Tutorial : Belajar Bahasa Inggeris

on 31 March 2011

As Salam Semua!!!

orang lain buat tutorial tentang blog bagai..saya nak buat tutorial mari belajar bahasa inggeris. ingat senang ke nak belajar bahasa inggeris ni. saya pun tak reti nak 'kecek' bahasa inggeris ni.

kalau tak tahu makna ayat bahasa inggeris ni..... cara senang saya akan pergi ke http://www.citcat.com/ .

hah, sinilah diterjemahkan ayat bahasa inggeris tu ke bahasa melayu...malah ayat bahasa melayu pun boleh diterjemahkan ke bahasa inggeris... senangkan...



kalaulah karangan bahasa inggeris tu panjang lebar, dan tak tahu apa benda yang diceritakan tu... korang copy dan paste saja kat sini (gambar bawah)...... tapi tak boleh juga straight ambil tau..sebab bahasa dia tunggang langgang... so, pandai-pandai koranglah menyusun balik yer....




nota jari : pasni jadi mata biru belako....

"Blog Review Assignment 4 Oleh Jejaka Terhangat"


Review Blog Diana Rashid

bila baca entri dari diana... tiba-tiba terbaca sekali nama Jejaka Terhangat yang terselit kat dalam entri diana....terus saya mengklik apa yang ada kat sana... ooo rupa-rupanya ada assignment untuk blog diana ni....

tanpa fikir panjang lagi...saya nak juga membuat assignment ni...dah lama tinggalkan study...huhuhu....

yang best tentang blog diana:

1) idea yang giler-giler...tapi dia tak giler pun...
2) isi entri dia tak sama dengan orang lain (tak caya pergilah terjah)
3) ada entri kritikan yang membina
4) tidak kedekut ilmu....
5) ada anak nama Maisara (tak serupa nama dengan anak saya)...ermmmm..boleh diambil kira tak?...

yang perlu dibaiki :

header tulisan senyum-senyum saja tak cantiklah diana..... kasi letak gambar ke....

oppss...lupa nak tag pulak...saya nak tag zati embong ni....


itu saja... lulus tak ni???

Kumpulan Professional Tidak Professional

bila cakap seseorang itu adalah dari kumpulan professional mulalah orang akan hormatnya....
sedangkan tahukah bahawa professional itu hanya pada nama saja....
bab kerja langsung tidak professional...
sikit-sikit di pass kat orang bawah ni... dan orang bawah yang buat kerja..
orang lain yang dapat nama....

yang tak reti buat kerja selalunya orang yang baru dapat kerja
terus pegang jawatan dalam kumpulan professional ni....
tapi langsung tak tahu apa....
pastu buat bodoh sombong pula.....
baik pergi kursus cari pengetahuan dan pengalaman....

dan tanyalah dengan orang-orang bawah yang lama bekerja ni..
diaorang lagi berpengalaman biarpun tidak mempunyai ijazah untuk digenggam....
eeeiii geram rasanya...
tapi nak buat macam mana....
dah SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)

sekian, terima kasih.




Kelar Tangan Boleh Mati, Putus Tangan Boleh Hidup

As Salam Semua!!

kekadang ada terfikir benda-benda yang tak berkaitan langsung dengan kerja ataupun diri sendiri. selalunya kita dengar cara senang nak bunuh diri adalah kelar pergelangan tangan.. ada juga yang senang seperti terjun bangunan ke..minum racun ke...dan sebagainya....

kenapa yer... kalau kelar tangan ni boleh membawa maut...sedangkan ada yang putus tangan iu boleh pula hidup... orang cakap kelar pergelangan tangan akan buat urat putus dan boleh membawa kepada kematian..tapi kalau putus tangan tu macam mana pula yer..

hahahaha..macam-macam pulak yang saya fikirkan ni... itu pasal tak saya jadi doktor...gagal...

ada siapa yang tahu tak???

