apa, dah cerah!!!! jakun betul...

on 25 July 2011

As Salam Semua!!

rindu kat anak-anak dan mr. ery
rindu kat korang
rindu kat blog

pinjam laptop pakar kimia kejap
dah diberi kebenaran oleh dia tau
bukan main cilok saja
lagipun kat sini tak dapat line internet free
nasib baik pakar kimia ni ada broadband

diaorang pergi lunch, saya standby kat bilik seminar
first time sampai negeri Sabah
memang terasa jakun betul
hahaha..wat malu saja

pagi tadi terperanjat tetiba tengok di sebalik langsir
dah terang benderang...
alamak, dah terlewat ke?
tapi kat tv baru azan subuh..
tengok jam baru jam 6.00 pagi

memang jakun betul
automatik mata terasa segar
gara-gara tengok dah terang benderang
terus bangun mandi dan siapkan diri

dengar subuh dari tv laa..
sebab saya tak akan tutup tv pun bila tidur sorang-sorang ni
yea...saya seorang yang penakut.

kalau sempat nak bw kejap ni


nota jari : petang nanti nak pergi pasar filipin yang disebut-sebutkan...

tinggal-tinggalkan...oh sayang..

on 24 July 2011

Jaga diri baik-baik anak-anak mama...azwa safriena dan aqeel syafiq... Dengarlah cakap ayah yea sayang....mama pergi tidaklah lama...tak lama?..hampir seminggu juga ni..

azwa,mama dah sediakan baju sekolah mengikut hari yea sayang...stoking pun mama dah susunkan...getah rambut dah mama satukan dalam bekas.cuma ingatkan ayah untuk isikan air dalam bekas minum untuk esok pagi yea...bangun awal dan jangan peningkan ayah...kakak pandai buat sendirikan..

aqeel, semua baju dan pampers mama dah hantar ke rumah cik sal...bila hari isnin hingga hari jumaat hanya adik saja yang akan ayah hantar kat rumah cik sal...ayah kan kena pergi kerja...balik kerja ayah ambil adik...malam-malam adik janganlah menangis yea sayang...kesiankan ayah..

Mr ery, terima kasih kerana menjaga anak-anak...semua persiapan dah saya lakukan untuk kemudahan....cuma nak pesan janganlah kasi rumah kecah yea...sampah dah pun saya letak kat tong di luar...saya takut nanti terlupa nak buang pagi isnin...oh yea, saya pun tak dapat nak sediakan air minum setiap pagi untuk seminggu ini..

Doakan perjalanan mama selamat sampai dan selamat kembali..

p/s : dah terbang pun sekarang ni...jam 9.20 pagi...2 jam perjalanan...

hidup segan mati tak mau

on 23 July 2011

As Salam

betul ke peribahasa 'hidup segan mati tak mau'
malas pula nak mengoogle
dah lama tinggal pembelajaran peribahasa

tapi rasa-rasa dah betul ni
hari tu temankan member tukar voucher bola boling
kena tukar cepat sebelum masuk bulan ogos
kalau tak ter'bakar' voucher tu..rugikan

voucher tu dari pusat boling kat Selayang Mall
pandu ikut signboard sebab tak ada gps
orang cakap masuk ikut Hospital Selayang
terus dan belah kiri akan nampaklah

okey, jumpa hospital selayang tu
tapi.. saya pandu sampai terlepas nak masuk simpang
terpaksa cari jalan keluar
nak u-turn kat traffic light takut salah
alih-alih u-turn kawasan perumahan

dah u-turn dan masuk simpang
terlepas lagi simpang ke mall itu
terpaksa cari jalan keluar sekali lagi
sudahnya jalan banyak yang sehala

bila dapat park kereta kat mall
terus cari tingkat dua
tapi bila masuk mall tu
cam tak ada orang nak berniaga
banyak kedai yang tutup

aik, takkan begini rupa Selayang Mall nya
gah pada nama tapi rupa tak ada

member pun tanya dengan pak guard kat situ

member : "uncle, pusat boling kat mana?"

pak guard : "pusat boling?

member : a'ah... ini Selayang Mall kan

pak guard : bukan-bukan..ini Selayang Capital

member : habis Selayang Mall kat mana?

pak guard : u pergi straight... u nampak itu Mydin..kat tepi Mydin itu ada

member : Mydin?

saya : yea..yea..saya tahu Mydin tu.

malas nak layan pak guard pakistan sangat...so, terus saya potong cakap mereka..hehehe..

rupa-rupanya kami salah mall. akhirnya member dapat tunaikan voucher tu... dan dapatlah saya pinjam bola boling dari member yang satu lagi untuk lawan hari jumaat yang terkena saman speeding..bila diingat pasal saman ni..grrrr..geramnya....



masalah dengan link gengblogger.com

on 22 July 2011

As Salam dan Salam Sejahtera
nak ucap selamat malam tak sesuai rasanya
selamat malam hanya bila dah rasa mengantuk kan

ada masalah ke dengan laman gengblogger.com?
kenapa bila saya nak buka blog, keluar benda yang kat dalam gambar tu erkh?
orang lain ada terkena cam saya tak?
blog saya ini yang bermasalah
atau
link gengblogger.com tu yang bermasalah?

bila korang datang blog saya jadi camni juga ke?



apa yang perlu saya buat ni?

kat gengblogger.com tulah saya boleh ping-ping entri yang diupdate.

ku rasakan something

apa yang ku rasa
memang ku rasakan something
kenapa follower ku semakin berkurangan
ada yang removekan sebagai follower ku

tapi kenapa?
ku tahu blog ku tidak sebest blog orang lain
ku tahu blog ku tidak sefemes blog orang lain

tapi ku perlu ucapkan terima kasih kat abang eqbalzack
yea..ku rasakan something
abang eqbalzack sudi menjadi follower blog ku ini


pagi punya view


petang punya view


walaubagaimanapun, ku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua blogger yang sudi jadi follower blog ku yang tak seberapa ini


tanpa kamu siapalah mamaemacyg punya blog ini kan....

santapan terakhir di opis

lagi dua hari mahu terbang ke sabah
duk sabah pula seminggu
balik opis nanti dah mula puasa
anak-anak terpaksa ditinggalkan sementara

orang sabah baik-baik kan
siapa orang sabah erkh
ada yang sudi teman saya jalan-jalan tak?

