tu...
ngam-ngam masukkan RM 3..

bengang atau bangang!!!!

bengang sungguh hari ini

3 jantan bawa kereta macam apa entah

jantan pertama : bawa kereta macam bapak dia punya jalanraya. dah terang-terang ada garisan putih tanda pembahagi jalan. dia langgar garisan terus. do drive tengah-tengah garisan. dah masuk lane orang. aku kasi hon.dia buat 'dekkk' je dan masuk terus ke lane aku tanpa bagi signal...mentang-mentanglah ko tu jantan erkh.

jantan kedua : yang sorang ini dah tahu nak masuk simpang belah kiri. teruslah duduk kat lane kiri. ini tak, ko duduk kat lane tengah. pastu dah dekat simpang baru ko terhegeh-hegeh nak masuk. tapi kereta tengah berderet-deret. ko akan slowkan kereta..dan ko buat aku break kereta secara mengejut. terus aku kasi hon berkali-kali. sempat aku jeling. tapi ko buat 'dek' juga. cisss....

jantan ketiga : yang ni si driver teksi. aduh... ko nak masuk simpang tu tolonglah kasi signal wey. dahlah jalan kecil muat-muat dua biji kereta saja nak lalu. terkejut beruk lah aku tetiba ko masuk simpang kanan. nasib aku sempat break juga.

tensionnya aku pagi-pagi ini

dahlah cermin mata aku buat hal ni..bila pakai dia senget..pastu tertekan kat hidung. aduhhh...

seorang bro ajak saya berlaku curang

on 20 October 2011

maaf...maaf..maaf...
saya terpaksa ikut cakap seorang bro ini

bro ini telah mengajak saya untuk berlaku curang
akhirnya, saya ikut cakap dia juga
tapi kenapa???

maaf nuffnang....saya dah ceraikan anda
saya telah jatuh hati pada yang satu lagi
saya jatuh hati pada adverlets pula

harap nuffnang memahami saya
bukan saya lupa diri setelah nuffnang bagi 4 tiket wayang free
tapi saya mahu berusaha keras lagi

terima kasih nuffnang atas pemberian 4 tiket wayang ini
masih belum berpeluang nak tengok wayang apa?
sekarang cerita apa yang best kat panggung erkh.

kepada bro yang mengajar saya tu


okey bro, saya dah berkasih dengan adverlets pun


Pengasuh Anak

As Salam Semua

Selamat pagi

ada sesiapa yang sedang mencari pengasuh untuk menjaga anak?

pengasuh anak ema mahu mencari anak untuk dijaga

pengasuh anak ema ni ema panggil cik sal

sebelum ini cik sal hanya jaga anak ema seorang saja si Aqeel Syafiq.

ema tak kisah pun dia nak jaga anak orang lain. malah ema yang minta cik sal untuk cari seorang lagi. bolehlah cik sal tambah pendapatannya.

lagipun ada bagus juga si Aqeel Syafiq ada kawan untuk main bersamakan.

sekarang ini cik sal dah jaga dua orang anak kecil. seorang anak ema dan seorang lagi anak jiran cik sal.

anak jiran cik sal, bulan ini last hantar kerana mereka dah nak pindah ke shah alam.

ema pun kesianlah juga, anak ema dah tak ada kawan nak main-main kat rumah cik sal nanti.

ema sangat puas hati dengan cik sal.

orangnya sangat baik hati dan jaga anak dengan baik.

kadang-kadang ema terpaksa juga tinggalkan kakak kat rumah cik sal jika FIL balik kelantan.

sesetengah orang, kalau anak dah pakai baju...kita akan dapat baju kotorkan

tapi cik sal sanggup cuci baju-baju anak yang dipakai..so bawa balik baju yang dah bersih.

ada sekali tu, sampaikan ema naik segan bila cik sal basuhkan beg sekolah kakak juga.padahal hantar tak sampai seminggu pun....segan sangat segan....

so, kalau ada yang sedang cari pengasuh anak...bolehlah bagitahu ema.

tapi hanya area Sungai Besi sajalah.... kalau yang tinggal Putrajaya tapi kerja kat KL pun boleh..senang saja.


Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

on 19 October 2011

Share dari FB

Salam hormat,

Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang

hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu

budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun

kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.

Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu

buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan

kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada

korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain

dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik

dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,

orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik

yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung

sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...

Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri

sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...

Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya

dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong

seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong

maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die

so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa

menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.

Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat

budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die

kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu

akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar

hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...

Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..siapa pernah datang sini?

