jakun atau pegun?

on 30 June 2011

jakun atau terpegun? terpegunlah kan... zaman pra-sejarah negeri Melaka ni... rupanya ada lagi tempat yang dekat ni tak pernah kami tinggalkan tapak kasut kami ini...hehehe...

gambar ini jumpa masa jalan-jalan selepas makan... bila dah jalan kaki ni..yang tersorot pun boleh nampak. benda ini ada kat bawah jalan tepi laluan star cruise



berjalan ke hotel baru dibina.. pasti ratenya boleh tahan ni..viewnya sangat cantik..tepi laluan star cruise juga



jakun @ pegun?



time ni bukan main lagi si aqeel nak jalan sendiri..tak mahu dipegang-pegang...



berkejarlah saya untuk jaga si aqeel ni..takut pergi terjun ke sungai kat belakang tu..naya wey..



cer teka apa yang dibuat si aqeel ini?
seperti nak berkawatkan gayanya..
terpegun bila lihat kapal terbang di depan mata...



kami dah ke depan berjalan..aqeel masih di situ...



masih lagi tak percaya ada kapal terbang di depan mata



siap buat gaya tendang bola lagi kat kapal terbang tu



berhenti kat sini lama sikit..sebab aqeel tak mahu berganjak langsung.... kakak tak kisah sangat..kejap panjat itu..kejap panjat ini...



bangunan merah..muzium umno...tapi tak masuk pun kat dalam...



dah tertanggal butang baju aqeel ni..macam dah pakai skirt rupanya... time ni aqeel dah mula meragam..dah penatlah tu...



motif? nak tunjuk peluh membasahi baju saja tau.




sekian.













berjalan sejauh 2 KM hanya untuk makan

hanya untuk makan tengahari... kami semua sanggup berjalan sejauh 2 KM... lebih-lebih lagi saya yang kena dokong si aqeel ini..langsung tak mahu jalan dan tak mahu didokong oleh ayahnya... lenguh semua urat sendi tangan saya ini... memang sangat memenatkan..tapi adakah ianya berbaloi?

Melaka kini dikenali sebagai negeri yang bebas dari asap rokok...tapi ada ke orang yang tak hisap rokok itu? erm..fikirlah sendiri....



langkah kaki bermulanya dari hotel



dan baru sampai ke A Famosa... belum lagi bermula langkah untuk mendaki tangga di belakang sana..



tercungap-cungap nafas kami untuk daki dan turun tangga... tapi si kakak steady saja



disebabkan kelenguhan tangan sesangat... saya paksa si aqeel supaya jalan sendiri sambil dipegang tangannya..itupun kena buat kira 'one, two three....'



peluh mengalir laju setiap orang dan teringat akan entri dari cik betty pasal air cendol ini. terus kami semua berenti minum air cendol kat situ. boleh tahan juga sedapnya.



masih tergapai-gapai mencari tempat yang hendak dituju..



akhirnya jumpa juga... semata-mata nak makan tengahari makan masakan asam pedas kat sini... dah lupa dah apa nama kedainya... makan tengahari kat kedai ini hanya asam pedas, nasi putih bersama telur masin saja...



perut sudah kenyang... kaki sudah penat.. jalan kaki lagi balik ke hotel.



pengalaman mengajar kita...sanggup kan kami semua berjalan kaki.. padahal kereta ada... saya takut kena saman parking lagi... itu pasal tak mahu bawa kereta..ahaks...

































Wordless Wednesday | Rezeki Kami Berdua

on 29 June 2011

pengalaman mengajar kita?

As Salam!!!

masih ada yang bertanya ke manakah saya menghilangkan diri selama 10 hari minggu lepas tanpa entri..

saya tak hilang pun..ada jer kat Malaysia ini...cuma keluar jauh sedikit dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. ke mana? ke negeri yang terkenal dengan asam pedas dan budaya baba nyonya... MELAKA...atas sebab yang sama dengan entri INI malah tempat penginapan pun sama juga... kalau orang lain agaknya dah boring kot pergi tempat yang sama ini..lebih-lebih lagi untuk tempoh yang panjang...tapi ini adalah kerja...so kenalah ikut saja...

nak cerita tentang perjalanan saya di Melaka pun takut orang dah boringkan...asyik benda yang sama...kalau ada yang sudi nak baca korang boleh klik kat SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI dan SINI . Kliklah salah satu pun tak apa..penat tau buat link-link ni...

kan tak ada stori langsung masa pergi Melaka hari tu macam tak bestlah pula. jadi, saya akan storilah sikit pasal kat Melaka ini..saya storilah yang mana tak dibuat entri lagikan....

ini kali yang ketigalah saya masuk negeri Melaka..paling last dulu pun pada bulan februari yang lalu. datanglah banyak kali pun, kami asyik makan 'buah langsat' juga. kali ini tersesat sehingga ke airport sana... memang dah jauh sangat dengan Banda Hilir...issshh... itupun pakai gps tau.. adakah pengalaman mengajar kita? (masih juga sesatkan)...

inilah rupa hotel dari luar..Hotel Equatorial namanya...



