Pinjam Duit?

on 31 May 2011

As Salam

korang berhutang tak? tak kiralah dengan bank ke..dengan family ke... dengan kawan ke.. janji namanya hutang DUIT....saya? memang saya berhutang...saya pinjam dengan bank..sebab pakai kereta...saya pinjam dengan kerajaan sebab beli rumah...saya pinjam dengan keluarga saya sebab teremergency ...kadang-kadang saya pinjam dengan kawan bila kirim makanan (kawan dah ada kat kedai makan)...hutang dengan MARA pun belum habis lagi.....

bila ada member nak pinjam duit, korang bagi tak? padahal korang sendiri pun tidak cukup pakai... bila member yang tak pernah nak pinjam duit...tetiba nak pinjam duit dengan korang, korang akan bagi juga tak?...

member saya ada nak pinjam duit...member satu sekolah dulu...terkejut juga bila terima panggilan dari member ni... dia ada masalah dengan perniagaan... nak pinjam untuk tempoh seminggu katanya.... padahal saya pun dalam situasi berjimat cermat tika ini...saya bagi tempoh beberapa hari untuk saya bagi jawapan.... sebab saya ingatkan, saya dapat tolong member ini lepas saya buat 'job'... tapi bila dikira-kira balik, masih lagi tidak cukup.... so camana harus saya tolong member saya ini? minggu ini saya mahu balik kampung lagi...

lagipun bulan ini saja saya dah banyak pakai duit....balik kampung sampai dua kali.... terlebih bayar dekat Air Asia yang entah dapat balik atau tidak.... baiki kereta untuk perjalanan balik kampung.... bayar itu bayar ini....

pagi ini saya terima sms dari member bertanyakan hal pinjam duit ini.... saya bagitahu dengan seeloknya... saya tak dapat tolong kerana bayaran untuk 'job' yang saya buat itu pun belum saya terima lagi.... so how?... bukan bermakna saya ini sombong atau kedekut... tapi kenalah fahami situasi saya yang bergaji kecil dan tinggal di KL.... jangan pandang saya dari luar...dari isi hati ini...sesiapa pun tidak mengetahui....

MAAFKAN SAYA.....

berhati-hati pun bahaya juga

on 30 May 2011

terlalu berhati-hati pun agak berbahaya kepada pengguna lain atau diri sendiri... biarpun kita tak akan langgar orang tetapi kemungkinan orang yang akan langgar kita..contohnya... jalan kat depan tu clear...tetapi kejap-kejap tekan break..kejap-kejap tekan break....orang kat belakang jadi terkejut...kalau orang kat belakang sempat break okey laaa... tapi kalau tak sempat terus terus langgar bontot jawabnya... kalau nampak lubang di depan tu...janganlah tekan break sampai nak berhentikan kereta...sekadar tekan sikit-sikit saja... kereta pun akan slow...


kredit kepada incik google


kalau ada pemandu bawa kereta sehingga nak makan cermin depan tu...jawabnya dia tak konfiden laaa...tak rileks...hah, itu pun bahaya juga tau.... bawa kereta ini kena rileks... badan kena sandar elok-elok kat kerusi...kan kerusi tu boleh di adjust mengikut kelesaan...

saya kalau bawa kereta ni, saya elakkan dari berada kat belakang kereta pak haji (pakai kopiah), teksi, kereta baru, dan lori.... kalau pak haji bawa kadang-kadang kereta terlalu slow... kereta sekejap kiri sekejap kanan (mengantuk)... asyik tekan break entah untuk apa.... kalau teksi ni dia suka tak bagi signal jika nak berhenti atau masuk simpang.... kereta baru pun sama... kot yea baru beli...agaknya tuan empunya kereta tu sayang nak nyalakan lampu signal...slow jea kat atas lebuhraya..pastu pandu pula lane kanan sekali...oh, hangin satu badan kalau duduk kat belakang kereta baru ini..... lori pula..akan percikan batu-batu halus kat kereta...kereta boleh calar..malah cermin kereta pun boleh retak....sayang kereta tau.....

aku dalam kemabukan....

As Salam Semua

tika ini...saat ini...aku dalam awang-awangan.... aku dalam kemabukan.... aku dalam kepenatan...aku dalam kemengangtukan......

bukan mabuk minum minuman keras....dosa besar minum tu...aku mabuk gara-gara naik bas dua malam berturut-turut...adush, habis segala urat sendi aku sakit-sakit....terlepas tengok final mentor pun sama.... padahal tak pernah pun tengok mentor tu....hehehe

sabtu malam naik bas balik kampung...sampai pun dah cerah...malam tadi balik KL naik bas lagi... sampai pun dah azan subuh.... hari ini datang kerja... tak main lah EL ni.... kalau betul tak terdaya nak bangun...dah tentu EL jea....

breakfast pula nasi lemak masakan akak opis aku....oh marveles sekali.... sepinggan aku habiskan... dah badan letih...bulu mata aku dah terasa berat ni...aku nak sambung tidur kejap...boleh kan...

okey, aku sambung tidur dululah....

zzzzzzzzzzzzz........

dah macam chipsmore....

on 29 May 2011

As Salam Semua

dah macam chipsmore dah ni... sekarang kat kelantan....esok pagi kat kl pula.... sian anak-anak kena tinggal... tapi nak buat camana....ada kerja....

