tak tahu ok saja..dah tahu was-was pula...

on 30 November 2010

salam dan selamat pagi rakan-rakan.

Alhamdulillah cuaca cerah pagi ini.

nak berkongsi satu citer. satu petang keluar makan dengan mr. ery dan anak-anak. sebelum gerak, mr. ery mahu check air kete. agak lama tak mengecheck. mr. ery terdengar bunyi daun kering dipijak. ingatkan tupai rupa-rupanya seekor ular sedang menyelusuri. nasib baik ular tu tak nampak mr. ery kalau tak, dah tentu terangkat kepalanya.

dan sekarang bila dah tahu ada laluan ular kat situ. memang rasa was-was nak ke garaj kete. perhati betul2 dari jauh. baru berani nak naik kete. kalau nak keluar malam minta mr. ery yang pergi keluarkan kete dulu..barulah aku dan anak-anak naik...kurang asam betul wife nya erkh....oii, takutlah...

memang kawasan laluan binatang berbisa kat tempat tu. kekadang terpikir , kalaulah ular tu boleh masuk kat dalam rumah. bahaya tu. minta-minta dijauhkan.


nota jari : selalu termimpi tentang ular...apa tandanya yea?

SELAMAT PENGANTIN BARU EN. TAJ

on 29 November 2010

petang sabtu ada kenduri kawin. seorang pegawai kat tempat ku cari makan dah bertemu jodoh. majlis kat dewan perdana, Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP). wah memang meriah dan sangat cantik singgahsana raja sehari ni. tahniah kepada mempelai. ku ucapkan selamat menjalani kehidupan dengan sabar dan tabah..dan cepat2 timang anak. bolehlah join dengan budak-budak opis tahun depan...ngeh ngeh ngeh...



sama cantik sama padan gitu....



best-best dapat 2 mug besar ..dan anak2 dapat sweet yang banyak...


inilah ayahsu

inilah ayahsu kepada anak-anak ku dan anak-anak adik-adik ku. nama penuh Nik Hisham Ezzad Iskandar Bin Nik Hishamudin. nama bukan main panjang. bab panggil Nik Ezzad @ yayang saja. panggilnya ayahsu tapi kenapa bapaknya nama lain. yea, inilah anak my mom dengan ayah tiri ku. satu-satunya hero kat dalam rumah. sebelum ini ada seorang anak perempuan tapi Allah lebih menyayangi.. dia pergi dahulu masa umur 3 tahun... akibat penyakit jantung...




sian gak kat ayahsu ni. bila kitaorang ada kat umah hepilah ada orang nak main dengan dia. bila dah masing2 balik rumah tinggallah sorang2 kat rumah tu. tak ada member. tahun depan dah darjah dua.

yang tension pasal ayahsu ni. suka cakap kuat, suka melenting dan tak pandai nak kawan. susah nak bertolak ansur dengan anak buahnya. maybe kecik lagi kot....

bersama MEK

sudah agak lama ku tak jumpa Mek. kebetulan Mek ada kat rumah sahabat baik ku. inilah peluang ku nak jumpa Mek. Mek adalah mak kepada sahabat baik ku (eita). sedih sangat sebab Mek dah tak boleh jalan macam dulu-dulu. keriuhan suara Mek pun dah tak ku dengar lagi. Mek kena strok. Mek dah lumpuh dari pinggang ke bawah.

ku ingat Mek dah tak ingatkan ku lagi. tapi sangkaan ku memang salah. Mek masih lagi ingat ku. ku peluk cium pipi Mek. ku salam Mek. time nak balik, ku dapat lihat muka Mek sedih. jika ada masa, nanti ku jumpa Mek lagi.....





teringat kisah-kisah dulu. time aku menjadi guru ganti kat gua musang. kat rumah Mek lah aku tumpang berteduh. pagi-pagi dah dengar riuhnya suara Mek sebab Mek jual nasi lemak. arwah suami Mek yang hantarkan ke setiap kedai. arwah suami Mek yang ambik ku kat stesen bas dengan motor usang dengan tak pakai topi keledar. dengan cuaca hujan. dengan keadaan jalan yang licin... oh betapa besarnya jasa-jasa diaorang kat diri ku.... tidak akan ku lupakan jasa-jasa itu... INSYAALLAH....


nota jari : masih ada lagi ke wakgtu untuk bersama....