Ketahuilah Kelajuan Loading Blog Korang

on 30 March 2011

kelajuan sesebuah blog untuk dibuka oleh pengunjung amatlah penting...barulah pengunjung itu akan sentiasa bertongkat dagu hendak membaca entri-entri yang korang buatkan.... apa yang penting kandungan yang ada pada blog korang tu..itulah yang akan blog korang itu lembap tau...

hah, bagaimana nak kasi cepat ni?... buang jerlah apa-apa yang tak patut ada kat dalam blog korang tu....wat sakit mata pengunjung jer nanti...berbling-bling atas bawah kiri kanan.... bukan saya dengki pun korang nak letak benda tu..... tapi kalau korang nak blog korang tu lambat loading.. korang letaklah lagi banyak....huhuhuhu....

tak pun korang boleh klik http://tools.pingdom.com/ .

mudah saja..hanya taip nama url blog korang tu.... pastu korang bolehlah lihat benda apakah yang membuatkan blog korang tu lembap..... bila dah tahu tu, terpulanglah masih nak simpan atau terus saja buang...


yang saya, saya punya sendiri.... nasib baik semuanya okey....


sekian, terima kasih.

DECO DECO BENG BENG BOONG

Klik banner Ben Ashaari ni kalau nak join

waaa...sudah lama tidak join segmen dari Ben Ashaari ini..
mari-mari kita meriah segmen ben yang semestinya memang meriah
huhuhuh...

Penunggang Motosikal Perempuan.... Anda Dinasihatkan Berhati-Hati!!!

Seorang lelaki misteri dan gila agaknya sengaja menyimbah asid kepada penunggang motosikal terutama sekali perempuan di sekitar Bangsar. Entah apa motifnya lelaki itu menyimbah asid kepada penunggang motosikal ini. malah sebelum ini lapan murid sekolah telah menjadi sasaran simbahan asid dari seorang lelaki yang menunggang motosikal berjenama Lagenda.

gila betullah mamat ni sorang. entah apa motif mamat ni buat begini. kenapa marah dengan penunggang motosikal perempuan? habis tu yang dibaling satu beg plastik dekat anak-anak murid ni kenapa pula.... memang tak waras agaknya mamat ni. munking mamat ni tension muka dia tak hansem... atau dia pun dah ada cacat celanya....Wallahualam...

kita tunggu saja berita penagkapan mamat ni.... seriau juga sebab kadang-kadang akan lalu juga ke Bangsar ni biarpun naik kereta... eeeii...kalau jumpa terus nak langgar saja...eeeeiiii geram betul....

kepada penunngang atau pembonceng motosikal ni...berhati-hatilah yer....

Sumber : Harian Metro

Kate Gosselin - Mama Plus 8

Assalamualaikum Semua

selalunya kita mendengar cerita mengenai kembar dua atau tiga.... kalau kembar lapan tu bagaimana? boleh bayangkan baby-baby kat dalam perut mamanya... teringin juga nak dapatkan anak kembar ni....selalu orang cakap kalau ada keturunan kembar.... harapan hendak dapatkan kembar cerah... tapi rasanya itu hanya anggapan...kalau dah rezeki yang diberi oleh Allah untuk dapatkan anak kembar tak bermakna ia adalah keturunan juga kan....

tetiba pula bercerita keinginan nak anak kembar ni..... siapa yang tak nak kembar....sekali sakit bersalin...terus dapat dua tiga orang anak... saya cerita kat sini bukan kerana saya nak tambah anak lagi tau.... setakat ini hold dulu (eh3x..main hold-hold dulu pulak) ....