saya nak cari hadiah untuk member kahwin
saya nak cari cenderahati untuk anak-anak saya
saya nak cari cenderahati untuk kaum kerabat saya
saya nak cari mutiara yang cantik tapi nak yang murah (demand pula)
saya nak cari cenderahati untuk kawan-kawan opis
saya nak cari cenderahati untuk kawan-kawan blogger

kejap-kejap
saya mahu check isi dalam purse saya
oh, cukup ke mahu belanja?

orang cakap kat sana ada pasar filipin?
sana boleh dapat barang murah-murah
orang cakap nak makan seafood pun senang

nanti-nanti
pergi sana nak buat apa?
mahu kerja atau mahu jalan?

oh, kerja..kenalah kerja
takkan kerja membabi buta
ada masa..kita berjalan juga
tak akan nak lepaskan peluang di depan mata

ada orang mahu tolong kita tak?

add facebook kawan pasangan

on 21 July 2011

Assalamualaikum

hari ini nak cerita pasal mukabuku atau facebook (bahasa melayu orang susah nak faham sikit)

siapa ada akaun facebook ni? rata-rata semuanya adakan. sebab kat facebook kita boleh ping2 blog kita ni..betul tak?


bukan nak cerita pasal ping-ping blog tapi nak kongsi pendapat dengan korang pasal add facebook kawan pasangan korang?

contohnya camnilah : pak we / suami korang tu sudah pasti ada kawan-kawan perempuan kan.. tak kiralah kawannya itu satu sekolah, satu universiti atau satu tempat kerja. bila pasangan korang tu add facebook kawan perempuannya..adakah korang akan add facebook kawan perempuan pasangan korang tu? kalau korang kenal okeylah...tapi korang tak kenal pun dengan kawan perempuannya. dan sebaliknya bagi mak we/ isteri.

kawan perempuan mr. ery tak pernah saya add biarpun saya pernah jumpa atau saya tak kenal. sebab kalau add pun tak tahu nak borak pasal apa? lainlah kalau kawannya itu add saya dulu..barulah saya approvekan..mungkin kawannya nak kenal diri kita juga.tapi kalau add semata-mata tak ada point..baik tak payah.

pendapat korang camana?


nota jari : tengah check orang yang pernah di add atau di approve untuk di remove...

[aqeel] | senyum mengada-ngada

bila usia dah nak cecah 2 tahun... aksinya dah macam-macam...

lebih-lebih lagi bila di depan kamera.... orang cakap 'senyum' saja... terus buat gaya cam gedik.

pastu suka main dengan bear kuning....selalulah berebut dengan kakaknya...

tapi mr. ery tak berapa nak kasi sangat aqeel main bear... itu mainan budak perempuan.

kena cari mainan lain ni...hurm...mainan robot sesuai kan...



bila mr. ery letak gambar ini kat fbnya...sampaikan mama tok pun komen juga... cer teka..cer teka mama tok si aqeel yang mana satu?




yang pakai nama Astana Pengantin tu adalah mama tok aqeel... tapi tak boleh percaya sangat sebab mom saya tak reti fb2 ni... ni pasti kerja salah seorang adik-adik saya ni..

tapi pujian dari orang lain boleh kasi kembang hidung saya dan mr. ery

tapikan

hanya saya akan hidung kembang

sebab

mr. ery tak reti nak kembangkan hidung

ngeh3x





kemaluannya ada kesan minyak

on 20 July 2011

maaf dengan tajuk entri di atas.

semalam terbaca harian metro mengenai seorang ayah sanggup menodai anak perempuannya yang dibawah umur... semakin menjadi-jadi perkara sebeginikan....YA ALLAH, nafsu apakah bapak seperti itu?

sedih, geram, dan macam-macam perasaan timbul.. sanggup seorang bapa berumur 40-an merogol anak yang berusia 8 tahun.... kanak-kanak seusia itu apa yang mereka tahu?

seorang ibu terjaga bila anaknya menangis... si ibu bangun dan buatkan susu... dan kelihatan si bapaknya pula terlena di sebelah si anak perempuan... anak perempuan mereka tidur di ruang tamu.... tiba-tiba si ibu terperasan ada kesan minyak di kemaluan anak..tapi....

si ibu masih tidak syak apa-apa...malam esoknya sama juga... si anak menangis...si bapaknya ada di sebelah...dan ada kesan minyak di tempat yang sama.

barulah si ibu mula gelisah... si ibu bertanyakan pada si anak... dan si anak bercerita apa yang berlaku...Astagfirrullahhalazim apalah nak jadi dengan dunia sekarang ini.

apakah hukuman kat dunia akan menginsafkan mereka? tiada perasaan bersalahkah pada diri mereka? dan bagaimana pula dengan masa depan anak perempuan mereka itu?



hari ini dalam sejarah

hari ini dalam sejarah

kenapa dengan hari ini?

tetiba handphone berbunyi

nak angkat atau tak mahu angkat ni?

tengah drive ni...mata melilau tengok kot-kot ada polis

tengok kat skrin... tertera nama yang sangat-sangat dikenali..

saya : hello?

sana : hello... air minum saya mana?

saya : alamak, saya terlupa buat air?...saya minta maaf...betul-betul terlupa

sana : otak ada kat mana?

saya : otak ada kat kepala saja

sana : dok fikir apa?

saya : tak ada fikir apa-apa pun

sana : okey..pusing balik ke rumah.

saya : okey.

sana : tak adalah...saja jer..

saya : (dalam hati)..ermmm..dah tahu pun...hehehe

tapi

otak tadi tengah fikir

fikir nak bayar saman speeding.... RM 150 bakal melayang....

huawaaa..... kena saman kat area KL saja...

rasanya tak laju pun bawa kereta hari tu.... tapi kalau tak laju...tak kenalah samankan...grrrr...


notajari : kalau lambat bayar saman.. nilainya akan meningkat ke?

[azwa] | 19/07/2011 - Happy Birthday My Dear

on 19 July 2011

Allah Selamatkan Kamu

Allah Selamatkan Kamu

Allah Selamatkan Azwa Safriena

Allah Selamatkan Kamu



Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi..Azwa Safriena

Selamat Hari Jadi....