kelantan kaya dengan makanan

setel kerja, zass terus gerak ke kb. mahu balik ke kl. best fren datang ambik kat stesen bas sempat lagi bersinggah kat tempat orang jual-jual pelbagai makanan. dulu gerai makanan ni bersebelahan dengan stesen bas tapi sekarang dah berpindah tempat. tempat lama dah ada bangunan besar giant dan parkson lagi. banyak betul perubahan kat bandar kb. boleh sesat wei... jalan pun dah banyak sehala jea.

banyak betul makanan yang diorang masak. sempatlah pulak. dah tak tahu nak pilih2. ku makan nasi kerabu. perut dah penuh. best fren yang belanja, tak sampai ati pulak nak tolak...ngeh ngeh ngeh....


yang mana satu nak makan nie?



nak rasa ayam panggang dari thailand pun ada... tak usah nak cop passport bagai.... tapi tak tahu apa rasanya....



makcik, kasi nasi kerabu kosong saja erkh.... perut saya ni dah penuhlah...



kesiannya


siapalah yang sanggup cederakan bas ini. biarpun ia bukan benda yang bernyawa, tapi kenalah jaga. ingat masa sekolah rendah dulu. selalu cikgu minta buat karangan 'aku sebuah kereta', 'aku sebatang pen', 'aku sepasang kasut', 'aku sebuah jam tangan' dan sbgnya. so kena bayangkan kita adalah 'benda' itu. macam-macam citer yang akan dikarangkan. betul tak??

kenapa zaman sekarang orang sangat vandalism? apa yang buat diaorang ni tak puas hati?

lepak ngan best fren (Eita)

hah, inilah sahabat baik ku. dialah kawan, dialah sahabat, dialah pejuang (bukan bertempur kat medan perang yea), dialah kawan yang istimewa bagi ku.

sempat lagi lepak kat kopitiam. cit chat cit chat..pot pet pot pet...semua kami berkongsi.... ku harus berkejaran ke p.puteh dengan segera. malam tu, ku jumpa lagi dan sambung lagi citer2 yang HOT...ahaks...



thanks dear, belanja breakfast. memang makan sekenyang-kenyangnya. siap tambah telur separuh masak lagi. harus ku tambah tenaga untuk beKERJA.


bukan cuti semata-mata

ari jumaat lepas, ku terpaksa ambik cuti. balik kelantan. hanya ku seorang diri saja. balik pun hanya untuk sekejapan saja. setel kerja terus balik kl. penat memang penat tapi kalau namanya KERJA, so kenalah buat dengan seikhlasannya kan. zaman sekarang, antara KL dengan KELANTAN pergi balik boleh makan sehari jer.

terima kasih kat mr. ery coz sanggup bangun seawal jam 5.00 pagi gara-gara mahu hantar ku ke LCCT dan terima kasih gak kat MIL coz ikut untuk temankan anak-anak ku....

Alhamdulillah, flight tak delay. kalau delay mahu KERJA ku itu tak dapat nak setel....


tiket first


selepas setel KERJA, ku berkejaran ke KB naiki bas saja. coz my mom dan angah tak dapat nak hantar ke airport malam tu. ada ladies nite dinner. dapat tahu my mom menang 'pakaian bergaya' pada malam tu.bangganya, coz ku yang belikan baju itu. kat SINI bajunya.

my best fren yang datang ambik ku kat stesen bas KB dan hantar ke airport. thanks a lot dear....

tiket last

Kisahnya Azwa dan Aqeel


seorang yang tersangat aktif. bercakap tak reti nak brenti. sangat cerdik. pandai bodek. perasan cantik (cakap huduh terus merajuk). dah pandai membaca. ingatan yang sangat kuat (kalau janji apa2, terus tuntut). berterus terang. semakin terserlah kenakalannya. senang dengan orang luar. pandai bertanya itu ini. rajin ke sekolah. rajin belajar. suka tengok citer kartun.



seorang yang diam-diam berisi (suara susah nak dengar tapi perbuatan bukan main lagi). dah pandai jalan. dah ada 6 batang gigi. pandai marah kat kakak (dengki kalau kakak duduk atas riba mamanya). bila di suruh akan dibuatnya. dah tahu mana hidung, mata, kaki. susah dengan orang luar kecuali nenek (pengasuhnya). suka main kotak rokok ayahnya. kalau jumpa duit syiling terus beri kat mama @ ayahnya lepas tu tepuk tangan. kalau dengar muzik, golek2 badan ikut rentak. kalau dengar azan, angkat kedua2 tangan.