korang kenal tak Kate Gosselin ni? dialah mama kembar 8 ni.... bukan kembar 8 sekali bersalin... tapi dua kali bersalin.... pertama kembar dua dan kedua kembar 6... hah, kembar 6 pun dah ramai tu... kate dapat kembar pun bukan sebab keturunan... kate guna rawatan kemandulan... semasa kate dapat berita ada 6 janin kat dalam perutnya.... kate terkejut sangat..dan doktor pun nasihatkan samada hendak teruskan dengan 6 janin itu..atau akan dikeluarkan sebilangan janin itu..kerana ia akan menjejaskan diri kate.. tetapi naluri seorang mama tidak akan keluarkan janin-janin yang ada di dalam perutnya.... akhirnya kate selamat melahirkan kembar 6 itu melalui pembedahan..hanya dalam masa 3 minit sahaja..



dengan melahirkan kembar 8 ini...tak disangka-sangka kate menjadi orang yang dikenali.. tapi apakan daya perhubungan kate dengan suami tidak berkekalan... itulah kan ada anak atau tiada anak tidak semestinya hubungan itu akan kekal selamanya.... itulah dinamakan JODOH....

badan tetapi maintain biarpun lahirkan kembar... yealah. maintain sebab kate buat pembedahan buang lemak kat perut.. putihkan gigi... dan tegangkan muka.... dunia teknologi.. ..serba serbi boleh buat...janji sanggup keluarkan duit saja...

Sekian...habis cerita...


malang tidak berbau

on 29 March 2011

malang memang tidak akan berbau....

bila tengok dekat-dekat.... ngeri jugak....

kesian kat kakak... betis dah terkena eksos motor

itulah tidak reti duduk diam sangatkan....

balik dari kerja, si kakak tunjuk luka kat betis dia....

dah lekat parut...

tak apalah kakak..... dah sama dengan mama

mama pun ada parut kat betis yang sama dengan kakak

kena ekzos motor jugak...huhuhuhu....




nota jari : tengok kakak macam rileks jer... macam tak sakit pun....

Kejadian Tembak Menembak Di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

AWAS!!

kejadian ini tidak akan keluar di mana-mana surat khabar mahupun berita- berita di televisyen..
kejadian tembak menembak ini berlaku pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 di Laman Heliconia, Tasik Perdana Kuala Lumpur.
mereka semua telah menembak anak sendiri dan anak buah dengan menggunakan kamera DSLR yang berjenama....



hahahaha...gempak tak tue?...
memanglah tak masuk suratkhabarkan....
sebenarnya ia adalah Bengkel DSLR Percuma, Teknik Fotografi Merakam Potret Anak-Anak anjuran Encik Adhadi Mohd.

semestinya saya pun takkan melepaskan peluang..
free lah katakan....

foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd


foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd


foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd


pembelajaran yang amat bermakna biarpun tidak lama kat sana
kebanyakan anak-anak dah mula merengek-merengek sebab kepanasan...



from my camera D60 saja



semestinya saya membawa seorang saja model ni...
seorang lagi tinggal kat rumah pengasuhlah... mr. ey pula kena kerja....



tak tahu nak cerita paanjang lebar..layan saja gambar-gambar yang tak seberapa nie..huhuhu





suka sangat si kakak bila dapat belon... siap nak minta untuk adiknya sekali....




bersinaran dengan flash tembakan dari kamera-kamera diaorang ni....



tak disangka sandal si kakak pula boleh putus time ni...
terpaksalah saya mendukung dia......



muka tahap kepenatan



kakak dipuji oleh Encik Adhadi kerana pandai menggayakannya......



hooreeyyyyy!!!!
pengalaman yang bermakna....

harap-harap dianjurkan lagi...



inilah pertama kali saya jejak kaki kat sini
padahal tempat ini hanya sekangkang kera saja dengan opis saya...
tempatnya amat cantik sekali...sesuai sangat nak bawa anak-anak beriadah di sini...

lain kali nak bawa si adik pula.... kesian asyik kena tinggal jer....