As Salam

selalunya orang bawa anak-anak pergi bersiar-siar kat taman-taman kan
tapi saya bawa anak-anak pergi bersiar-siar kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
sebabnya saya nak ajar anak kenal dengan bas
besar-besar nanti takut tak tahu yang mana satu bas...yang mana satu keretapi.
lagipun TBS ni dekat sangat dengan rumah


mula tu dah minta izin dengan mr. ery nak bawa anak-anak ke Taman Tasik Perdana
tapi bila difikir..jauh dan susah tak ada siapa nak handle anak-anak dalam kereta nanti.
terus tak jadiiii...lagipun bahaya pergi sorang-sorang tak berteman dengan lelaki
anak lelaki ku masih lagi kecil

sejak terbinanya TBS ni..semakin maju kawasan-kawasan dekat sini
senang tau..LRT, Komuter, nak pergi KLIA Airport, bas-bas berhenti-henti semua ada



selain nak bawa anak-anak ni jalan-jalan
tujuan utama adalah hanya nak beli gula-gula saja
si kakak asyik duk ajak jom mama pergi kedai...nak beli sweets
janji anak-anak kena makan breakfast dulu



dah nampak baslah tu.... bagitahu mamanya



deepavali kan dah nak dekat
adalah deko-deko yang pakai beras tu kan



ikut suka hati dia jer duduk kat situ
nasib baik sempat tahan dia dari masuk kawasan beras-beras tu
kalau tak, habislah berterabur



itu LRT dik

entah projek apa lagi kat sana tu



bukan sebarangan orang boleh turun kat level 2
level dua hanya untuk orang yang punyai tiket saja
nampak tak polis bantuan dekat escalator tu (tengah main handphone)
hah, nak turun bawah kena tunjuk tiket dulu
so, bagi yang tolong hantar pun tak boleh turun
yang bas belum sampai pun tak boleh turun juga
baguslah juga..tidaklah sedut asap-asap bas



nak tengok bas dah ada ke belum
tengok kat papan berlepas dan ketibaan
ala....macam kat mana-mana airport tulah.




memang semualah dia buat cara seperti mahu naik kapal terbang
nak beli tiket pun kena tunjuk IC
sistem pembelian tiket baguss
tapi sistem perkhidmatan bas bagaimana?
bas baru atau buruk?
sama saja



nak simpan beg-beg pun ada



tak perlu simpan kat orang
terus ada peti simpanan
dan buat password sendiri agaknya



di tingkat empat
tempat paling banyak adalah tempat makan-makan



kedai mamak layan diri punya





alamak, akak pandang sini pula
sori kak, saya nak ambil gambar kedai saja
tapi interprem akak sekali





adalah juga yang jual eksesori-eksesori, kasut, tudung, handbag



dan paling puas hati
adalah charge parkingnya
hanya RM 3.00 sekali masuk
tak macam KL Sentral yang mencekik darah bab charge parking ni






eh, mama...mesin ni bagi kakak duit RM 2.00

mestilah...dah mama kasi RM 5.00




hari ahad kami berempat pula pergi bersiar-siar

kelar ikan tak reti..kelar anak reti...

on 18 October 2011

As Salam

berita-berita yang panaskan hati saja setiap kali baca suratkhabar
gambar bayi kena kelar dengan mak sendiri tersebar kat internetkan..
tapi ema tak sanggup nak letak kat sini...

budak ada akal tapi tak berakal
dah buat dosa....lagi-lagi pergi tambah dosa

kesian sangat kat bayi yang tidak berdosa tu
daripada kelar anak..baiklah pergi kelar ikan ko..ayam ko

marah kat teman lelaki tak nak bertanggungjawab
si mak pergi luahkan kat bayi dengan cara kejam sekali

dah tangkap si mak, apakah hukuman untuk dia?
dahlah masih lagi di bawah umur.


nota jari : ngilunyaaa....




entry pertama bergambar dengan artis...entry gedikslah sikit...

ini entry pertama aku dapat bergambar dengan artis
biarlah orang nak kata apa


"ala, ema... bergambar dengan artis pun beria-ia..siap nak buat entri bagai"


aku tak kisah pun, nak kutuk nak keji ke apa. sebab ini blog aku. aku punya sukalah kan kalau yang tak suka. sila tekan pangkah sebelah atas kanan sekali tu (nak kena ajar ni)




aku dapat jumpa shaheizy sam ke?
sebenarnya tak jumpa pun...sam tak ada kat majlis
khabarnya dia tengah syok bercuti kat LA kan.

tak dapat bergambar dengan dia pun tak apalah
janji ada juga artis nak bergambar dengan aku..
ohhh,...silap statement...ada juga gambar aku dengan artis

lepas rasa nasi minyak tu sikit
aku terus cakap dengan kawan sebelah
jom, kita pergi ambil gambar dengan diaorang tu
diaorang tu kat belakang sekali
kan tak pasal-pasal terlepas lagi sekali

mula-mula nak minta bergambar memanglah segan
masing-masing tak berani sangat

"awak pergilah tanya dia...dia okey tak?"