sikit lagi nak limpah

raya haji kat kampung. ujan lebat sangat. air dari jalan raya depan rumah my mom turun selajunya. sikit lagi nak masuk beranda dapur. lagipun ada kesumbatan berlaku kat pagar. pasal itu air dah cecah buku lali.

seronok kakak dengan ayah su dia main kapal kertas.

kalau hujan tak berenti..alamat tenggelamlah dapur kesayangan mom aku ni.



khabarnya lagi 3 kali akan berlaku bencana banjir besar. baru sahaja sekali. akan datang lagi besar. minta-minta dijauhkan segala musibah..AMIN....

nota jari : teringat naik perahu sampai sesat barat...time kecik2 dulu...

GA Dari Celoteh Ckynwan

Salam

ada GA dari Celoteh Ckynwan. dan dapat tahu pun dari cutemum.

sesiapa yang nak cuba bolehlah ke SINI. senang saja syarat-syaratnya.

ermm, nak tag siapa erkh....



GA berakhir pada 5 Jan 2011. cepat cepat sebelum ketinggalan erkh...



* satu pesanan - kepada member yang mamaema tag tu... sila letakkan mamaemacyg sebagai refferer yea... terima kasih banyak....

bangun bangun bangun!!!!

on 25 November 2010

punyalah sodap dua beradik nie tidur. kalau bukan hari kerja konpem mamanya ikut sama.

dah panggil banyak kali nama diorang berdua ni. still tak jalan..nyenyak tidur. selalunya adik sempat juga manja2 dengan ayahnya sebelum pergi kerja. tapi pagi tadi tak sempatlah coz aku angkat dia dalam tidur hantar ke umah pengasuh.

si kakak pulak, selalunya bila dah jaga akan terus minum susu kat depan-depan tv channel kartun. tapi pagi tadi minumlah susu kat dalam kete. kakak dihantar ke umah tok ma nya.

satu tilam ngam2 untuk diaorang berdua jea



sorang melintang sana..sorang melintang sini.....


ada anak adalah bapaknya...

takut tak? geli ke?

mestilah takut wei... bahaya binatang ni...

tragedi semalam kat bilik bos aku...tak silap dalam minggu ni dah jumpa dua ekor.. dah ketuk2 kasi mati..tapi orang pesan kalau ketuk kasi mati kat dalam bangunan akan datang lagi yang lain..betul ke? mulalah rasa takut dan was-was saja. kejap2tengok kat atas siling. kejap2 tengok kat bawah meja. manalah tahukan. kenalah berwaspada selalu.

bos aku jumpa kat atas whiteboard dalam bilik dia. bos ingat tali apa. dan bila perhati dekat-dekat, hah ko bergerak... terkejutlah dia.

kalau dah banyak kali jumpa anak ular ni. kemungkinan satu hari akan jumpa bapak atau ibu ular ke?? ohh tidak!!!!!


cantik betul ko punya kaler badan



nah, amik ko...


ku sangka RM 50

aduh, malunya...macam mana boleh jadi ni...

al-kisahnya, malam tadi pergi ke pasar malam. singgah kat kedai jual buku dan belikan kakak 3 buah buku sekali. 2 buah buku matematik dan 1 buah buku kaler-kaler.

pastu singgahlah kedai makanan kering. nak beli minyak masak tapi dah habis. aku belilah asam jawa. time nak bayar, aku pun keluarkan duit kat dalam poket. aku terkejut kenapa dalam poket ada RM 1 padahal sebelum gerak aku ambil RM 50 kat dalam handbag. seingat aku memang aku ambil RM 50 dan aku pikir mungkin duit RM 1 memang dah ada kat dalam poket seluar. aku cakap dengan mr. ery 'duit mama hilanglah....RM 50'. mr. ery pun minta aku cari kat area kedai jual buku. kot2 ada jatuh kat sana ke. cari2 konpemlah tak ada. mesti orang lain dah kebaskan... so mr. ery yang bayarkan... biarpun harga asam jawa tu cukup dengan duit RM 1 yang ada.

balik rumah, aku terus check dalam handbag cukup tak duit yang aku ada atau aku memang tersalah ambil. dan....