uptown di serdang

on 28 March 2011

malam tadi dengan kerajinan nak keluar kerana kemalasan nak masak sebab kepenatan mengemaskan bilik si kakak (berjalan tak rasa penat) yang kena serang dek anai-anai.. terus singgah ke pasar larut malam dekat serdang... belakang bangunan kedai mamak (lupa nama)... seberang dengan stesen komuter serdang.... kalau ke sana konpem boleh jumpa..minta tolong incik google pun tak apa....

jalan-jalan cuci mata.... niat di hati berkenan itu ini.... tapi dipendamkan saja... hanya belikan pedang bunyi-bunyi untuk adiknya..dan scarf rambut berlampu kelip-kelip kaler pink untuk kakak... itupun kakak macam jeles saja.....



eeeiii..... pening kepala mamanya tengok gelagat si adik kejar si kakak...mahu pukul kakaknya..siap buat muka geram lagi.....



dah habis pusing semua kedai-kedai sana..terus cari kedai makan.... sebab berdiet semua..... kami makan saja chop and steak kat serdang sana....



orang ramai... makanan lambat sampai.... tersadai kat kaunter makanan... siap ada yang balik tanpa sempat makan lagi...dah sejam lebih tunggu tak sampai-sampai makanannya..siapa yang tak bengangkan.... dah tu seorang pelayan sangat kurang ajar.... eeeiiiii....saya pun geram dengannya...kerek betul.....



apa-apa pun saya sempat makan...dan mr.. ery pun sempat makan.... tapi saya tak menemaninya kerana si adik dah merengek-rengek kat sana...lalu duduk diam-diam kat dalam kereta bagi susu...huhuhu....

salah siapa...hati yang terluka...

siti seorang anak dara telah berkahwin dengan seorang duda anak seorang... menjalani kehidupan berumahtangga siti telah dikurniakan seorang anak...

isteri pertama suaminya selalu berhubung dengan suami siti kerana ia melibatkan anak mereka... suaminya selalu mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.....

setelah mencecah satu tahun 3 bulan, hubungan siti dan suami mula berantakan... kerana isteri pertama bersikap cemburu kepada siti....

pada hari ini ISNIN, 28 Mac 2011.. siti akan dijatuhkan talak oleh suaminya..... siti mempunyai semangat yang tinggi...keluarga siti dan anaknya adalah semangat kepadanya...

siapa yang bersalah.... hatinya yang terluka...


sumber : panggilan siti kepada radio muzik pagi tadi

Contest Anakku Menangis Comel

Entry tersangkut lama kat sini!!!! new entry...please scroll down



As Salam semua

First time, saya nak buat contest... yang hari tu teka teki kan...yang ni sama seperti orang-orang lain yang buat tue....

Bukan apa, nak mengeratkan silaturahim di kalangan blogger-bloger kat dalam alam maya ni

Lagipun, saya takut...saya tak terupdate blog nanti...al-maklumlah hari sabtu ni (26 Feb 11) saya dah gerak ke Melaka... seminggu kat sana.... urusan kerja rasmi....motif : alasan

syarat-syaratnya... susahlah sikit yer...tak macam dulu tau (banyak pula cikadak nya)

are you ready??

Syarat-syarat yang harus dipatuhi:

1. Orang Malaysia & Alamat Malaysia (yang tinggal kat oversea tu boleh kasi alamat Malaysia)

2. Boleh jadi follower saya tak?...bolehkan.....

3. Buatlah entri pasal contest ini dengan tajuknya " Contest Anakku Menangis Comel".

4. Pastu tinggalkan link contest korang tu kat komen sini...bukan komen kat entri lain. susah saya nak cari nanti.... tinggalkan alamat emel lagilah senang hati....

5. Jangan lupa letak banner saya ni kat entri korang tau. dan jangan pula lupa upload gambar anak yang nak join tu....

6. Bagitahulah nama anak dan nama ibu/ayah yer.. umur anak juga

7. Last sekali, kenalah tag 3 orang kawan.... barulah meriahkan

tentu ada akan tanya soalan-soalan camni

1. boleh join anak umur berapa ni?

jawapan : anak umur antara 1-2 bulan...boleh??.... gurau jer.. anak dari 1 hingga 4 tahun saja...