dapat bilik berkatil single.bilik ini hanya untuk saya sorang..saya saja yang tak boleh pisah dengan anak-anak...itu pasal bawa mereka sekali.



pemandangan yang sama dengan bulan feb hari itu..cuma upgrade ke tingkat tinggi sikit..oh yer, carrefour kat dataran pahlawan tu dah tutup rupanya...



tidak lepaskan peluang untuk mandi kolam kali ini. dulu langsung tak berkesempatan sebab asyik berjalan...hehehe...kolam mandi dia sangat luas dan sangat puas hati... saya pun tak lepas peluang berendam dalam ini.



saya buat kerja... anak-anak dijaga oleh mr. ery. nasib baik saya bawa sekali adik ipar saya. kebetulan dia pun sedang bercuti.



bosan memerap kat dalam bilik.. diaorang lepak kat lobi hotel ini... tapi saya tak dapat joinlah kerana bekerja.



penginapan bilik semuanya penuh disebabkan ramai rakyat Singapore datang bercuti kat sini sehinggakan tempat parking pun penuh dengan kenderaan dari Singapore.

patutlah dalam perjalanan hari itu.. banyak kenderaan mereka..rupa-rupanya kat sana sedang bercuti selama satu bulan. cuti sekolah agaknya.












































rindu kat padang

on 28 June 2011

As Salam Semua!!

dah terlewat mengupdate blog..hari ini kena kerja kat luar lagi tapi untuk separuh hari sahaja. dah masuk opis pun ni.

masa kakak bersukan di padang sekolah minggu lepas tu. tetiba teringat kenangan semasa aku sekolah dulu.... tetiba perasaan rindu menjelma... rindu sama padang...

zaman sekolah menengah dulu, setiap minggu akan aku turun padang.. bila hampir dengan sesuatu kejohanan, setiap hari pula akan turun padang. kulit pun dah tukar warna hitam tapi tak turun padang pun memang dah hitam kulit ni... perasan pula tetiba...

tapi sekarang, turun padang sebab nak tengok anak-anak bersukan. yang zaman sekolah dulu dah lama aku tinggalkan. aku pun tak pasti masih terdaya lagi untuk bersukan seperti dulu atau tidak?..

cer teka..cer teka... sukan apa yang aku masuk masa sekolah dulu?

sukan lari 100m, 200m, 400m, dan lompat jauh pilihan aku dulu.... sebenarnya pelari pecut ke belakang aku ni..ahaks...

selepas SPM aku masih aktif bersukan...tapi bila sambung belajar kat kuantan, sukan terus dilupakan.tempat aku belajar itu, tak ada komuniti sukan... al-maklumlah tempat barukan. so, masing-masing tumpu pada pengajian saja.

pastu bila dah kerja..dah kahwin... dan ada anak ini lagilah makin jauh dilupakan. kalau ada pun tak kuasalah nak masuk larian mahupun lompatan lagi..habis bergegar... dah tak larat dah rasanya...

tapi sekarang, ada juga aktiviti yang aku suka joinkan diri... bila bekerja ini baru aku tahu pasal bowling.... yea, sekarang aktiviti seperti sukan tu adalah bowling... lain-lain adalah juga seperti tarian ke, senamrobik ke... yang itu aku suka...akulah orang pertama yang akan join. cuma satu saja, jangan suruh aku berkaraoke je..yang tu aku memang surrender terus...

dah panjang lebar pula aku bebel ni... layanlah pose kami pula kat padang sekolah menengah sri permaisuri erkh... ingat kakak sorang jer boleh bergaya kat padang? hehehe....

dengan bangganya, si adik terkedek-kedek berjalan... "baris!!!...kiri kanan kiri..."



pose mama yang gedik gitu...



time ini, aku paksa si aqeel jalan sendiri... dia menangis minta didukung... dahlah panas-panas kat tengah padang tu



hari jumaat ini, ada tournament bowling lagi.

sekian.



[azwa] : seiring sejalan

taip dengan selaju mungkin untuk buat entri ni. sangat sibuk dengan kerja-kerja opis. ini baru seminggu tinggalkan opis... alamak bos dah balik tu...lagi cepat ku taip ni....

minggu lepas azwa@kakak ada sukan. setiap tahun memang akan ada sukan untuk sekolah tadika perpaduan daerah cheras. tahun ini diadakan di padang sekolah menengah sri permaisuri, cheras. si kakak pergi sana dengan cikgunya naik bas. kami sekeluarga 'makan buah langsat@sesat' untuk pergi ke sana...haish... pusing punya pusing kat area HUKM.

sampai kat sana si kakak baru nak mula acara. namanya acara seiring sejalan.

cikgu gayah sibuk memanggil nama kanak-kanak yang masuk acara...



dah macam tahanan pendatang pulak kanak-kanak ini. menahan kepanasan matahari di tengahari. punyalah nak tunggu giliran acara.



masa ini si kakak dah nampak kami.. melambai-lambai tangan say 'mama'



dah duduk berdiri pula..sebab kena gerak ke depan sikit.. selepas setiap satu acara dah lepas...