Happy Birthday To You

Happy Birthday To You

Happy Birthday To Azwa Safriena

Happy Birthday To You



sampaikan tiga jenis lagu dinyanyikan oleh kawan-kawan satu sekolah si kakak ni...

hari ini genaplah umur kakak 5 tahun



first time sambut hari lahir kakak kat sekolah tadikanya... tak ada parti besar-besar pun..sekadar kek sebiji dan goodies untuk diberikan kepada kawan-kawannya... janji permintaan kakak telah mama dan ayah tunaikan.

"mama doakan agar anak mama menjadi anak yang solehah, cerdik pandai, dan belajarlah bersungguh-sungguh...dengarlah kata-kata mama dan ayah...mama dan ayah marah tidak beerti kami tidak sayangkan kakak.... sesungguhnya kami sangat-sangat menyanyangi dirimu sepenuh jiwa dan raga"

I berBLOG...

on 18 July 2011

aduh, bikin panas betul bila buat first entri hari ini.. so, entri itu terpaksa saya delete kan untuk elak ketidakpuasan hati orang lain. ramai yang kata nak puaskan hati orang amat susahkan... tak mahu panjang-panjang benda ini..so, saya deletekan saja... malas nak gaduh-gaduh macam budak kecik...cakap-cakap belakang tak apa..cakap-cakap kat blog tak boleh...

masing-masing punya pendapat dan fikirankan.

hurm.... nak berBLOG apa pula ni... nak buat takut tersalah lagi... okey saya terima teguran itu... tak perlu nak story tentang tempat kerja atau kawan-kawan... saya story tentang keluarga dan diri saya saja...ada orang yang sudi untuk membacanya?

tema apa baju raya korang tahun ini? saya nak kaler kuning tahun ini tapi tak bererti mempunyai maksud tersirat dan tersuratnya tau...

maaf..ada yang terasa pula...

maaf yea...ada yang terasa bila saya buat ENTRY INI

ini hanya pendapat peribadi saja.. bukan untuk tuju kepada sesiapa..

bila cakap benar dianggapnya salah

bila cakap bohong kemungkinan anggapannya adalah benar

baik saya sambung buat kerja untuk minggu depan

banyak perkara harus diselesaikan ini.


p/s : orang sabah, kat mana nak belikan hadiah yang murah-murah erkh?

penting ke insurans?

on 15 July 2011

As Salam Semua!!!

aduh, sakit tangan ni..gara-gara main boling tadi... sakit tangan camni boleh klim insurans tak?..hehehe...

korang, insurans ni sangat penting ke? walaupun bekerja dengan kerajaan... yealah, kerja kerajaan banyak faedahnya di hospital kerajaan kan.

bila letak status ini kat fb..ramai yang cakap sangat penting...



semalam ada terima panggilan dari CIMB.... dia bagitahu saya terpilih untuk menjoinkan diri dalam insurans CIMB AVIVA...pernah dengar tak?... musykil juga bila tetiba dia call kan....takut jenis orang yang tipu-tipu ke? tapi dia ada bagi nama dan no telefon dan dari CIMB Bank mana...

punyalah panjang lebar duk terang dalam handphone.... pot pet pot pet bagai.... bayaran RM 50 sebulan sahaja...okey ke?... dia punya kebaikan pun boleh tahan..banyak dan menariklah juga... antaranya... apa-apa kecederaan atau kemalangan dapat buat tuntutan malah terseliuh pun boleh... suami dapat..anak-anak pun dapat... sebagai pesakit luar pun boleh dapat dalam RM 650 untuk setahun.... banyaklah lagi kebaikannya...dah tulis tapi lupa...ada kat meja opis...

pendapat korang camana?

misteri...misteri.. tempat kerja ini

As Salam Semua

menaip secepat mungkin in..kerana kejap lagi zass.. ke putrajaya..ada tournament boling lagi... walaupun masih keadaan selsema..tapi still lagi nak bermain... dah berada di dalam jiwa main boling ini..ahaks...

okey2x.. ada misteri sikit tentang tempat kerja saya.. rasanya dah dua kali terkena dalam minggu ini saja...tapi saya diamkan diri...tak mahu nak cerita kat kawan-kawan opis....sebabnya benda dah ramai yang tahu...

kelmarin balik agak lewat sikit.. member satu kat bilik saya... tepat jam 5.00 petang terus saja balik..so, tinggallah sorang-sorang kat bilik kan...tapi tak ada yang pelik-pelik pun..layan blog dan fb saja... tanpa sedar jam hampir kul 6.00 petang.. saya off pc, aircond dan lampu.... masa saya keluar dai bilik tu.. tak sangka pula pegawa-pegawai lain dah balik semua..saya sorang saja ada kat sini...masa nak tutup bilik opis ni, saya terdengar dan ternampak pintu keluar berbunyi dan tengah bergerak nak tutup.. siapa yang keluar tu?... bila saya keluar.. tengok tak ada pula orang... aik, tak akan cepat sangat orang tu naik ke bangunan atas...malah kereta kat depan blok saya pun memang kosong... so, saya terus diamkan saja..malas nak fikir yang bukan-bukan..nanti buat saya takut.

hari ini pula, bila saya tengah faks surat..tetiba bunyi telefon sayup-sayup..cam kenal saja bunyi ini...cepat-cepatlah berlari anak masuk ke bilik nak angkat telefon... memang yea, handphone saya tengah berbunyi...terima panggilan dari mr. ery... lepas cakap kejap.. saya sambung balik faks surat kat luar... sekali lagi saya terdengar sayup-sayup telefon berbunyi..bunyi yang sama juga..sekali lagi saya berlarian anak nak angkat cepat-cepat panggilan... tapi bila tengok kat hp..langsung tak ada miss call pun... misteri sungguh.

pastu, saya terus tak tutup pintu bilik saya...saya sambung kerja mengfakskan surat balik...

tetiba bulu roma saya tegak berdiri

mayat di depan mata

on 14 July 2011

Assalamualaikum

baru sampai opis..hari ini datang lambat sikit kerana terpaksa hantar kakak ke klinik kesihatan. kakak diserang demam panas.. akhirnya semua ahli keluarga saya kena jangkitan. orang pertama kena demam adalah Aqeel.. pastu saya kemudian mr. ery...dan akhirnya kakak pula. harap kakak cepat sembuh dari demam... minggu depan nak sambut birthday girl.