2. kalau yang tak ada anak?

jawapan : yang tak ada anak...tak payahlah masuk....hehehee...gurau lagi.... joinkan anak saudara tapi tak baiklah tipukan...manalah tahu..di letaknya anak Brad Pitt ke....naya orang lain....

3. kalau anak saya ramai?

jawapan : 10 orang ke?....isshh, ramailah tue.... boleh2x...tak ada masalah...just letak dalam satu entri saja....

ada soalan yang lain ke?

dah jelas kan....

so... selamat berjaya!!!!

T/Tutup : 01/04/2011

hadiah???

maybe from Melaka


Adik-Adikku Pintar Berpidato

on 27 March 2011

As Salam Semua!!

hebat sekali!!!
memang hebat!!!

anak siapalah mereka ini
adik siapalah mereka ini
cucu siapalah mereka ini
kawan siapalah mereka ini
anak murid siapalah mereka ini

berasa amat bangga dan terharu banyak kali..

pertama kali saya melihat secara langsung akhir program realiti RTM (TV 1) Adik-Adikku..
yealah..selama ini asyik melayan cerita kartun dengan drama saja.... itu saya mengaku... sungguh mengasyikkan dan menitis air mata....

mereka bercerita, bersyarah, bersyair, bernasyid dalam nada-nada suara comel dan bersuara lantang.... sehinggakan kakak pun dah lupa siaran kartun malam tu...... si kakak asyik bertanya umur budak-budak comel ini....

Tahniah kepada adik Muhamad Amirul Munir Azlin (10 tahun) , Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri (11 tahun), dan Adik Zaid Najmuddin Zul Akmal (11 tahun) membawa pulang duit ribuan, percutian serta trofi...... malah semua finalis mendapat imbuhan berbentuk geran pendidikan sebanyak RM 2,400.00 setahun sehingga ke tingkatan 5.....


Ketawa Penawar Duka

on 26 March 2011

"Banyak Tanya"

Pembeli : Dik, telur sepapan berapa?
Penjual : Telur aya atau telur itik?
Pembeli : Telur ayam.
Penjual : Telur ayam biasa atau ayam kampung?
Pembeli : Telur ayam biasa.
Penjual : Yang tempatan atau yang import?
Pembeli : yang tempatan.
Penjual : Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atai Tampin?
Pembeli : Yang Ipoh lah.....
Penjual : Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Utara, atau Selatan?
Pembeli : Adik ni jual telur atau nak jalan-jalan?
Penjual : Maaf kak, saya penjual mee rebis kat sebelah ni, kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.....
Pembeli : gggrrrggggggrrrrrr

*Hantar Surat*

Cucu : Atuk buat apa tu?
Atuk : Atuk nak bagi surat kat kawan atuk ini.
Cucu : Kenapa kawan atuk duduk dalam tong merah tu?
Atuk : ??????

Terima Kasih Ujang

on 25 March 2011

As Salam



kali ini nak review blog yang dikenali sebagai ujang

baru saja kenal gitu-gitu dengan blog ini... biarpun baru kenal...tapi cepat mesra..oppss.. mesra kat blog saja.... luar tak kenal pun...huhuhu..... rasa-rasanya dia seorang yang kelakar kot... coz dia tak kisah pun orang cakap dia suka kentut merata-rata... lagipun bloglist dia pun penuh dengan tajuk 'kentut'....tapi nasib saya baik sebab blog saya dalam bloglist 'kakak'... so, kiranya dia muda pada sayalah kan.... tapi ada hati nak mengorat anak dara saya tu... kena ketuk kat tunang baru tahu....ada hati konon......pasti saya tak kasi...hehehehe...

saya nak ucapkan terima kasih kat dia kerana diberi peluang blog saya berada di dalam bloglistnya... tak sabar nak makan nasi minyak dari dia bulan lima nanti...itupun kalau dijemput kan....

okeylah.... sekian saja..tak boleh lebih-lebih... takut kentut lagi kuat...hahahaha....


makan benda tak halal!!!!!