4 tahun tak naik bas...malam tadi sampai sakit bontot ni...lenguh-lenguh badan....dahlah lewat bertolak yang sepatutnya jam 10 malam.... bas sampai kat stesen jam 11 malam...penuh tempat duduk... bas pula dua tingkat...tapi masa beli cakap hanya bas setingkat saja.....

duduk pula kat mana-mana...tak ikut no seat pun...mula-mula naik ke tingkat atas...tapi cam seriau jer...turun bawah nasib baik masih ada seat kosong satu...depan sekali...sebelah dengan driver... dah tak boleh nak tidur...bukan main laju juga pakcik driver ni pandu...meter cecah 110 km/j.....

sekarang kat bas dah tak pasang kotak hitam ke?...dulu bila bas lebih had...bukan main lagi bunyi kan...tapi malam tadi tak dengar apa pun....pastu kena pula tukar-tukar bas.... dah cerah baru sampai kelantan.... tak hilang penat...malam ni naik bas lagi...haiyooo....

okeylah mahu sambung kerja dah ni.....tadaa.....

penyakit kencing masam lebih bahaya dari kencing manis

on 28 May 2011

kejadian di sebuah hospital negeri kelantan

tapi tak tahu sama ada hospital kerajaan atau swasta dan daerah mana

pada suatu hari di bahagian kecemasan, ada seorang pakcik yang sedang menunggu nombor gilirannya dipanggil untuk rawatan.. masa itu wad kecemasan tengah sesak dengan orang ramai....

pakcik : dik, lambat lagi ke nombor pakcik ini dipanggil?

misi : lambat lagi pakcik.... kena ikut nombor giliran...sabar yea pakcik....

pakcik : tak apalah dik, pakcik tunggu sajalah....

tetiba.. di depan pakcik ini..... dalam keadaan kelam kabut...beri laluan...beri laluan...ada kecemasan ini... (terus masuk ke bilik kecemasan)

pakcik : dik, kenapa orang tu baru sampai...dia dah boleh masuk ke dalam bilik kecemasan...

misi : sebab dia dalam kecemasan pakcik...antara hidup atau mati....kenalah bagi dia masuk dulu....

pakcik : alahai kesiannya dia... tak apalah dik..pakcik ingat penyakit pakcik ni lagi bahaya...nasib baik pakcik terkena penyakit kencing manis saja....tak kena penyakit kencing masam sama seperti dia


*perbualan dari loghat kelantan diubah ke tatabahasa melayu untuk faham*

kencing manis adalah sejenis penyakit

kencing masam bukan sejenis penyakit

tetapi

kencing masam kat sini adalah kecemasan sahaja


disalah tafsir oleh pakcik yang pekat cakap kelantan


Sekian.


nota jari : cerita ini disampaikan oleh x-bos saya sebelum ini

-SUAPAN-

on 27 May 2011

As Salam Semua!!!

Alhamdulillah kekenyangan...terima kasih bos tapaukan nasi untuk saya tengahari tadi...jimat duit saya bos.... tengahari saya tak keluar bos....

hari ini mr. ery minta tolong carikan info tentang 'suapan' atau erti kata lain 'rasuah'.... bagus juga bila minta tolong ni...bab suapan/rasuah ni selalunya kita akan dengar saja...kali ini buat survey, baca dan ambil note..kita akan faham sebaiknya....

kesalahan yang amat besar sekali bagi penjawat awam yang makan 'suapan' ini... macam-macam kategori kesalahan kita boleh tahu.... sedikit info untuk saya kongsikan bersama...

SUAPAN dikenali juga sogokan, duit kopi, 'under table money' hulur, komisen malah angpow.

SUAPAN - suatu perbuatan oleh penjawat awam yang menyalahguna kuasanya bagi mendapatkan imbuhan atau ganjara dari orang awam'

SUAPAN - wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih.

SUAPAN - apa-apa jawatan, kedudukan, kebesaran, pekerjaan, perkhidmatan dan apa-apa janji untuk memberikan pekerjaan atau perkhidmatan atas apa-apa sifat.

SUAPAN - apa-apa bayaran, pelepasam, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, sama ada keseluruhannya atau sebahagian sahaja.

SUAPAN - apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, bonus, potongan atau peratusan.

SUAPAN- apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga.

SUAPAN - apa-apa jenis perkhidmatan atau potongan lain seperti perlindungan daripada apa-apa penalti yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah sama ada atau tidak sudah dimulakan dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau kuasa atau kewajipan rasmi.

selalunya kita baca surat khabar, tengok tv, internet, radio... rasuah ini kebanyakkan berlaku pada golongan kakitangan awam yang bergaji rendah?

ramai berpendapat kalau hendak kerja kerajaan perlu ada 'kabel' yang kuat... kalau tak ada 'kabel' susah nak kerja dengan kerajaan... bagi saya... ada betul ada tidak... saya? berusaha sendiri... tak ada pun minta bantuan siapa-siapa... walaupun ada ber'kabel' ... bukan dapat dengan cara yang senang....kena interview juga.....apa yang penting boleh buat kerja... dan bukan yang MALAS BEKERJA.... sebab bila dah masuk kerajaan bukan senang nak diberhentikan selain dengan rela hati sendiri.....


janganlah main tolak tarik

As Salam..

baru kesempatan nak update blog... hari ini berada di opis yang comel ini..ermmm comel ke? serabut dengan kotak-kotak iyea... entah bila nak 'forward' kotak-kotak ini ke bilik hujung... nak pergi sorang tak berani....takut 'tali pinggang'... tak boleh sebut nama betul..takut betul-betul jumpa....eeeeeeiiiii

entri sebelum ini saya mempunyai masalah antara Air Asia dengan CIMB... sekarang antara diaorang ni dah main tarik tolak.... semalam terima panggilan dari Air Asia mengatakan yang diaorang terima hanya sekali sahaja bayaran.... CIMB pula bagitahu memang ada bayaran dua kali...lagipun saya ada bukti bahawa wujudnya bayaran dua kali tersebut di atas booking tiket yang sama...tapi no. reference yang berbeza....