on the way ke klinik kesihatan tadi, ada kesesakan lalu lintas di seberang jalan. ramai orang berkerumun...ada kemalangan rupanya...tapi tak pasti lagi kemalangan dengan apa. nampak ambulans dah sampai.

sampai kat klinik kesihatan, kakak diperiksa dan diberi ubat demam untuk diminum terus. walaupun orang sangat ramai..Alhamdulillah kakak cepat siap..dalam masa sejam setengah saja. kakak diberi ubat demam, batuk dan selsema. kakak tak diberi mc alasannya hanya sekolah tadika.. ingatkan dapatlah kan..boleh diberi kat cikgunya... barulah rekod ketidakhadiran itu cantik sikit... yang pertengahan tahun pun dah 6 hari tak datang sekolah.

on the way balik ke rumah,masih lagi ada kesesakan... "aik, tak setel lagi ke?"saya ingatkan kemalangan biasa.. tetapi kemalangan maut. kelihatan terbujur mayat seseorang.. darah di atas jalan... entah siapalah mangsa.

kemalangan betul-betul di depan jejantas... memang kawasan yang selalu berlaku kemalangan kat situ....masa tiada jejantas dulu, penduduk buat sepanduk..report kat TV3..minta pihak berkenaan buatkan jejantas...tapi bila dipasang jejantas tak pula pakai... bila dah berlaku kemalangan seperti ini..nak salahkan siapa?

khabarnya kemalangan tadi disebabkan budak sekolah melintas jalan tak pakai jejantas... tetapi budak sekolah yang melintas selamat... yang tunggang motor yang kemalangannya... seorang pula patah kaki.

tak akan pergi lagi ke restoran itu

on 13 July 2011

Assalamualaikum

pagi yang ceria tapi mood yang tak seberapa... geram betul dengan seorang penunggang motosikal yang tak sabar-sabar nak tekan minyak tadi.... pastu boleh pula marah kita... nasib baik saya tutup tingkat rapat..kalau tak mahu diludah agaknya... dia yang gelojoh sangat... nak marah orang lain pula...terus spoil mood hari ini..

stop dulu pasal mamat gelojoh ni... nak stori sikit pasal kedai makan.. bukan nak kutuk nak puji... hanya nak berkongsi saja... saya memang tak mahu lagi la nak makan kat restoran tu kalau.....

  1. kita masuk..duduk di meja kosong... tapi pelayan buat tak tahu... panggil elok-elok..angkat tangan bagai...tapi buat bodoh juga..kalau tak nak berniaga baik tutup saja..... kalau kedai mamak belum tarik kerusi dah tanya order...bukan nak puji kedai mamak tu elok sangat tapi baguslah dia menjaga pelanggannya.
  2. tunggu makanan siap ambil masa yang lama sangat padahal time tu orang pun tak ramai.
  3. makanan sampai dulu dari minuman... nak tercekik dan minta baru nak dihantar.
  4. minta air teh o ais..diberinya air kosong letak kaler teh saja...
  5. pelayan kurang ajar dengan kita.
  6. harga yang sangat tinggi.. lebih mahal pula dari kedai mamak..sedangkan kedai sendiri hanya gerai saja..
  7. pelayan potong kuku kat depan mata..eeeiii geli!!!!... jumpa rambut boleh dimaafkan lagi tapi kalau jumpa kuku korang pun boleh fikirkan sendiri.
  8. dan bila ada orang komen seperti ini...


boleh nampak tak? nak clear boleh KLIK SINI

tak tahulah boleh percaya atau tidak dengan si anon ini?

tetiba

>

>

>

mamaema, baik masak sendiri saja..kan senang....

>

>

>

ada suara-suara yang kedengaran...oppss!!!


nota jari : kat Sabah makanannya seperti kat sini tak?

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !


lama tak join segmen incik ben ni

KLIK GAMBAR INCIK BEN TU

Testing used pixelpipe

Update pakai hp n8.
Good nite.

[azwa] | pembacaan semakin lancar

on 12 July 2011

bila cikgu bagitahu kena beri perhatian lebih sikit kat kakak...malam tadi minta kakak baca buku...buku tajuknya "SEIRING SEJALAN"... eh3x...tajuk macam sama pula dengan entri INI

Alhamdulillah, bab baca dan kira dah agak lancar berbanding dengan umurnya nak cecah 5 tahun lagi 7 hari....(kakak menghitung hari saja)

buku ini asalnya untuk saya.. buku kisah hidup berumahtangga, hormat, solat, doa... tapi disebabkan tulisan buku ini besar...kakak try test baca...




biasalah buku untuk orang dewasakan..ada ayat yang tak terbiasa akan dibaca...tergagap-gagap sikit nak kakak bacakan dan fahami.

oh yea, dah boleh daftar ke si kakak ni kat sekolah rendah erkh?

cikgu, cuti sekolah tahun 2012 bulan berapa?

As Salam Semua!!

siapa yang boleh tolong ni....cikgu, cuti sekolah untuk tahun 2012 bila erkh?puas menggodek incik Google ni...tapi tak jumpa-jumpa pun...manalah tahu kalau tanya cikgu...cikgu yang lebih tahu...sebab cikgu akan buat perancangan aktiviti bagi setiap tahun kan...

bukannya apa...ini my mom dan adik nak pergi cuti... booked tiket murah Air Asia tu... my mom happy kerana anaknya ini akhirnya berjaya tempah tiket ke Jakarta untuk tahun depan . Iyealah, tiket harga RM 0.10 sen hari itu nak booked kat my mom tak dapat-dapat tapi kali ini tiket harga RM 3 pun dah kira baik sangat...eh3x... korang dah terjah ke web Air Asia tak?

my mom dan adik ni akan bercuti bulan tiga nanti...tapi takut juga tarikh terbang itu adalah musim cuti sekolah.... al-maklumlah my mom dan adik time cuti sekolahlah mereka akan lebih kuat bekerja...

ada sesiapa yang tahu tak? kalau musim cuti sekolah sudah pasti harga tiket akan mahalkan (nak sedapkan hati)... tapi kalau terkena juga...nampak gayanya my mom atau adik kena kerja lebih awallah jawabnya.

tiket pergi balik KL to Jakarta untuk dua orang termasuk baggage dan tax RM 400 sahaja. murah tak?