As Salam Semua!!!

baru sekarang boleh buka blog
pagi tadi sibuk buat kerja lain...
baru saja setel..harap-harap mereka berpuas hatilah nanti...

*gila* betul...
makan benda tak halal sampai beranak pinak...
sampai beribu-ribu menternak....
sampai gemuk-gemuk gedempo.....

gara-gara inilah yang berlaku...
anai-anai datang menyerang katil anak dara saya...
saya tinggalkan rumah seminggu saja...dah separuh dibelasahnya
sungguh geram!!!!!



memang menyakitkan hati..
sijil pra-sekolah kakak pun tak ketinggalan...



sekarang kat dalam rumah dah macam tongkang pecah
tak sempat nak kemas bagai...
tersadai barang-barang kat atas lantai...
aduhh...... esok lusa kena kerja keras ni.....

Peliknya Manusia...

on 24 March 2011

As Salam Semua!!

PELIK YA,
duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke pasaraya.

PELIK YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid,
tapi betara cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV,
rasa tak sabar-sabar nak pergi beli belah,
tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita
tapi betapa bosannya bila imam solat Terawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

PELIK YA, rasa sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman,
tapi majalah hiburan 100 halaman pun boleh habis dilahap.

PELIK YA, ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat jumaat supaya cepat boleh keluar.

PELIK YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan e-mail yang layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran.

PELIK YA, kita boleh mengirim ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel,
tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

PELIK YA, kita lebih suka cakap belakang-belakang
tapi bila cakap depan rasa sangat takut.

PELIK YA, kita dekatkan diri dengan Tuhan bila berada dalam kesusahan
tapi bila dah senang semakin jauh.

PELIK TAK KITA...?

Tepuk dada..... tanyalah hati.... fikir-fikirlah sendiri...

Sumber dari : Majalah MIDI

celup celup mee..... mee celup....

As Salam Semua!!!



jangan terliur yer..
tahulah tak breakfast lagi...
setakat jamu mata sajalah...

kat kelantan ia dipanggil bihun/mee celup
kalau balik sana..selalulah saya singgah kat gerai makcik ni kat tepi highway menuju ke Uitm Machang (macamlah orang tahu)....

rasanya seperti makan bihun/mee lah... tak rasa pun macam makan nasi...hehehe..
asalnya mee celup ni dari siam...terus dibawa ke mari dengan kapal terbang agaknya....

bihun/mee celup ni diletak kuah macam sup..tapi tawar...
pastu ada isi perut lembu...bukan perut orang....
tak ada ayam..atau daging....
ada sayur kangkung....

nak sedap...bubuh sendiri garam, air lada, gula...

memang sedap...kalau tak sedap... tak ceritalah saya pasal ini.....

sayonara!!!

JARAK 40 KM HANYA RM 6

on 23 March 2011

As Salam Readers!!

memang bikin panas entri saya petang tadikan
tapi sampai bila...sampai bila nak bercakap-cakap saja...
cari cara lain pula.... macam inilah yang ada....
berani kerana benar....takut kerana salah...seksa kerana sakit...

okey2x..kita lupakan entri hot itu...
percaya tak dengan tajuk entri ni..
memang betul....saya tidak tipu siapa-siapa...

jarak 40 KM naik teksi...bukan bas tau....
dari Bandar Machang ke Kuala Krai hanya charge RM 6 saja
itulah yang dihadapi oleh mr. ery.... murahkan...
tapi dengan baik hati.....mr ery tambah RM 2...tak sampai hati katanya terlalu murah sangat..

nikmatnya tinggal di kelantan....masih ada yang murah...
tapi kalau KL... jarak hanya sekakang kera dah kena charge RM 20...
issshhh, geram jea...
itu pasal kalau nak naik kenderaan awam ni...
baik naik LRT atau ERL saja...
biarpun duduk berdiri...janji tak keluar puluh...


nota jari : menghitung hari...demi hari....