inilah namanya acara seiring sejalan tu... seorang kena tarik seorang yang ditutup matanya.... pastu kena pusing ikut kon itu... kawan kakak ni dari mula sampailah habis asyik sengih saja... bukan berlari tapi jalan jer.. cikgu lias menjerit 'lari fahmi...lariii....'



paling tak tahan bila tiba giliran kakak...naik seriau tengok si kakak menarik kawannya itu berlari..... laju betul...



memang laju si kakak berlari...risau juga kalau kawannya terjatuh kan... sampai hujung terus dilepaskan tangan kawannya itu... dan yang pasti kakak tak buat pusing ikut kon...ahaks...



kanak-kanak yang menangis kat bawah ini bukan dari sekolah kakak... dia menangis kerana terjatuh beberapa kali bila kawannya menarik untuk berlari...tak sempat bangun kawannya tarik juga...alahai kesian...



walaupun tak menang, dapat juga bekas jenama tupperware untuk dibawa balik. itupun dapat kat sekolahnya. selepas acara seiring sejalan tu selesai dan dapat konpem dari cikgu si kakak dah tak ada acara. terus dibawa kakak balik rumah bersiap untuk ke Melaka... itu pasal blog seminggu tak update yer....







saya sudah kembali!!!

on 27 June 2011

As Salam Semua!!!

saya sudah kembali... kembali hangatkan blog entri
kononnya...
tapi bila buka blog ni dah tak ada idea mari

mana hilangnya idea entri saya ni
alamak, blur terus.

lama sangat tinggalkan blog
tak tahu nak buat entri apa.

aduh, ini sangat berbahaya
nanti tak ada orang nak baca

lama-lama orang terus akan lupa.
baik pergi terjah blog orang lain

mana tahu boleh dapat idea kan.
okeylah, nak jalan-jalan ke blog cari idea dulu yer..

oiit, kerja opis menunggu tu!!!

entri terakhir minggu ini....

on 17 June 2011

bukan merajuk apa...tapi untuk minggu ini....ini yang sempat saya update...minggu depan blog ini tak terupdate agaknya...tengok keadaanlah dulu....

hari ahad ini saya dah kena bertolak ke Melaka...yea Melaka again... selama seminggu... atas urusan kerja...

sekarang pun masih lagi kat opis ni...

layanlah gambar si kakak beraksi di depan kamera secara percuma kerana berbelanja melebihi RM 50 di Tesco Scott Garden...



tapi baju still kena bayar RM 10 tau...



yang rahsianya...kakak pakai seluar tidur dalam baju gaun itu...hehehe



gayalah kakak selagi boleh bergaya.... ikut cakap apek tu yer...




sebelum bertolak ke Melaka...paginya kena pergi tengok si kakak beraksi dalam sukan kat Cheras dulu...

okey..bye-bye...sayonara.

kita hanya merancang....

on 16 June 2011

'kita hanya merancang, Tuhan yang akan menentukan'.. itulah kebenarannya....

dari KL drive jauh-jauh sehingga ke sepang... niat dihati kami mahu merasa ikan bakar kat Bagan lalang yang selalu diperkatakan orang...

kami sampai kat bagan lalang awal sangat. kedai makan ikan bakar pun tak buka lagi. kami berhentilah kat pantai yang pasirnya memang halus...cantik sangat....SUBHANALLAH...

saya pun tak tahu ada nama pantai ini...hanya nampak signboard bagan lalang saja.... dan tempat penginapan kat sini namanya Gold Coast kot... tentu harganya boleh tahan untuk satu malam ini kan...



plan nak makan ikan bakar saja..tak plan pun nak mandi laut...
kesian si kakak ni..nak mandi air laut sangat...
tapi tak dibenarkan sebab tak bawa baju pun
tapi baju salin untuk adik dibawa pula...



setakat basahkan kaki saja kakak erkh....
lain kali kita berkhemah kat sini.



apa yang pasti kami tak makan pun ikan bakar kat sana...petang kami balik rumah saja...





{Aqeel} rambutmu semakin tumbuh.. bersantai di bagan lalang

dah lama tak buat entri pasal anak ni...asyik merepek dan marah-marah punya entri saja... seperti dah keluar arah tuju yang sebenarnya...

tapi kalau selalu cerita pasal anak saja...adakah yang sudi bertenggek kat blog ini?

kalau ada sila angkat tangan anda

takkan lagi potong rambut aqeel sampai botak..... kesian..semua orang tak suka...tak handsome pun....



sebiji dengan ayahnya kan... si anak perempuan pun sama...



kenapa ayah ku seperti ini? sungguh pelik aqeel melihat ayahnya bergaya....



masing-masing tak mahu tengok kamera...
berlagak yer....



aqeel sangat geli dengan pasir pantai...tapi main air laut tak pula...
menangis terus bila ayahnya mahu letak kakinya ke pasir tu
sedaya upaya aqeel menarik kaki tak mahu kena pasir...



mana lebih handsome... bapak atau anak?
pasti dua-dua handsome kan kan...
aku pula yang perasan



tak mahu pijak pasir...nak main air laut...nak main air laut juga...



alamak, seriusnya dia!!!!
takut mama



habis dah.







 
© Ema Blog All Rights Reserved