terima kasih teman-teman

on 11 July 2011

As Salam

terima kasih teman-teman yang doakan kesihatan kami sekeluarga... harap teman-teman pun berada di dalam keadaan yang sihat juga... time-time orang dah nak balik kerja baru nak beronline... sorry yea teman-teman... masa tidak mengizinkan untuk mengupdate blog hari ini... biasalah bila hari isnin ni..dengan mood yang kemalasan... selsema masih menyerang... kerja yang masih belum diselesaikan...

perlu diutamakan bab kerja dulu... dua minggu lagi mahu terbang ke Kota Kinabalu, Sabah. banyak persiapan yang perlu dibuat..telefon sana..telefon sini... buat itu buat ini... takut juga ada yang tertinggal atau tercicir ke apa kan...

rasa dah rileks sikit...baru boleh buka blog ini... terima kasih kat teman-teman yang hantar komen...INSYAALLAH saya akan singgah ke blog teman-teman semua...

dan terima kasih juga kepada Eb Ezrin yang telah melukis dan membuat gambar di header blog saya ini... puas juga saya asyik main tukar-tukar kaler..last-last pink juga yang saya pilih.. isshhh..rasanya cam tak lama juga ni..hehehe...

apa pendapat teman-teman erkh..okey tak rumah baru saya ni?

pas sorang sorang

on 10 July 2011

pas sorang terkena demam.minggu lepas aqeel. 2 hari lepas diri sendiri dan hari ini mr ery pula. Diri sendiri pun masih berair air hidung dah terjangkit kt orang lain.harap jangan terkena pula pada kakak.nanti tak dapat sambut hari jadi kat sekolah nanti..ALLAH sedang menguji hambanya...(update from hp saja)

alasan paling tak logik

on 09 July 2011

pelik..pelik... kenapalah sanggup bagi alasan seperti ini
pastu boleh pula orang lain nak percaya
mungkin kat orang lain alasannya power
hurmmm.... entahlah nak kata apa..

tak nak datang kerja
diberi alasan hujan lebat gila
kalau hujan lambat reda terus tak nak datang kerja
padahal bukan jalan kaki...naik kereta..

datang half day ada sebabnya
bukti pada surat yang diterima
yang ini halfday pun bersebab juga
sebabnya langsung tak masuk akal dan jiwa

kan cakap lebih-lebih
takut saya pula yang kena
langsung tak fikir tanggungjawab seorang pekerja
fikir diri sendiri hendak senang saja

susahnya..orang lain yang nak tanggung kerja
kerja kita pun dah bertimbun-timbun nak setel
ditambah pula kerja orang lain depan mata
tapi nasib baik minggu ini jaga kaunter

tunggu saja penilaian tahunan
samada dapat cukup-cukup makan
bila dapat jangan rasa tertekan
harus ubah sifat dan jadikannya sebagai teladan

[azwa]| pekembangan setengah tahun

on 08 July 2011

As Salam Semua

baru berkesempatan mengupdate blog hari ini... pagi tadi ada hari terbuka kat sekolah tadika perpaduan... jumpa face to face dengan cikgu sekolah... dengan keadaan yang diserang demam.. demi anak ku hadiri jua.. malah datang juga ke opis ini...

banyak kerja perlu disetelkan... perkembangan kakak kat sekolah okey... dari tahun lepas dah boleh membaca dan menulis..malah mengira... tahun ini kakak mewarna dan melukis ada peningkatan...cuma....

cuma.... kakak terasa seperti dipinggirkan... satu hari kakak melukis orang lidi empat orang dan tunjuk pada cikgunya.... cikgunya tanya siapakah yang dia lukiskan.... dia cakaplah yang itu mama, ayah, adik dan kakak.... tapi lukisan yang kakak lukis itu, menunjukkan kakak duduk di belakang... cikgu tanya kenapa kakak duduk kat belakang?... tak apalah..sebab kakak ini kakak..... jawab si kakak...

lepas cikgu cakap gitu...terus menusuk hati ku...tak ku sangka kakak boleh pendam perasaan seperti ini... kakak terasa seperti kami tidak pedulikannya..... seperti kami lebihkan adiknya lagi... "kakak, ketahuilah sayang..kasih sayang mama dan ayah terhadap kamu tidak berbelah bahagi"..

di sekolah kakak selalu minta cikgunya beri perhatian yang lebih dari kawan-kawannya..bila cikgu melayan kawannya..kakak seperti memberontak... sedaya upaya kakak minta cikgunya melayan dia....

apa yang harus mama buat? apa yang kakak nak..mama bagi.. cuma kena tengok pada keadaan... kakak, kamu masih kecil untuk fahami...tapi umur seperti kamulah yang harus mama didik sebaik-baiknya.... dengarlah sayang....

bila mama plan nak buat besday kakak kat sekolah....kakak hepi sangat...kakak tak sabar hitung hari demi hari....INSYAALLAH kakak...apa yang mama dan ayah plankan ini...akan tertunai... jelas kelihatan kakak sangat gembira.....


on tidak, jangan air melimpah dalam kereta!!!

on 07 July 2011

lepas makan..solat..pergi ke kaunter...layan blog....layan fb...kat luar hujan turun selebatnya.... tiba-tiba teringat kereta..oh tidak, jangan air melimpah lagi kat dalam kereta!!!

terus ambil kunci dalam beg.. pergi ke kereta...alamak camana nak masuk ini?..kalau masuk konpem basah lenjun nanti...air jatuh tepat-tepat ke pintu driver... tapi terpaksa juga dialihkan kereta...kalau tak alamatnya air bertakunglah kat kaki driver ni.... akhirnya masuk ikut pintu belakang...sampai tonggeng-tonggeng bontot nak pergi depan..tak kisahlah bukannya ada orang pun...ahaks...

terpaksa parking kereta kat lain..sekali kena dah serik wey.. air bertakung kat kaki boleh pelihara ikan kat dalam tu...belakang depan penuhi air... disebabkan hujan lebat pastu atap pula bocor..air turun laju laa tepat ke badan kereta...itu yang buat air melimpah...bukan saya tak tutup tingkap...

tak pasal-pasal kena marah kat mr. ery...marah-marah sayang laa....