RM 10.00 sebulan... susah ke?

As Salam Readers

sudah makan tengahari ke?
yang dah makan tu Alhamdulillah dapat merasa nikmat rezeki hari inikan..
saya dah masuk 3 hari tak keluar makan tengahari ni..
gara-gara tak sedar jam hampir pukul 2 petang...
jadi, merayaplah saya ke pantri kat opis ni..
makan saja roti bakar mahupun biskut kering dengan milo panas....

RM 10.00 sebulan... susah sangat ke nak keluarkan
hah, inilah keadaan yang berlaku kat tempat saya ni
agak lama dah kecoh benda ni....

begini ceritanya....
RM 10 akan dikutip setiap bulan sebagai duit pantri...
duit itu pun bukan dibelanja untuk sebarangan..
beli gula, susu, milo, tea, nescaffe, tepung, roti, biskut..malah tong gas sekali...
kadang-kadang sebagai topup untuk majlis-majlis tertentu...

lagipun tidak dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk bayar....
tapi yang masalahnya...kalau tak nak bayar.. tak payahlah makan atau minum...
ini tidak...ada juga yang pergi serang...dan selamba badak jer kacau air.... bakar roti....ambil biskut... pastu buah muka bodoh....

mana orang lain tak sakit hatikan...
bukannya nak berkira ke apa... tapi sama-samalah keluarkan RM 10.00 tu...

kalaulah ada orang yang bayar tu tidak menghalalkan orang yang tidak bayar itu makan...
hah, pandai-pandailah orang yang tidak bayar itu fikir sendiri...
tanggunglah dosa... makan benda yang tak halal....

lagi satu, sudahlah tak bayar RM 10.00 ini
ada pula yang tangan panjangnya..
tak ada otak ke apa..
ambil barang-barang yang dibeli dengan RM 10.00 itu..
jem, planta, tepung..malah sabun cuci pinggan sekali...

pastu bawa balik ke rumah..kasi bini makan...
kalau bini tu pregnant....anak kat dalam perut pun makan sekali....
hah, nak jawab apa makan makanan yang dicuri dan orang tidak menghalalkannya...
bila anak perangai macam setan...mulalah nak salahkan orang lain....

isshhh...marah betul saya ni..
tapi marah lagi orang lainnya...

cakap apa pun..... ada yang tak ambil kisah juga...

harap maaf kalau ada yang merasa....


nota jari : opppssss, saya pun belum bayar ni. cik ceti kejap lagi saya bayar yer. takut juga orang kata, tuan blog pun sama....

maya bakal menjadi nyata

Assalamualaikum
pagi ini tidak hujan
bila tidak hujan saya dapat sidai kain
harap-harap cerah sehingga saya balik kerja

banyak pakaian kena basuh semula
gara-gara malam tadi ada sesuatu berlaku
nanti saya bagitahu yer

ayuh, kawan-kawan bloggerian..
jom kita bermain boling anjuran dari cute mum dan incik suaminya
di sana kita akan jumpa kawan-kawan bloggerian yang selama ini berbalas komen dan bercerita di alam maya saja...apa kata kita jumpa di alam nyata....

jangan malu jangan segan...
saya pun tak pernah jumpa dengan penganjur ini...
saya pun tak reti nak main.. main untuk suka-suka..
kerana yang menang.... yang tak menang akan dapat hadiah
masuk longkang pun dapat hadiah juga....

yang pasti kita akan bersua muka...
cepat-cepat sebelum terlambat...

nak sangat-sangat jumpa dengan kawan-kawan bloggerian kat alam maya sana...