bila bertweet dengan Air Asia dia asyik mintak isi borang ini...



lagi sekalilah isi...dan attach bukti dua-dua pembayaran tu...nak dengar apa pula jawapannya... so, kena tunggu dalam jawapan dalam masa 5 hari bekerja.....



nak dapatkan tiket murah pun susah.... nak dapat jawapan pun susah...isssshhh..... sekarang saya perlu telefon Air Asia minta bukti dari diaorang yang terima satu kali bayaran atau tunggu dahulu jawapan dari diaorang lagi sekali??

nak telefon Air Asia pun kena dengar mesin bercakap-cakap dulu sampai 3 minit....satu minit dah cas RM 2...camana???

harap dapat balik duit itu!!!

on 25 May 2011

As Salam Semua!!!

semalam punyalah kejar traffic kat air asia....akhirnya dapat booked tiket...tapi sekarang tengah susah hati ni...harap dapatlah balik duit itu....

dah dapat booked tiket ke dua destinasi untuk bercuti tahun depan...tiket aku sekeluarga okey..tak ada masalah....tapi tiket FIL dan adik ipar aku tu.... aku terbayar dua kali... aku pakai internet banking... dah tepon pon air asia dan bank tu....

bank dah bagi respon... dia tak boleh buat apa-apa..sebab duit dah masuk ke air asia...sekarang aku kena tunggu respon dari air asia pula..... bila tepon dia minta kita isi borang feedback bagitahu masalah apa....itupun dah aku buat...

baru lepas tweet dengan air asia juga.... dia bagitahu akan beri respon dalam masa 3-5 hari waktu bekerja....aduh, kena tunggu dengan sabarlah ni.... biarpun nilai kecil...tapi duit tu...boleh beli susu anak sebakul tau......

harap-harap akan dapat balik duit itu.....AMIN

semalam pening...malam tadi nak muntah....glurp!!!

As Salam Semua!!!

sekarang kat opis...kejap lagi akan kembali kerja di luar sana... banyak kerja masih tertangguh ni... yang lain ada aktiviti kat tempat lain...aku sorang tak pergi sebab kena tinggal...salah...aku saja yang tak mahu pergi...biarkan mereka semua berpanasan hari ini...

aku mengandung? oh tidak... aku pening dan nak muntah gara-gara parking pusing-pusing... sakit kepala aku...tak mahu lagi parking pusing-pusing tu...dahlah nak kena sampai ke tingkat 5 baru ada ruang parking.... lagipun seriau sangat....lebih-lebih lagi time turun... laju kereta bergerak.. kaki kena standby kat break.... pastu rapat sangat dengan dinding tepi...

kejap lagi nak parking kat BI saja...senang biarpun nak pakai lift jauh sikit...okeylah sampai sini dulu kita bersiaran...mahu sambung kerja lagi...lepas tu zassss...bergerak....

oppss, korang nak booking tiket air asia dah boleh...sebab aku punya dah setel....ahaks....

nak dapat punya pasal.....

on 24 May 2011

As Salam Semua

masih bersiaran di luar opis.... bengang wey....penat-penat aku taip entri...tekan publish tapi tak dipost kat blog.....tapi terus ke page depan minta sign in balik....dah sign-in ingatkan ada tersimpan dalam draf ke apa....hilang terus.... aduh, bengangnya....

sampai pagi hingga loni aku tak bangun-bangun dari kerusi .....semata-mata nak sangat si 'benda' ni.... korang ingat apa...bukan senang nak dapat tau....susah...asyik error jer....

tahu ke benda apa yang aku sanggup tak bangun dari kerusi ni.... aku tengah booking tiket air asia.... tengah promosi ni...RM 0.10 sen ko.....yea.....10 sen.... semua tengah berebut loading page air asia laa... tu pasal asyik error.... semalam lagi aku dah start nak booking tapi tak dapat.... nak pergi jakarta laa... tak pernah pergi sana....

hari ini aku sambung pencarian aku lagi... still tak dapat-dapat nak ke jakarta....asyik kena 'awaiting room' kat page air asia...berapa lama mahu tunggu daaa...last-last aku cari je tempat lain...akhirnya aku dapat booked ke Kuching, Sarawak.... okey tak? best tak tempat tu...tempat yang aku tak pernah pergi juga....

FIL aku adik ipar aku nak pergi juga bila aku bagitahu diaorang.... puaslah aku bertenggek kat page air asia ni...error memanjang..berjam-jam beb....pastu tetiba bos aku tercakap kenapa pergi Kuching...KK laaa best.... alahai menyesal pula rasanya aku tak pergi KK.... bos mr. ery pun dapat booked pergi KK... aduh, camana ni... ke Kuching aku dah bayar...nak minta balik tak dapat..... dengan tak senang hati...aku check juga flight ke KK....kecewa tau.... semua yang ada dah tiket harga regular saja....

tapi aku tak mudah putus asa wey.... aku buat cara aku sendiri...otak kena bijak kan.... korang nak tahu tak..... aku dapat booking tiket ke KK wey... termasuk FIL aku lagi...cuma adik ipar aku je tak boleh nak buat booking..sebab tak boleh lebih 8 orang setiap booking....sekarang aku tengah berusaha nak booking untuk adik ipar aku ni...harap-harap dapat laa kan.... pergi ramai-ramai seronok sikit....

bila korang baca entri ini, jangan korang pergi ke page air asia tu...kan tak pasal-pasal tambah kesesakan traffic..... biar aku setel dulu baru korang pergi erkh.... busuknya hati aku....hehehe

oppppssss...satu lagi aku nak bagitahu.... selain itu, aku dapat juga dapat booked tiket nak balik kelantan untuk aku sekeluarga...hanya RM 60 jer.....

cayolah!!!!