rupa-rupanya memang aku salah ambil RM 1...... oh tidakkkk.......malunya.... tapi perasaan aku sangat lega..tak hilang ke mana RM 50 itu.....ngeh ngeh ngeh....



besar beza nilainya.....sayang oiii...



isi borang LNPT

on 24 November 2010

ari ni dah dapat borang LNPT . saper-saper yang kerja gomen, tiap-tiap tahun dan menjelang ke hujung tahun akan terima borang LNPT. borang ni perlu diisi dan dinilai dan diberi markah oleh pegawai@bos yang kita kerja di bawahnya. maksud LNPT (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan). kalau kerja kita sangat memuaskan dan bos pun puas hati dan beri percentage tinggi akan bernasib baik terima sijil anugerah pekerja cemerlang dan duit RM 1000.00.

first time aku pernah terima anugerah ni adalah 2 tahun yang lepas. rezeki anakku (aqeel) yang dalam kandungan masa tu. syukur Alhamdulillah. dapat berita terima ni pun time aku baru sampai kat airport LCCT balik dari Kelantan. info dari Nora ketika itu.

harap tahun ni, aku punya prestasi kerja up up dan up lagiii..mana tahu kalau rezeki ada untuk tahun ini merasa RM 1000.00 dan sijil untuk kali kedua itu.

nilah satu-satunya gambar yang ada semasa hari penganugerahan APC.



nota jari : mesti ada yang tak puas hati lagi.....

BOSAN!!!!

salam petang

dah lama tak update blog...sangat bz bz bz dan bzzzzzz.....

mood : bosan.

aku dah mula bosan. frust. sedih (taklah sesedih sangat)... nak buat kerja pun, aku dah malas. harus aku hantar surat TUKAR dari sini.

tunggu saja!!!

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

on 16 November 2010


Salam Semua...

tadi tengah singgah-menyinggah kat blog, ada nampak banyak entri blogger-bloger link dengan blog en. ben

nak juga tahu apa al-kisahnya kan... dah baca macam best juga nak berlink2 macam gini. boleh tambah kenalan secara alam maya.

dan kepada yang sudi datang ke blog ema. ema amat-amat menghargainya dan berterima kasih sangat-sangat. dan kepada en. ben terima kasih kerana sudi buat entri sebegini. sudi-sudilah menjadi follower ema dan tinggalkan komen-komen anda. blog ini kebanyakannya adalah mengenai kisah keluarga ema.

salam perkenalan untuk semua ....mamaema

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dengan lafaz Bismillahirohmanirohim

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya sekeluarga . Semoga di hari yang mulia itu nanti ukhwah kekeluargaan sesama umat Islam akan lebih erat dan kukuh...AMIN SEMOGA AIDIL ADHA KALI INI MEMBAWA SERIBU KEINSAFAN TERHADAP PENGORBANAN KITA SELAMA INI...


dinner tanpa kakak...

hari ni banyak betul entri yang aku masukkan. al-maklumlah esok dah nak raya. so esok dah start cuti panjang. makanya entri2 kat dalam ni pun bercuti juga...

malam tadi pergi makan malam kat bangi. makan malam tanpa kakak. Alhamdulillah, kakak pun dah selamat sampai kat kampung. tak sabar mama nak jumpa kakak.

al-kisahnya, on the way mahu cari tempat makan. si adik pula buat hal. dia dah 'uk uk'. habis penuh pampers dan terkena seluar lagi. terpaksalah cari baju lain untuk adik. nasib baik ada kedai yang jual baju-baju budak. selamat adik dah pakai baju baru... kalau kakak ada, jeleslah dia....

pusing-pusing punya cari tempat mahu makan. last-last singgah kedai JM Bariani House. pekena nasi beriani. not bad lah dia punya tempatnya... dibahagi dua..satu beraircond dan satu lagi berkipas (untuk orang merokok).



adik dah tukar baju



nasi beriani daging kepunyaang mr. ery



nasi beriani ayam untuk isi perut ku



lemon ais untuk tekak ku dan coffee panas untuk mr. ery. pencuci mulut brownies cake dan fries.







nak beli kaftan dah terbeli jubah....


time lunch semalam, lari kejap pergi kl. mahu cari kaftan untuk my mom tapi pergi beli jubah moden. amacam, cantik tak jubah moden ni. my mom mahu pakai malam ladies nite. so aku testing ambil gambar dan sendlah kat my mom tu. my mom nak kaftan tapi kaftan tak ada kaler hitam. kaler lain ada tapi tak ikut tema nya pula.

