kuning tudung kakak

on 28 October 2010

semalam entry mengenai kuning kasut adik. opppsss....silap bukan semalam tapi dah berhari-hari. aku terlalu sibuk hingga blog pun aku tak sempat nak update nie. kali ni nak buat entry mengenai kuning tudung kakak pula. kakak beria-ia nak pakai tudung ke tadika. kebetulan hari jumaat memang pakai baju kurung, jadi kakak pakailah tudung yang aku belikan. kiranya agak bersesuaianlah kaler tudung dengan bajunya. dan hari yang sama juga doktor akan buat pemeriksaan kesihatan kepada kanak-kanak sekolah tadika.

makin tembam pulak tengok muka kakak bila pakai tudung ni.



jom, ikut saya pergi sekolah



aku akan didik anak-anak aku dengan sebaik-baiknya. selagi diaorang dalam jagaan kami berdua selagi itu akan ku jaga sepenuh hati dan jiwa. diaoranglah penawar jiwa dan pengubat segala duka....

kasut kuning adik

yeaaa, adik dah dapat kasut baru. kasut baru kaler kuning lagi. orang lain suka bila dapat kasut baru tapi reaksi muka adik masam mencuka saja. macam tak suka pula mama beli kasut yang murah ni. mama tak nak mengajar anak-anak mama dengan pakaian atau barangan yang berjenama dan mahal. setakat kemampuan mama dan ayah saja. bila dah besar nanti adik mahupun kakak berusaha sendiri untuk mendapatkannya.



tapi sebenarnya adik suka mama beli kasut untuk dia. biarpun harganya murah saja. dia berusaha mencuba untuk pakaikan sendiri. berpeluh-peluh adik duk try pakai kasut tu. akhirnya...akhirnya...akhirnya... tak dapat juga..... cuba lagi adik... satu hari akan berjaya...


nak air atau nak cawan??

on 20 October 2010

kalau di tenung-tenung kat gambar ni cam biasa jea rupa parasnya. tapi kalau tengok life konpem ramai yang berkenan tau. termasuklah aku ni. coz bukan main besar lagi saiz ia. kalau hidang air kat mr. ery guna cawan ni mahu tersadai kekenyangan tidak pun simpan air tu berhari-hari lagi. aku teringin nak beli juga. nanti aku cari sebab aku pun dah tahu nak cari kat mana. korang berminat nak cawan ni jugak boleh pm aku. kita buat bisnes sikit.



korang boleh bayangkan besar mana saiz cawan ni. aku rasa kakak pun boleh duduk kat dalam tu. ish..ish..tak adalah besar gitu sekali. kalau setakat buat topi untuk kakak makanya tenggelam lah muka dia tu.

kakak nak minum air apa tu? dah habis ke minum airnya? sampai kosong tinggal tu. cawan ni disiapkan sekali dengan pelapik dia yea. ala yang korang dok panggil piring tue. piring cawan nie pun dah sama saiz pinggang nasi kat rumah aku.



seriau pulak tengok kakak ni pegang cawan tu. kan kalau jatuh, aku jugak yang kena ganti nanti. tersenyum simpul gayanya nak minum air. sori air tak ada yea sayang.



letak elok-elok tau. cawan ni ada kat sebuah hotel di Kuala Lumpur sebagai trademarknya.



dan kita akhiri dengan gambar kakak yang sangat-sangat kelaparan. siap nak makan batang-batang buluh tu. kakak ingatkan itu buluh lemang agaknya.




ribu riban agaknya

berapa harga untuk lampu camni? korang mampu tak miliki lampu ni. berangan hendak tu adalah tapi nak miliki jauh sekali kan. kalau pasang kat rumah aku konpemlah cecah ke lantai lainlah kalau rumah bak istana. tiap ruang akan dipasang lampu camni agaknya. tapi memang cantik ia punya kristal tu. mahalnya pada kristal-kristal yang tergantung. ia punya mentol tu aku tengok macam yang biasa-biasa saja.



bila on jea lagilah bertambah cantikkan. tapi aku tak berapa suka kalau cahaya kuning. boleh buat sakit mata. kalau putih aku suka. korang ada angan-angan nak pasang lampu ni kat rumah korang?? kalau aku setakat berangan saja lah jawabnya. lainlah kalau dapat cabutan bertuah atau hadiah misteri ke.




beginikah rupanya?