hotel taraf 5 bintang....tapi...

on 23 May 2011

As Salam

bersiaran langsung di luar opis selama 4 hari...
nasib baik dapat wifi free..
kalau tak terupdate entry....

lepas ni mahu beli tiket bas
hujung bulan ni kena balik kampung lagi...
nasib baik kat depan hotel jea...
ahaks...kalau tak dah minta mr. ery yang belikan

hotel bertaraf 5 bintang..
tapi bab tempat nak solat aku tak puas hati laa...
function room kat sini...besar-besar...
tapi tempat nak tunaikan benda wajib ni..
alahai kecilnya...

yea, aku tahu tak boleh sangat nak bermegah dengan keluasan tempat solat...
itu RIAK namanya..
tapi memadailah luas dan selesa sedikit....
ini setakat 5 orang jer boleh muat..
issh3x.....

kalau yang tinggal sini...
okeylah dapat sembahyang kat bilik kan...
tapi bagi aku yang tak ada bilik ni..(bukan tak dapat bilik tapi lebih selesa tidur kat rumah)..alasan poyo dari aku....ngeh3x....
kenalah sembahyang kat surau jea....
cuba fikir...kalau pekerja diorang ni nak sembahyang...kat mana?...
sudah tentu kat surau juga kan....
padahal pekerjanya pun ramai yang muslim...

dah le kecil...pastu surau kat tingkat selajur dengan parking...
pening aku..follow signboard....sampai pintu keluar...
tengok-tengok parking kereta...
pusing jugalah badan aku ni..dah signboard kat luar tak ada kan
last-last aku jumpa juga surau nya.....

kebanyakkan hotel-hotel ni suraunya terpecil dan kecilkan...
bersih tu memang bersih laaa....

okeylah tak nak komen-komen sangat..
kan pandai-pandai je aku buat cerita...

tadaaa.....

padah bila selalu sebut 'ular'

on 21 May 2011

As Salam

sori terpost entri kosong sampai dua kali
first time update blog pakai hp ni

orang tua selalu bagitahu tak boleh acap kali sebut ular ni... nanti akan jumpa depan mata...

kali ini adakah secara kebetulan atau memang betul cakap orang tua.. time maghrib tadi ada ular masuk dalam rumah...si kakak yang nampak dan betul-betul dekat dengan dia...

cemas juga laa..mr.ery tak ada kat rumah...saya dan anak-anak berdiri kat sofa...pastu saya keluar minta tolong dengan orang kedai sebelah...

ular biarpun kecil tp sangat bahaya... kat opis selama ini hanya orang lain yang jumpa dan kami selalu bercerita pasal binatang bisa ini...

sekarang nak jalan kat dalam rumah pun dah rasa seriau...

sangat menakutkan...

isteri cium tangan...suami cium apa....

on 20 May 2011

Assalamualaikum...

entri untuk yang dah kahwin yer...yang belum kahwin tu jangan ditiru gaya ini.... just ambil sebagai ilmu bila dah kahwin nanti...bukan kahwin saja...akad nikah yang penting... kan tak pasal-pasal ada yang cakap 'aku dah kahwin...nikah jer belum'....

korang nak ke mana-mana salam tangan suami tak?
atau sekadar bagitahu dan minta kebenaran nak keluar?

selalu yang kita dengar...
isteri nak keluar ke mana-mana atau pergi kerja...
isteri akan bersalam dan cium tangan...

kalaulah si suami yang hantar si isteri ke tempat kerja...
si isteri salam dan cium tangan..pastu si suami cium apa...
si suami cium mulut....
opppsss.....bab tu cepat sangat korang nak agak kan...

saya pernah tengok sepasang suami isteri ini..
suaminya hantar isteri kerja naik kereta...
pastu berenti pula depan-depan saya...
isterinya cium tangan suami.... dan suaminya pula cium dahi isteri...dan pipi sekali...
takkan nak cium mulut depan-depan orangkan....
lainlah kat dalam rumah... yea tak?

saya salam dan cium tangan mr. ery....
mr. ery berikan doa untuk perjalanan saya nanti..
kalau minta dia cium dahi..best juga ni...

sekian.






tangkap suami...tertangkap isteri.....

As Salam

selamat pagi semua..dah breakfast? aku sempat makan roti kat pantri jea tadi...pastu zasss..sambung kerja...minggu depan kerja kat luar lagi..banyak yang perlu disetel ni....

cuak betul malam tadi.... gara-gara entri
INI

hampir-hampir aku yang nak kena... tulah buat jahat sikit oppss..nakal sikit dengan suami... malam tadi kami semua dan adik ipar keluar ambil kereta adik ipar yang baru siap ditukar ganti... masa diaorang kat kedai kereta tu, aku yang kat dalam kereta ni teringatlah ic mr. ery tu...dan aku nak bagilah kat dia... kan pegang lama-lama takut terus terlupa....belek punya belek kat purse aku, ic tak ada...malah ic aku sendiri pun tak ada....

dah mula rasa cuak ..mana perginya ic aku dan laki aku ni... tercicir ke?... mulalah otak fikir kat mana ic aku letak ni... agaknya aku tertinggal kat mesin scan opis kot...memang aku ada scan ic petang tue...

sebab rasa bersalah...aku diam jea..dan berharap mr. ery tak bertanya pasal ic lagi time kat dalam kereta tu.... takut kena marah....huhuhu....

sampai kat rumah, cepat-cepat aku geledah handbag...kot-kot memang aku letak kat dalam tu...dalam purse konpem dah tak ada...

last-last hati aku sangat lega wey.... dua-dua ic ada kat dalam handbag tu....

selamat tak kena marah kat laki aku....

itu laa... nak kenakan suami... hampir-hampir isteri yang terkena....