teringin juga nak beli...tapi itu yang status bertapi2.... kena pikir dulu coz mahu balik kampung lagi ini hari.... lagipun jubah ni singkat dengan aku yang tinggi ni.... so terlepaslah sudah...

tahun depan tak beli lagi...

selain sijil, beg pun dapat. makanya tahun depan dah jimat duit mama dan ayah kan. so, kenalah simpan elok2 ni. agaknya mana yang kanak-kanak still sambung belajar kat tempat sama, pasti beg semua sama kaler dan coraknya. beza dengan kanak-kanak lelaki coz diaorang dapat corak kartun ben 10.



antara beg-beg sekolah kakak untuk tahun ini saja. kakak dah ada 5 biji beg asalnya. satu beg memang dah koyak rabak dah dibuang pun dan satu lagi beg sandang. time nak snap gambar ni tak jumpa pula beg sandangnya tu. semua pun kaler pink. nama lagi girl kan.


sebelah kiri tu beg dibeli dengan hasil duit raya kakak sendiri. beli kat kuantan. kat tengah hadiah dari sekolah dan yang kanan itulah kakak bawa tiap-tiap hari ke sekolah. dibeli oleh cikngahnya kat Singapore. dah comot sangat-sangat. penuh kesan-kesan pen diconteng2 kat beg tu. aku dah pesan dan ingatkan kat kakak tak mahu lagi buat kotor kat beg2 sekolahnya.

dan inilah hadiah yang aku dapat malam tu


berakhirlah sudah....

berakhirlah sudah majlis hari graduan, anugerah cemerlang dan perpisahan tadika perpaduan. kakak dah start cuti panjang, kat kampung dah pun dia. tapi sekolah masih lagi dibuka. jumaat ni sepatutnya last sekolah.

cantikkan dia punya sijil. siap diletakkan gambar dan bercorak colourful lagi. al-maklumlah kanak-kanak riang...mamanya pun riang sama...



mananya tak riang...mamanya posing sama



anak-anak yang mama sayangi



nota hati : rindu..rindu sangat kat kakak.

kakak ada customer

amboi-amboi kakak. bukan main lagi dia. senyap-senyap saja yea. kakak sedang tunjukkan teknik-teknik bermake-up. dia nak jadi pengganti mamatok dan cikngah agaknya. customer dah betul-betul ready tu.



bukan main lagi kakak tilik mukanya erkh. kusyuk bebenar



mama janganlah tengok kakak. kakak malu lah....


demi kakak...adik berjaga...

demimu kakak yang tersayang. adik sanggup tahan mata untuk melihat kakak terima sijil. walaupun agak lewat malam, adik sanggup berjaga demi kakaknya. selalunya adik akan tidur awal.


adik pun dapat hadiah juga kan. eh, terperasan lah pula. ini hadiah mama. mama pun dapat hadiah dari cikgunya.



tapi adik nak juga hadiah ni. kakak dengan ayah serta mama tak boleh ambilnya.


koir

on 15 November 2010

ingatkan kakak buat persembahan tarian dikir puteri. sebab tiap-tiap malam kat rumah kakak minta dipasangkan lagu dikir puteri dan buat tarian yang diajar cikgunya. rupa-rupanya cikgu pilih kanak-kanak berumur 6 tahun saja dan lagipun pakaian tradisional tidak cukup untuk dipakai.



kakak masih muda. 2 tahun lagi kakak akan sekolah kat tempat yang sama. masih ada peluang... walaupun tidak masuk persembahan tarian, kakak berkoir. siap duduk kat depan.

kakak hanya nyanyi ikut sedap mulut je. ada minta dia nyanyi kat depan mamanya ni, tapi aku sendiri pun tak faham. nasib baik ada backup singer yang kuat2 kat belakang tu.



mulut merah menyala pakai lipstik



jom kita nyanyi bersama



sempat lagi pandang kat ayahnya



luasnya mulut...aaaAAAaaaaAAA....



inilah semua anak-anak didik cikgu nurli



terima kasih kepada cikgu nurli dan cikgu gaya kerana memberi tunjuk ajar kepada kakak. pengorbanan cikgu sangat-sangat dihargai.

 
© Ema Blog All Rights Reserved