"emalah pergi tanya."

bila duk main ko pergi aku pergi

last-last aku beranikan diri

kak zizie..kak zizie... nak ambil gambar dengan kak zizie boleh tak (lembut suara aku)

boleh.... (hati aku dah terlonjak-lonjak suka)

silih bergantilah dengan kawan bergambar dengan zizie ezzette
dia pun senyum saja..tak sombong pun
sempat juga aku lihat wall picture kat hp dia
gambar dia dengan suaminyalah...BUNG MOKHTAR tu.



dengan mummy kathy pun bergambar juga tau
layan kitaorang nak bergambar
kejap tukar kamera tu..kejap kamera ini
nasib baik kat luar dewan tu


mummy kathy siap cakap

"nak tengok, kalau tak cantik kita ambil sekali lagi"



okey-okey kita zoom dekat sikit
kalung mutiara mummy kathy tu hadiah dari sam kan.
hadiah sam yang menang Artis Paling Popular
seronoknya ada anak seperti sam tu...mesti bangga mummy kathy.




baju kelabu tu adik bekas KP aku
dialah Ad Samad..komposer tu
Dang Suria..isterinya Ad Samad ni
muka Ad Samad sebijilah dengan abangnya tu.

sori, curi-curi ambil gambar yea



dengan Dang Suria sempatlah bergambar juga
kat majlis tu, dia sebagai pengacara



okey..
kita zoom dekat lagiii...
macam salah pada make-up dialah...
tapi still lagi okeykan...cantik juga...
owh, diaorang ni sangat romantik
suami isteri siap bertarik dan berpegang tangan lagi
ermmm..diaorang ni dah ada anak ke tak erkh?



pastu kitaorang pun duduk balik kat meja makan
ingatkan hanya aku dan sorang kawan saja yang nak bergambar
rupanya ada juga yang nak

tadi tak mahu ikut kitaorang..katanya segan
untuk tidak mengecewakan diaorang
terpaksalah aku bangun lagi dan ambil gambar diaorang pula
nasib baik aku bawa kamera besar gabak aku tu
beruntung ada handbag besar ni



dah diaorang pun duduk kat meja makan
tak mahulah ganggu sangat diaorangkan

yealah kejap bangun..kejap duduk

last-last bergambar kat meja makan saja.
aku masih tak puas nak bergambar lagi
tu pasal aku interprem juga




kita zoom lagi dekat
cantikkan mereka
kulit bersih saja (pakai jenama apa kak zizie?)
pastu putih suih....



kathijah ibrahim menyanyi dua lagu tak silap
sebab aku balik sebelum dia habis nyanyi
suara latar anak didik dia pun best juga



last but not least

*

*

*

of coz lah

*

*

*

*

*

zizie dengan aku




habis dah.
tunggulah artis mana pula yang akan jumpa aku lagi.
.statement tak boleh blah tu...hehehe


Majlis Kenduri Kaum Kerabat Artis

jumaat malam lepas aku ditugaskan sebagai usherette tetamu-tetamu VVIP
satu majlis kenduri kahwin anak bekas ketua pengarah opis aku
majlis berlangsung di Dewan Merak Kayangan Felda, Jalan Gurney, Kuala Lumpur
kali kedua aku datang sini
first pun disebabkan majlis kenduri kahwin anak bekas ketua pengarah yang kedua
yang ni bekas ketua pengarah yang keempat sejak aku kerja kat opis sekaranglah
bekas ketua pengarah pun selalu silih berganti
yealah, semuanya tukar sebab pergi posting ke luar negara

walaupun dah pernah datang
aku tetap juga sesat...dua kali keluar jalan yang sama
mujur ada tempat nak berhentikan kereta
nak tengok map kat kad kahwin



cuba tengok sisi muka pengantin perempuan tu...ada iras-iras sape?



walaupun yang datang bergelaran Tan Sri- Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato'-Dato' mahupun Datin-Datin. tiada protokol. santai dan selesa saja. tapi tetap ada juga zon-zon untuk mereka duduk.



makanannya pun sedap-sedap tapi dapat jamu sikit saja.



inilah bapa pengantin perempuannya (sebelah aku).



masa khatijah ibrahim ni menyanyi...aku dah bersiap mahu balik..BIG BOS kat rumah dah bising sebab dah agak lewat..

kaum kerabat diaorang bukan saja berlakon malah menyanyi pun best tau.

power-power suara diaorang

Shaheizy Sam, Zizie Ezzete, Ed Samad tu adik beradik bekas KP aku inilah

korang agak-agak aku dapat jumpa shaheizy sam tak?

kalau nak tahu..tunggulah entry akan datang erkh.

hehehehe..yang pasti hati aku riang gembira.


 
© Ema Blog All Rights Reserved