p/s : cepat betul aku lupa sekarang ni.....



suamiku seorang pelarian?

on 19 May 2011

As Salam

oh sedapnya dapat makan mcflurry banana ni...
biarpun malam tadi marah sangat dengan McD
tapi hari ini aku beli juga aiskrimnya....
terliur sangat....

cepat,tangkap laki aku!!!! tangkap laki aku!!!!
hari ini dia seorang pelarian...tak ada IC..
sekarang IC ada pada aku ni...
hahaha..jahat punya bini...


jangan...jangan tangkap wey...
sayang ooooo..kat lelaki bernama Mohd Hairi Haris ni...
handsome tak laki aku?
kasi pujian tau..jangan kejian...

opppss...syyhhhhhh
laki aku tengah berkursus ni...
tengah pening nak 'public speaking' nanti...
huyoooo...nak berucap depan orang ramai..

kita tunggu je nanti....


p/s : terpaksa tukar gambar... kena letak tag mamaema tu dan kecilkan saiz... takut orang wat bomoh...hehehe

suami dan isteri.....

1) KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita

2) KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3) KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4) KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5) KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6) SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalu tidak melalui jalan bertabur bungan, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7) KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tetapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8) KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9) KETIKA TELAH MILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi ciintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%

10) KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11) KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12) KETIKA ANDA ADLAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangn lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13) KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemali dan lemah lembut, tetapu selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14) KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak....

15) KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16) KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagi ubat,

17) KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakan formula 7K

  1. Ketakwaan
  2. Kasih sayang
  3. Kesetiaan
  4. Komunikasi dialogis
  5. Keterbukaan
  6. Kejujuran
  7. Kesabaran

buat tak reti

on 18 May 2011

As Salam

tengahari tadi keluar makan dengan sorang member opis..selalunya akan keluar beramai tapi hari ini semua tengah berDIET...aku je yang tak reti nak DIET... kali ini makan jauh sikit dari opis...rajin pula nak pergi jauh-jauh ni...nun kat kampung pantai dalam..restoran anis putri namanya...(jauhlah sangat)

restoran orang kelantan....hello restoran orang utara... orang selatan pun pergi tau...tak pilih-pilih yer...hah, kedai mamak pun selalu...

restoran ini kalau lambat jer...susah nak parking kereta...parking penuh... pandai-pandailah cari lubang parking...kalau pandai selamatlah kereta...kalau tak pandai calarlah jawabnya...lagi satu masalah kat restoran ini tempat duduk makan pun penuh... pergi pun dah awal tapi tempat duduk dah penuh...mereka ni datang jam berapa lagi laa... kalau tempat beraircond tu tak dapat nak merasa la jawabnya...kenalah cari-cari kat luar je...

tadi kat luar pun penuh juga... pandang sana pandang sini...last-last adalah nampak 4 orang yang sudah makan..dah siap basuh tangan pun...tapi still lagi duduk-duduk tanpa berbicara kat meja tu..."bila diaorang nak angkat bontot ni? janganlah buat-buat tak reti orang nak duduk kan"... aku berdiri jer kat tepi meja diaorang tu... akhirnya bangun juga korang.... tak selesa kot aku ada kat situ...

dah tahu tempat itu penuh... dah siap makan...janganlah duduk berborak..orang lain yang baru sampai nak duduk juga... berboraklah time jalan ke...dalam kereta ke... kat opis ke... kesian yang melilau mencari tempat duduk ni..masing-masing pun kerja...dan kejar masa.....



BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

As Salam


" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI "


Saya setuju 100% pengantin lelaki sediakan wang hantaran itupun kalau setakat RM 5k atau RM 8K.. tapi kalau cecah ribu riban baiklah berkongsikan... tapi kenapalah nak wang hantaran tinggi-tinggi ni..seperti nak jual anak pula letak harga tinggi-tinggi... memadailah dengan kemampuan pengantin lelaki...bila tinggi-tinggi tak pasal-pasal pengantin lelaki buat pinjaman...bila tak boleh bayar... si isteri pula yang kena tanggung...lagilah naya kan.... dahlah wang hantaran diminta tinggi-tinggi..nak pula kena tanggung kos pelamin, baju, dulang, khemah dan segalanya.... kalau bertemu dengan orang jauh...sorang selatan...sorang utara...lagilah guna duit banyak.... so, memadailah dengan kemampuan diri dan keluarga....

p/s : alamak, cukup tak 100 patah perkataan ni...


PRINSIP "DIA PUN TAK DATANG RUMAH"

As Salam

hujung bulan lima dan awal bulan enam banyak kenduri kan? maklumlah cuti sekolah....kat rumah dah dua tiga kad dah sampai...semuanya dari member mr. ery...member aku...erm... setakat ini masih tak ada kad....tapi invite melalui fb tu adalah....biasalahkan zaman IT...lagipun kos sekarang ni tinggi....

kalau dapat jemputan kenduri tu...korang pergi tak?aku?selalunya akan pergilah kalau tak ada apa-apa yang menghalang pada tarikh tu kan...tapi kalau diguna pakai prinsip "dia pun tak pergi rumah aku time aku buat kenduri"... macama mana...busuk hatikan... tak baiklah buat camtu... seperti nak balas membalas pula...

mana tahu time kenduri ko buat tue...dia memang tak dapat pergi...so, time dia ko free..pergi laa... jangan buat-buat alasan pula... tapi kalau betul-betul tak dapat pergi...bagitahulah dengan sebaik-baiknya....


makeover oleh adik....

on 17 May 2011

As Salam

memang cerita dah basi pun...dah lepas berminggu-minggu...