"eh..eh..ramainya orang berhimpun depan istana ni"

time lunch keluar bawa kereta sendiri cari nasi bungkus..malas nak pergi jauh-jauh.. paling dekat pun restoran squirrels (tupa-tupai) ni.. parking kat sini memanglah penuh..tapi nasib baik bila sampai ada kereta baru nak keluar..so cepatlah dapatkan parking...

beratur cam budak sekolah sambil cakap"bungkus yea kak".. kalau tak cakap cepat..terus akak tu letak nasi kat dalam pinggan.."okey cukup dah tu kak"... pilih-pilih lauk..pergi kat tempat akak tadi minta dikira...ambil resitnya...terus bayar kat kaunter..okeylah nasi sebungkus kena RM5 saja...

on the way balik ke opis jalan jem.. depan istana pula tu... "'eh..eh ramainya orang kat depan istana".. perhimpunan BERSIH ke?..hari ini baru 7hb..bukan 9hb... perhimpunan BERSIH ini tak boleh buat kat depan istana kan... bukan nak buat kat stadium ke?

bukan perhimpunan BERSIH laa... pelancong dari luar negara datang ambil gambar kat depan pintu pagar istana... mereka nak buat kenangan tu... patutlah banyak bas yang berhenti kat tepi jalan ni...

tengok, kalaulah pelancong luar tu ada kat depan istana pastu ada pula perhimpunan BERSIH ke KOTOR ke..atau apa-apa perhimpunan...apa yang diaorang tu akan fikirkan? isshh...buat malu Malaysia jer kan...


nota jari : tak ambil port sangat bab politik ni

CHECKLIST

checklist ni sangat penting
nak beli keperluan dapur kena buat 'checklist'
pergi pasaraya nak beli barang tapi tak buat checklist
akan ada saja barang yang terlupa nak beli

balik rumah nak susun barang tetiba
lorr...ada juga barang yang terlupa nak beli ni
dan...dan kena cari kat kedai runcit juga

nak pergi bercuti atau balik kampung pun
seharusnya kena buat checklist kan
takut nanti ada yang tertinggal
tertinggal baju ke..seluar ke..baju kecik ke...

nak pergi berkursus pun sama
kena ada juga checklist ni
kan ada yang tertinggal sabun la..tuala la..berus gigi la..
kalau berkursus kat bandar senang je beli kat kedai

kalau kursus kat dalam hutan?
mana mahu cari..
setakat sabun tu bolehlah nak pinjam kan..
tapi kalau berus gigi....eeeeeiiiii.... ada ke yang sanggup berkongsi

sekarang ini saya tengah buat checklist barang kursus
dua minggu lagi kena pergi Kota Kinabalu
tak mahu ada yang tertinggal
kalau tinggal naya...tak ada siapa yang boleh hantar

lainlah kat Melaka dulu...ada barang tertinggal
tapi ada orang akan hantar...sebab boleh hantar naik kereta saja
lagipun tidak jauh mana dengan KL
kalau KK..mana boleh sampai naik kereta kan...



nota jari : kesian kat anak-anak kena tinggal..lebih-lebih lagi si aqeel tu... kalau dekat dah mama bawa..tapi apakan daya mama....

status fb di bulan puasa

on 06 July 2011

As Salam Semua!!!

bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi kan
puasa tahun lepas pun belum habis nak ganti

bila tiba bulan puasa ni
korang perasan tak status wall fb teman-teman korang
tak pun korang sendiri ke?
dan termasuklah saya pun...

ramai yang akan tulis status kat fb masing-masing

'berbuka nanti nak masak apa yer?'


atau 'nak makan apa hari ini erkh'

tapi kalau hari biasa tak ada pula statusnya seperti ini
bukanlah tak ada..tapi jarang sangat kan...
padahal hari-hari kita akan masak kan..kan..

kenapa yer...

jom kita kongsi-kongsi pendapat?

pendapat saya : boleh berkongsi lauk apa member masak hari ini..pastu esoknya kita pula akan masak lauk yang sama kan..kan...paling berbeza bila time makannya..kerana semua berkumpul dan tumpu kat meja makan untuk berbuka bila kedengaran azan maghrib..

pendapat korang?



nota jari : tengah skodeng blog Dapur Tanpa Sempadan ni..nak masak lauk spesel sikit..nak wat berbuka hari ini...

tak perlu kata apa-apa..

As Salam

tak perlu kata apa-apa
tapi bila tengok gambar ini sangat kelakar
hahahaha

gambar from fb sepupu mr.ery (k.ema ambil nak buat entri kat sini Ada yer)
boleh nak main lari-lari
kat KL bukan main susah nak booked tiket tengok movie
tapi kat sana sunyi sepi



cer teka..cer teka...
movie apa?



"orang Malaysia ini tidur mati" katanya

hari ini kan kena jaga kaunter
bila terima panggilan dari Indonesia
mereka ini bahasakan diri mereka bapak untuk lelaki
ibu untuk perempuan
sampaikan kita sendiri pun nak tercakap loghat indo
haisshh...cepat benar tirunya....

teringat satu kejadian baru-baru ini
orang nak masuk dalam rumah
berniat nak merompaklah

kejadian dalam jam 4.00 pagi
ada seorang nak masuk ke dalam rumah pak haji ini
tapi disedari oleh orang yang menjaga rumah kat sebelah rumah pak haji ini
orang tu menjeritlah panggil pak haji ada orang nak masuk rumah
tapi langsung tak didengari

ingatkan seorang je yang nak buat jahat ni
rupa-rupanya ada dua orang lagi kawan
seorang standby kat dalam kereta
seorang lagi standby kat tepi jalan

terus orang yang jerit tu
kena libas entah dengan parang ke dengan pisau ke
baju depan belakang koyak panjang-panjang
tapi langsung tidak luka
agaknya dia pun ada pakai ilmu

lepas diaorang libas orang tu
terus blahlah...
tak dapat nak cam muka sebab pakai topeng
puas juga panggil orang tapi semua tak dengar
malah kami sekeluarga yang depan rumahnya pun tak dengar

khabarnya seperti kena pukau
tapi itulah katanya 'orang Malaysia ini tidur mati'
terasa kejap dengan kata-kata orang ini
tapi kebenaran itu ada betulnya kan..kan..

dan sekarang orang tu pun dah balik kampung asalnya..Indonesia
diapun dah rasa takut dan trauma
mungkin nak tambah ilmu kebalnya juga

tak dapat nak pastikan orang-orang yang nak masuk rumah pak haji ini
entah rakyat Malaysia sendiri mahupun pendatang
sekarang kat kawasan itu memang kena berwaspada
dah banyak kali kejadian pecah rumah ini berlaku

Ya ALLAH, jauhkan segala kejadian ini di kawasan perumah kami...AMIN










hye orang melaka...camana buatnya?