KLIK SINI untuk maklumat lanjut....

kalau tanya incik BEN ASHAARI tu mahu ke dia join?







mana pergi RM 1

on 22 March 2011

As Salam Reader!



jom, kita memerah otak kali ini...

dapatkah???

bersandiwara di tepian pantai

As Salam Readers!!


setelah berpenat lelah kerja..kerja....dan kerja..... akhirnya membawa anak-anak bersandiwara kat tepian pantai yang damai sekali...



melihat gelagat si adik yang excited bermain pasir... sampai meleleh air liur....



melihat gelagat si kakak yang sedang membuat tarian lagu noraniza idris yang diajar oleh cikgu pada tahun lepas punya....huhuhu....

robot ke pantai rhu kat semerak di pasir puteh negeri kelantan

on 21 March 2011

panjang sungguh tajuk entri tu kan..huhuhu.. apa robot ini buat kat pantai rhu..tunggu tsunami ke..mahu tahan ombak ke....itulah gurauan yg hot sebelum ini kan... sama-samalah kita berdoa dan jauh dari segala bencana....



dalam keadaan was-was pun saya dan famili pergi ke pantai ni... takut nak ke pantai time-time camni sekarang kan... macam-macam perkara bermain-main kat dalam kepala....



tapi bertawakal saja...ajal dan maut tidak kira di mana-mana....



membawa adik dan kakak bermain-main pasir pantai di pantai rhu... nak mandi laut agak berbahaya...



dah tak berapa ramai orang datang kat sini... tak tahu kenapa.... tapi nampak di penghujung jalan sedang dibina resort..entah maju entah tidak.... tunggu dan lihat saja nanti....




tinggalkan anak-anak di sebalik tirai besi ini

As Salam Readers!


kesian sungguh melihat anak-anak ditinggalkan di sini..tapi apa boleh buat..bukan kerana dipaksa tetapi kerana terpaksa......



sepanjang seminggu saya bercuti di kampung...ada beberapa hari saya terpaksa tinggalkan anak-anak saya kat sini.... setiap kali hantar anak-anak... setiap kalilah si adik akan menangis.. nasib baik si kakak okey saja...



disebabkan tak biasa dengan orang... si adik menangis sampaikan si kakak tak dapat nak main.. bila masa saya hantar sini...si adik dah nampak pagar terus menangis tak mahu pergi....



hah, sinilah tempatnya... dah hari cuti sekolah... ramai yang tak hantar anak-anak..hanya saya dan beberapa orang saja yang hantar anak kat sini...sunyi dan sepi...lagipun anak-anak tidak diajar gara-gara musim cuti sekolah...hanya dikasi tengok tv dan main playground kecil saja....



nota jari : ku terpaksa kerana dikau yang merasa....

maafkan ku.....

As Salam Readers!!

sihat ke... maafkan saya..tak sempat nak buat entri-entri baru...hari ini baru masuk kerja setelah saya berhempas pulas bercuti selama sembilan hari.....penat masih terasa kerana duduk kat sebelah driver menemankan mr. ery pandu kereta biarpun kadang-kadang sengek kepala..gara-gara mata katup saya tak tertahan juga...hehehe...

masuk hari ini...kerja sudah pasti menanti...tiada lagi kompromi... harus setelkan yang mana ternanti sekian lama.... baju pun dah bau kotak ni...duduk mengira barang-barang yang dah lama sampai....

rindu pada kawan saya
rindu pada blog saya
rindu pada entri saya
biarpun selama saya bercuti...entri keluar secara auto publish....


nota jari : akan ku cuba sedaya upaya.....


semata-mata kerana ini....

on 19 March 2011

semata-mata kerana inilah saya ambil cuti seminggu.... balik kampung sana..... nasib baik cuti rehat banyak lagi... horeey seronok...tapi penat seh......



harap-harap semuanya okey...



aduss...penat nih.....
 
© Ema Blog All Rights Reserved