Program Info 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Kuala Lumpur.... dengan panas terik cuacanya... hari itulah hari paling sibuk bagi saya ni...



adik saya sanggup datang dari Kelantan semata-mata nak promosikan produk kecantikan dan kesihatan Giffarine... kalau berminat boleh kontek saya....berminat pada barangan saja bukan tuan tau....



si kakak pula nak masuk pertandingan fesyen...biarpun pakai baju biasa-biasa saja...padahal cikgunya dah masukkan dia ke pertandingan mewarna...tapi disebabkan tidak bertindih masa... saya masukkanlah juga....



of coz dimake over oleh adik saya ni...




kalah mama tau... mama tak make-up cam ni pun...huhuhuh....



kenapa budak di belakang itu menjeling semacam jer....auuwwwww....



peserta-peserta cilik ni...



tak menang pun tak apa...janji kakak berani....



amboi2x...seperti terover lah dia.....



selepas tunjuk fesyen.... mari mewarna pula... keadaan sesak sebab ramai yang masuk last minute.... pastu dewan pula penuh.... kesian budak-budak menghimpit....



sampai tonggeng-tonggeng mewarna....



jadilah bawa balik sekotak pensil...itupun cikgu bagi pada hari isnin...saya tak tunggu pun sampai habis...dah penat sangat...malamnya ada tayang movie hantu kak limah balik rumah... tapi tak tengok pun...saya layan hantu lain kat rumah...ahaks.... memang terlena beb....


ambil cuti kecemasan....bila lagi kalau bukan hari ini...

As Salam

hari khamis (12 Mei 2011) saya ikut lawatan sekolah tadika perpaduan..sekolah si kakak ke Pusat Sains Negara dan Tugu Negara.... kalau tak ikut time ni.... sampai bila-bila pun tak pergi agaknya.... padahal semua tu area KL jea....lebih-lebih lagi Tugu Negara ni.....sebelah saja dengan kawasan opis.... itupun tak pernah lagi tinggalkan tapak kasut kat sana.... tapi sekarang dah boleh bercerita pasal tempat-tempat ini.....



dijamukan dengan sarapan pagi nasi lemak di sekolah kakak dulu, barulah naik bas menuju ke destinasi pertama...Pusat Sains Negara kat Damansara...biasalah budak-budak naik bas..kecohlah sikit...excited naik bas besar ko....masing-masing tunjuk itu tunjuk ini.... tak duduk diam.... cikgu pula hanya dua orang...nak kawal budak-budak 22 orang.... itu pasal diminta mak bapak ikut sama....bolehlah nak kawal anak sendiri dan tolong kawal anak orang yang mak bapaknya tak boleh nak ikut kan.....saya? selain kawal si kakak...saya jadi jurugambar diaorang semua..... al-kisahnya...seorang cikgu ni bawalah kamera...dan minta cikgu sorang lagi ambil gambar dalam bas...tapi kamera tak berfungsi...rupa-rupanya tak ada bateri kat dalam kamera tu.....pastu saya dengan rela hati cakaplah..."tak apa cikgu...saya pakai kamera saya...nanti saya burn cd...bagi kat cikgu"....

perjalanan tak sampai setengah jam pun...sampai sana...ingatkan tak ramai orang... ramai sungguh.... sekolah rendah..sekolah menengah...sekolah tadika lain pun ada...tapi tak tahulah dari mana semua tue.....siap ada yang pegang tali tak kasi pisah antara satu sama lain....oh susah betul nak kawal budak-budak kan....





dengan bayaran tiket untuk dewasa RM 10 sahaja....budak-budak semua cikgu setelkan... RM 5 kot untuk budak-budak..... masuk ke dalam jer...budak-budak terpegun bila tengok ikan kat atas kepala...ada akuarium.... itupun kecil jer....pastu bila nampak dua ekor dinasour besar...semua menjerit ketakutan.....




dah namanya Pusat Sains Negara... sudah pasti kat sana boleh belajar tentang sains kan.... saya? oh lupa juga.....ngeh..ngeh...ngeh....



cermin ajaib... kepala besar...pendek...tinggi...kurus...gemok....



cepat...kayuh laju-laju... baru mentol tu akan menyala....



anak-beranak dinasour



tenaga solar.... acukan cermin bercahaya kat kapal terbang tu...sayap itu akan bergerak...



hello...hello.... tak dengar pun.... rosaklah...



hah, melompatlah budak-budak oiii... alamak kakak sorang jer perempuan kat dalam tue.... agresif betul si kakak melompat....



bagaimana tulang saya bergerak bila kayuh basikal...tapi kenapa tengkorak itu tidak pandang seperti saya....



terpegun si kakak tengok banyak muka sepertinya.... dah sah-sah memang muka kakak laa...



inilah satu-satunya gambar saya sepanjang lawatan tu... saya pun terover nak ambil kat sini juga...huhuhu...



tak lupa nak report kat mr. ery...



kawan sebelah rumah MIL....



bergerak ke destinasi kedua Tugu Negara....mak aiii...berderet-deret bas kat tepi jalan..... turun dari bas kena sekat oleh pelancong asing...bukan kena ugut tau...tapi diaorang nak ambil gambar budak-budak tadika ni.... terus glamour si cikgu.... pelancong asing beria-ia nak ambil gambar...so kenalah layan kan...kitakan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.... bukan budak tadika ni saja glamor...malah pak polis trafik pun sama...siap berpeluk sakan......





apa yang ada kat sana? yang ada Tugu Negara la..... tempat peringatan askar-askar yang mati berjuang demi negara.... disebabkan cuaca panas terik... budak-budak pun dah keletihan sangat...ambil gambar kat sana...terus ke taman kat area situ juga untuk jamu makan tengahari.....lepas makan terus bertolak balik saja.... sampai rumah terus terlena......