As Salam

hye orang melaka...
camanalah nak buatnya..
kenapa orang melaka?
melaka kan terkenal dengan masakan asam pedas yang power
betul tak?

okey, awal-awal lagi saya akan mengaku
bab masak pelbagai jenis lauk ni saya tak reti
kalau nak masak lauk yang tak pernah dibuat tu
kena tengok resepi-resepi kat blog-blog masakan
pastu copy dan print

so, sambil masak sambil tengok resepi
itupun sorok-sorok
segan dengan MIL
hehehehe....

tengok, nama kedai pun asam pedas power!!!
bukan power lagi...berapi terus
kedai yang kami singgah sebelum balik ke KL
dah lama lepas...uhuk...



walaupun pedas berapi
makan penuh berselera
nasib baik letak kuah sikit saja
biasalah orang kelantan tak suka makan pedas kan..kan...
itu saya seorang saja laa...



pernah beberapa kali masak ikan asam pedas ini
tapi tidak pula serupa dengan masakan orang melaka
bila rasa cam campur dengan kari jea
hye orang melaka
boleh jawab mana yang tak kena?

ingat nak try buat kat rumah pulaknya

pegawai khidmat pelanggan yer

on 05 July 2011

As Salam Semua!!!

tengahari baru dapat melayan blog
kerja-kerja harus setelkan dahulu

first, terima kasih kat semua
mendoakan anak saya cepat sembuh
Alhamdulillah, aqeel dah kebah sedikit dari panas demamnya
semalam dah aktif main tolak-tolak motosikal tayar tiga dia

cuma pekat kahak di dalam tekaknya masih ada
malam-malam masih berjaga
kerana batuk buat tidurnya tak selesa
nak diselimutkan pun ditepisnya juga

minggu ini ditugaskan menjaga kaunter
menyambut panggilan semestinya dengan mesra
membuat panggilan ke luar sana
sambil melayan blog-blog yang ada

tapi jangan pula salah sangka
cakap kita tak buat kerja
kerja semestinya sentiasa ada
takkan kita nak makan gaji buta

nak bw kejap yer.




[aqeel] | badanmu semakin kecil

on 04 July 2011

As Salam

sejak jatuh sakit ni
aqeel tak mahu langsung pisah jauh-jauh dengan mama

nak hantar ke rumah pengasuh pun
erat-erat dipeluknya mama
sambil menangis

nak dukung pun
terus geleng-geleng kepala
tanda tak mahu pergi



tapi apa nak buat
mama terpaksa jua
hari ini kerja
harap anak mama cepat-cepat sembuh yer




rindu gelak ketawa aqeel sayang
kata-kata 'sepakkan' terus hilang



mama, ayah dan kakak rindu gelak ketawa kamu sayang




3 penjuru - A.S.I - kenangan bersama

firstly, kredit picture to Mr. Azrul @ Mamat kat bawah ni



ada yang mahu tengok gambar tournament bowling tempoh hari...
akhirnya dapat from fb Mr. Azrul..
'azrul, aku main ambil jer ni...ko kasikan?..konpemlah ko kasi kan..kalau tak ko tak akan upload kat fb kan..kan...'
dah kira minta kebenaranlah tu kan..

pertandingan boling 3 penjuru antara ASEAN, SEARCCT dan IDFR

mehlah tengok
happening ke tidak?

sebelum tu, layan dulu gambar mr. ery yang tengah berurut ni
wah, bestnya urut badan pakai kerusi urut
itu cakap mr. erylah....
kerusi urut pun best...kalau orang yang urutkan best ke tak?



kerusi tersedia kat pusat boling ni
sambil tunggu orang semua sampai
berilah masa kat mr.ery nak urut badan
kena jaga anak kan....

mr.ery ingatkan satu ringgit saja
dan..dan masuk seringgit tapi tak gerak
rupanyaperlu tiga keping duit satu ringgit



sambil main...kena dokong aqeel juga
merengek mahu dengan mamanya
aqeel kena demam petang sebelumnya

sambil mereka yang bertanggungjawab menentukan pemenang
ditayangkan sedikit video kenangan bersama
bekas ketua pengarah kami dulu yang kini
menjadi ketua pengarah ASEAN dan akan pergi posting beberapa hari lagi


entah bila pula si kakak duduk sebaris dengan VIP ni....


lucky number?
no. 8
berjaya juga bawa balik sesuatu
ahaks...



our team memang HEBAT!!!
menang lagi tau
dua kali berturut-turut



inilah bekas ketua pengarah yang dirai
semua orang sayangkan beliau
beliau pun sayangkan kami semua
iye kan...



happening tak kami?



bekas kakitangan opis siap nak balik opis semula
bila kitaorang bercerita sakan kat wall post fb masing-masing
hahaha....jeleslah tu...



dah ada dua piala pin boling untuk display
pin yang bendera ketika bermain boling bersama blogger anjuran cute mum







B.E.R.K.O.M.E.N?

on 03 July 2011

As Salam!!!

B.E.R.K.O.M.E.N?

panjang?
pendek?
atau
no komen?

singgah blog
pastu tinggal komen
bukan kat entri
tapi tinggal komen kat shoutbox tu.

kenapa erkh?

pandangan koranglah kan.... patut ke shoutbox ini di movekan dari blog?




nota jari : nak buang shoutbox ni sayang...sinilah orang bagitahu dia datang rumah kita bila kita tak update entri kan..kan...