*UBAT TIAK*

on 16 May 2011

mom : kak, ada nampak ubat tiak?

kak : ubat tiak?...

mom : ho, ma letak kat atas meja ni jah....

kak : dop nampak.....bakpo ma nangis ko?

mom : ????gggrrrrrrrr.....


ubat tiak = ubat ketiak = deodorant


deodorant bahasa omputih... paling senang sebut saja ubat tiak@ketiak bukan tiak itu teriak@menangis... si adik aku ni pun satu.. ada ke ubat untuk orang nangis erkh.... kesian kat mom aku tu....huhuhu....

panjang sedepa

takut nie...dah la sorang-sorang kat bilik hari ini...member cuti... angkat kaki letak atas kerusi.... kotak-kotak bertingkat kat tepi dinding....

jangan fikir-fikir...nanti perasaan lebih takut..... nasib baik park kereta kat depan..kalau kat belakang bangunan ni..konpem tak balik aku hari ini....

Bos : ema, panjangnya... panjang setara ini (bos tengah depa tangan)..

Aku : panjang? panjang apa tuan...(buat-buat tak tahu)

Bos : ular....

Aku : tuan nampak ke? kat mana?

Bos : saya nampak time ia nak masuk lubang...orang lain nampak ia menjalar kat belakang sana.... issh...bahaya tue...

Aku : issh... memang bahaya...

tempat kerja ni dah memang dalam hutan... binatang-binatang macam tu memang ada laa... tapi harap-harap jangan kasi aku nampak wey... nanti aku lari...kalau lari...binatang tu kejar... kejar?... tak berani nak pergi library ni.....

CIKGU yang tak kenang budi....apa perlu diucapkan?

Assalamualaikum...

first sekali nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru dan bekas guru sekolah tadika kemas, SRK Kamil Dua, SMK Kamil, PSDC dan cikgu anak saya (kakak), Cikgu Lias dan Cikgu Gaya kerana telah mengajar dan berjasa... serta halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya dan anak saya....

cikgu yang tak kenang budi.... apa perlu diucapkan??

mendengar cerita dari orang terdekat mengenai cikgu ini...rasa sungguh geram dan sakit hati..... sebelum dia bergelar cikgu, dalam masa belajar dia telah berkahwin dan punyai anak... dan menyewa sebuah bilik berdekatan dengan pencerita....

kalau orang sedang belajar dan telah berkahwin...masalah utama adalah kewangan...lebih-lebih lagi dua-dua pun still belajar sama.... so, si pencerita inilah yang banyak menolong.... tolong jaga anak, hantarkan anak ke klinik bila sakit, pinjamkan duit, dan segalanya.....

malah cikgu ini pernah berkata.... bila dia dah bekerja..dia akan membalas balik jasa dan menggantikan apa yang dipinjamkannya..... tapi apa boleh buat...hanya sekadar berkata-kata..... sampai sekarang sudah amat jarang sekali datang ke rumah si pencerita ini.... biarpun dia datang ke KL...apa salahnya kalau dia menyinggah kan.....

anak-anak si pencerita ini sangat marah dengan cikgu ini.... tapi setakat mana boleh marah? takkan nak pergi serang cikgu ini...tak pasal-pasal putus saudara..... tak apalah hari ini hari dia...esok lusa belum tentu lagi hari dia juga.....

kembali lagii....tetapi hanya untuk seketika...

on 11 May 2011

As Salam Semua!!!

kembali lagi untuk seketika...

INSYAALLAH akan saya balas semua kunjungan korang...
hari ini dan hari esok saya tidak dapat nak singgah blog korang...

badan sakit..
minda sakit....
naluri sakit....

letih...tersangat letih... sehingga mengatasi segalanya....




nota jari : doakan saya yea kawan-kawan.....

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

on 06 May 2011

Klik Banner Untuk Join

ini saja dan sangat senang.....

ada apa hari esok....

As Salam

minggu apa ni...baru minggu kedua...belum lagi belum ketiga keempat... busynya bulan 5 ni... bukan buat-buat busy laa....memang program penuh hari esok dan lusa...

program esok, Sabtu, 7 Mei 2011

8.00 pagi - Senaman Seni (itupun kalau larat nak pergi....)

9.00 pagi - Mesyuarat di Sekolah Anak (wajib pergi)

11.00 pagi - Pameran Agensi Kerajaan & Swasta ( adik ada buka booth giffarine)

2.00 petang - Pertandingan Mewarna (kakak masuk...)

4.00 petang - Karnival Jualan Untuk Orang Ramai

9.00 malam - Tayangan Wayang Gambar Skrin Besar oleh Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan... (cerita apa erkh...)

~~~ untuk makluman semua Koperasi Kampung Malaysia Kuala Lumpur Berhad dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Program Info 1Malaysia untuk merapatkan hubungan komuniti setempat dan orang ramai dengan agensi kerajaan dan swasta.... banyak aktiviti dan program akan diadakan...

~~~ siapa yang mempunyai kelapangan... bolehlah datang ke sini... bolehlah jumpa saya (ek eleh macamlah femes sangat aku ni)....

Hari : Sabtu, 7 Mei 2011

Masa : Bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 malam


program lusa, Ahad, 8 Mei 2011

dari pagi hingga ke malam akan buat kerja opis.... huuuwaaaa hari minggu kena kerja... kena setelkan semua... esoknya pagi-pagi kena berjaga.....program hari ahad ni tak payah diambil kira... itu memang dah tugasan saya.....huhuhu...

Kenali Personaliti Melalui Cara Kentut...anda yang mana? cepat mengaku...

on 05 May 2011

As Salam

oiit, pasal kentut pun nak dibuat entri ke.....isshhh...isshh.... peduli apa saya...ikut suka hati sayalah.... sebab yang ada idea bab kentut jer time ni...so, layan saja.... ada ke orang nak mengaku ni... kalau jujur mengaku....tak jujur pun mengakulah juga.....saya? kejap nak lepaskan kentut dulu...hahahaha....

Tak Jujur -->anda orang yang kentut tapi salahkan org lain

Bengong-->anda orang yang tahan kentut berjam-jam lamenye

Yakin Diri-->anda orang yang kentut dengan lantang

Sadis -->anda orang yang kentut dalam selimut pas2 kibas2kan baunye (hoho ketegori tak senonoh!!)

Strategik -->orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat2 (tetibe jer ketawa tak tentu pasal)

Misterius -->orang yang kentut tapi tak dapat dikesan

Gugup-->tiba-tiba kentut apabila disergah

Periang-->kentut perlahan-perlahan pastu senyum sorang-sorang

Lagi Info Pasal Kentut

Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan? Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api? Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut? Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik? Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

oppss...kalau si ujang tu kentut camana.... dia raja kentut dekat blog-blog yang diterjahkan... hari ini dah pergi berbulan madu kat atas bukit cameron sana.... kalau sejuk-sejuk tue..lagilah kuat kentut kan....hehehe.... so tahan sajalah yana erkh.....



Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan....Betul Ke?

Sebelum Tido:

6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak boleh ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:

6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun :Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:

6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. .!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun:Orang dah bilang berkali2 pun tak paham2!!

Baju baru:

6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:

6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan :Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!!!

dah baca kan..... apa pendapat korang? betul atau tak betul nie...



Petua untuk 'Tahan Lama'

on 04 May 2011

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......

Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. grrrrr.

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2006. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2007. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi habuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisaplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

SELAMAT BERTAHAN LAMA...

............ ... sentiasa terbuka dan rasional.

Nak tahan LAMA?? bERAPA lama mau.. 1jam, 2 jam, 4-5 jam,, .. senang saja..

ini dia SUPEEEERR POWEEEEERRR. . (EEEiiiiii.. rumah bersinar-sinarr)


nota jari : hari ini cuti tanpa rekod...ada tournament boling anjuran PUSPANITA.. doakan untuk saya yer...

untuk elakkan parking kena block

on 03 May 2011

As Salam Semua!!!

dah laaa pagi tadi sampai opis jam 10.00 pagi.... jam 11.00 pagi bergegas pula ke putrajaya.... ada perhimpunan bulanan yang sepatutnya diadakan esok...so diawalkan ke hari ini...nasib baik naik kereta opis..kalau bawa kereta sendiri...tak pergilah jawabnya....

korang pernah kena kereta diblock tak?.... kalau bukan kereta...tempat korang punya parking ke?.... saya banyak kalilah juga.... kekadang kasi hon.....kekadang parking jea tempat lain dulu.... al-maklumlah rumah dekat dengan kedai makan ni... bila nampak kosong jea... orang akan parking sesuka hati.... tak marah dan salah kalau nak parking...tapi janganlah sampai block sakan ruang saya nak masukkan kereta....kesian juga kat tokey kedai...asyik nak tanya..siapa punya kereta yea... ada orang nak masuk...boleh alih tak?...hah, itukan dah jadi dua kali kerja.... ada juga sesetengah orang tu buat tak tahu...hah, yang buat tak tahulah yang rasa geram sangat-sangat...sampai terlintas nak block balik keretanya....

kalaulah saya letak kereta mainan anak kat garaj...barulah tak ada yang akan block agaknya.....


tak mau dicop sebagai penipu

wake-up...wake-up... tahulah kat luar sana hujan..lagilah mahu tarik selimut ke...hello...hari ini dah selasa...dah kerja... semalam saja yang cuti ganti.... lainlah kalau korang dah plan nak ambil EL...oppsss.....

hari ini jem teruk menuju ke KL... walaupun saya lambat juga ke opis hari ini...jam 10.00 pagi baru sampai woooo... bukan tarik selimut tau.... pergi pejabat pos laa... hantar hadiah-hadiah kontest yang sebulan lalu.... takut nanti dicop sebagai penipu...buat kontest tapi tak kasi hadiah...sekarang saya dah lega.... semua hadiah saya telah poskan...hanya tunggu dua pemenang dari kontest si ujang tu... coz saya salah seorang yang sponsor hadiahnya.... agak-agaknya minggu depan kot baru tahu...al-maklumlah pengantin sedang berbulan madu... tak boleh kacau..ahaks....

kepada pemenang-pemenang...saya dah poskan yer..kalau sampai bagitahulah...kalau tak sampai pun bagitahu juga.... nak pergi serang pejabat pos nanti.... lagipun saya pakai pos laju... kalau tak laju tu tak tahulah mahu pakai pos apa......

sedih bila dipandang rendah...

on 01 May 2011

pernah dipandang rendah tak? apa perasaan korang bila dipandang rendah? perlekeh kemampuan? sedih? kecewa? marah?

sedih tau kalau dipandang rendah.... sedar tahap kemampuan sendiri.... tapi janganlah sampai keluarkan ayat yang menusuk ke jantung dan hati......

sakit hati pun ada.....tahulah setakat mana kemampuan...tapi janganlah dipandang rendah sekali... kot yea pun bagilah semangat...bukan jatuhkan semangat.... walaupun dah beranggapan kemungkinan tidak berjaya sekurang-kurangnya sesuatu aktiviti boleh mengeratkan silaturahim.... boleh kenali dengan orang tak pernah kenal....

walaupun baru sekali jer main dengan cemerlang...tak semestinya berbangga tinggi melangit dengan kecemerlangan itu... apa yang penting minat terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan....

pleassseee....bukakan minda itu sikit.....
 
© Ema Blog All Rights Reserved