[Aqeel]| taktik tak mahu makan ubat

As Salam

budak kecik susah sangat nak makan ubatkan
orang dewasa pun ada juga
betul tak?

aqeel sekarang tengah demam
bila demam kasilah ubat
masih belum kebah lagi panasnya
kejap sejuk...kejap panas tubuh aqeel ni

ditambah pula batuk berkahak dan hidung berhingus
bila aqeel batuk sampai nak muntah tu
terpaksalah mamanya buat gaya
untuk buang kahak dalam tekak

tapi menangis sajalah yang aqeel tahu
geleng-geleng kepala tak nak ikut
tadi suapkan ubat demam kat aqeel
nampak ubat pun dah nangis

bila nak masuk ubat dalam mulut
lagilah meronta-ronta
terpaksa kepit tangan dan pegang kepala
bila nangis..mulut buka...teruslah masuk ubat

air...air...
minta si aqeel...
pastu turn nak suap ubat kahak
si aqeel minta air lagi..

okeylah kasi air...
airkan bagus untuk orang demamkan
padahal taktik aqeel tak nak makan ubat kahak tu
sanggup dia tak telan air yang diminum

nak suap ubat batuk
si aqeel tunjuk kat mulutnya

cacing dalam perut

on 02 July 2011

perut siapa yang ada cacing?
semua orang dalam perut ada cacingkan..
geli ke?
kalau lihat depan mata akan terasa kegelian kan...

cacing memang hidup kat dalam perut kita ni
cacing yang hidup kat dalam perut kita cacing gelang, cacing cemeti dan cacing kerawit (ishhh, banyak juga jenis cacing ni)

kanak-kanak mudah diserang dengan jangkitan parasit ini
tapi jangan diambil mudah...orang dewasa pun boleh kena jangkitan juga.

masalah cacing boleh sebabkan anemia atau tubuh badan jadi kurus ---> terus pandang si aqeel
hilang selera makan, cirit-birit dan muntah pun boleh disebabkan serangan cacing ini.

alamak, dah agak lama anak-anak tak diberi ubat cacing ni... rasa seriaulah pula...
orang cakap, kalau anak tidur tonggeng, maknanya ada cacing aktif kat dalam perut..
(malam tadi, aqeel tidur tonggeng laaa)
pastu, akan demam-demam (aqeel sekarang pun tengah demam ni)
bontot pun asyik gatal-gatal...(cacing dah nak keluar tu---> belum ada tanda pada aqeel lagi)
konpem cacing tengah aktif kat dalam perut aqeel ni?

kakak pun dah lama tak diberi ubat cacing
tapi tengok dia okey je...
cacing tak boleh nak aktif agaknya.
sebab kakak memang dah aktif sangat..uhuk..ke situ pula difikirkan..

isssh, tak boleh jadi ni..
hari ini kena juga cari ubat cacing..
cecair atau tablet erkh?

untuk diri sendiri pun kena makan juga ni
dah bertahun tak makan
cecair senang untuk anak... tapi untuk saya tablet lagi senang...

oh yea, ubat cacing ini harus dimakan 6 bulan sekali yer.. (dah lebih 6 bulan tak bagi kat anak-anak)
bila makan ubat cacing ni..cacing itu terus mati ke?
dia keluar jadi apa erkh?

tetiba teringat peristiwa keluar cacing masa buang air besar masa kecik-kecik dulu
eeeeeiiii...geliiiiii

sebelum ia keluar hidup-hidup pada anak... baik dapatkan cepat ubat cacing ni.

tapi kena aqeel sembuh dari demam dulu baru boleh kasi makan..itu MIL yang cakap....

apa citer?

As Salam

apa citer?
masak apa?
dah makan?
kerja?
tidur?
kemas rumah?

banyak pula soalnya kan kan.... okey, dah lama tak beronline pada hari minggu camni..kerja? tak kerja...kat rumah saja..baru lepas makan nasi...erkkkk..Alhamdulillah...sedawa kekenyangan.... sori...

kalau tak ada wifi ni tak beronlinelah jawabnya...terima kasih kat adik ipar bagi kakak iparmu pinjam kejap...ekceli, pinjam pun ada sebabnya..bukan semata-mata nak online tapi nak booked tiket kapal terbang untuk my bos pergi Jakarta hari isnin nanti... baik saya ni kan..terpuji diri sendiri....tak salahkan...ahaks....

nak tahu pasal tournament bowling malam tadi ke?

tak menang sebagai johan pun..tak kisahlah tak dapat voucher bola tu...janji pulang tanpa tangan kosong..... akhirnya dapat juga bawa balik hamper dan piala pin boling untuk kenangan...opppps, hampers awal-awal lagi dah dibuka oleh mr. ery... sori diana, tak dapat kongsi dengan u...ahaks...

habis sakit-sakit bahu ni...tak berlatih apa..terus saja masuk berlawan... agaknya ramailah yang sakit-sakit urat dan rehat kat rumah hari ini..nasib baik bukan hari kerja...kalau tak konpem ramai mc atau cuti kecemasan kan..kan...

nak tengok gambar ke?

gambar sekarang tak ada...ada pada kamera member opis tu...saya tak guna pakai pun kamera sendiri padahal bawa malam tadi..dan mr. ery pun tak main kali ini... tapi kesian mr. ery kena jaga si aqeel... dan..dan petang semalam demam panas... pastu bukannya tinggal kat rumah..ikut sekali ke sana... nak bagi semangat kat saya.....

ada ke yang sudi nak tengok gambar tournament ni?






dadaku berdegup kencang!!!

on 01 July 2011

dap dip dup
dap dip dup

siapa sangka
jantung berdebar
aduh risaunya
takut....

tinggal beberapa jam lagi untuk berentap malam ini... kalau ada bloggerian yang plan nak ke Mines tu...ayuh, beri support kat team kami malam ini...

yea, berentap dalam kejohanan boling 3 penjuru...yang dulu kami dah menang...kali ini mahu menang lagi...sebab kali ini hadiah lagi HEBAT...

semestinya akan HEBAT
kerana kali ini kami pula yang anjurkan
tak mahulah jatuh standarkan...
oppsss..

segala persiapan sudah terlaksana...
terima kasih kat komuniti hadiah, makanan, dan persiapan.
korang semua memang terBAIKlah.

segala persiapan semua terlaksana
bagaimana pula dengan persiapan mental ni.

doakan untuk saya..
dapat bawa pulang salah satu hadiah pun dah kira okey..

tapi niat dihati ni..nakkan hadiah yang juara tu...
akan dapat voucher bola boling tu..selain hadiah sampingannya.
kalau boleh nak bolot semua tau...

majulah sukan boling untuk semua...

cer teka cer teka.... siapa punya

cer teka..cer teka..

siapa punya ini kereta...

mewahkan...



belakang pun sama... mereka yang punya



of coz bukan kami yang punya...mahu interprem saja...ahaks..



kereta ini kepunyaa Tengku Mahkota Johor...plate kereta pun hanya TMJ saja....
 
© Ema Blog All Rights Reserved