korang pernah tak acu cuba try test pakai detox patch nie? ala pelekat berubat yang letak kat tapak kaki tu. yang sesuai dipakai time malam-malam. senang citer pakai time tidur pastu bangun dari tidur esok paginya barulah buka. nanti korang boleh nampak kesannya kat detox patch ni. apa kesannya, jadi hitam ke? kelabu ke? coklat ke? biru ke? merah ke? tukar kaler merah mahupun biru ni, tak pernah lagi aku dengar. lainlah kalau korang kat sana pernah dengar.

beginilah rupa detox patch dalam bungkusan. mr. ery beli dengan dia punya adik. nak cuba dan tengok kesannya. tak silap aku 10 bungkus RM 15.00.



dan ginilah cara tampal kat tapak kaki tu. nie bukan gambar kaki aku ataupun mr. ery yea. aku copy saja kat internet tu nak tunjuk cara tampal yang betul. kan tampal salah tak menjadilah pulak.



dan inilah hasilnya. tak adalah hitam sangat. kelabu-kelabu asap jea kalernya. mr. ery guna detox patch ni sebanyak 9 keping (kiri dan kanan), selepas guna 9 keping ni kaler dia dah semakin cerah. aku hanya sempat guna 1 keping jea. sama juga kalernya. hanya kelabu-kelabu asap jea. tak adalah hitam melegam macam arang tu. mungkin toksin dalam badan aku ni kurang.



nie aku sediakan sedikit info tentang detox patch nie. mana tahukan kalau korang berkenan nak cuba. SELAMAT MENCUBA.

Guna 5 malam berterusan rehat 2 hari - ia bertujuan untuk mengumpul toksin yang tersumbat dalam badan kita. kemudian pakai semula selama 5 malam, rehat 2 malam dan seterusnya. (aku tak ikut pun arahan ni. itu pasal tak rasa apa-apa kesannya kot).
Ini bermakna hanya perlu pakai selama 22 malam sahaja dalam sebulan.

Tanda-tanda banyak TOKSIN kat dalam badan kita

• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi.

FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX PATCH

* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Membuang angin dalam badan.
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok

bisnes baru

on 15 October 2010

bisnes baru lagi ke??

tentu korang pikir aku ni asyik bisnes jea. kerja tak mahu buat.opss sori ye, kerja tetap kerja. bisnes tetap bisnes. yang pasti kerja setelkan dahulu.

tapi kali ini bukan aku punya bisneslah. tapi mr. ery punya kerja la. kerjanya membaiki pc@lappy selepas waktu kerja. mr. ery ni pun kerja jugak so tak bolehlah nak skip dia punya full time kerja tu kan. kalau korang ada problem pc atau lappy tu bolehlah calling-calling mr. ery ni. yang senang-senang tue bolehlah, yang susah-susah tu kena tengok dulu apa kerosakkan dia dan barulah dapat tahu boleh ke tidak nak baikinya.

nie customer punya lappy. aku pun dah tak ingat yang ke berapa dah ni. kekadang kalau mr. ery dah menyinggah rumah kawannya, ada yang problem tu, terus kat situlah di godek2nya. tapi kalau tak dapat selesaikan terpaksa dibawa baliklah pc@laptop orang tu. takkan nak bermalam kat rumah orang pulakkan.

hah ko, sampai dua sekali jalan



hampiri jam 12.00 malam, masih lagi mencari-cari penyelesaian dia. setakat ni oklah, semua dapat dibaiki oleh mr. ery ni. so macamana? korang ada masalah pc@lappy korang tak? kalau ada janganlah segan-segan nak bertanya tau.



bisnes ni adalah sampingan untuk kami sekeluarga. sokonglah kami untuk memajukan lagi bisnes-bisnes yang kami lakukan. sokongan anda sangat-sangat diperlukan dan kami berterima kasih di atas sokongan anda semua.

Pembentangan Bajet 2011

on 13 October 2010

Akan diumumkan pada 15 Okt 2010 (Jumaat) jam 3.00 petang oleh Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kita. Adakah belanjawan 2011 akan membuatkan golongan kakitangan awam tersenyum? Kita tunggu saja di depan media elektronik. Apa yang korang hendak dan inginkan???? Kita tunggu dan lihat....



fikir-fikirkan


kakak layan adiknya

layan saja (*_0)



video

dah lama mencari akhirnya dapat

Kalau Berpacaran_Sohaimi Mior Hassan n Anna Raffali


(Sohaimi Mior Hassan)

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang

Menjaga susila ibu bapa adik abang

Apabila berdua carilah tempat yang terang

Agar tidak pula mencoba aksi terlarang


(Korus)

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang

Duduk renggang-renggang bertambah sayang

Biar malu-malu biar segan-segan

Kerna malu itu perisai orang beriman


(Ana Raffali)

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama

Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan meminang dengan segera

Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya


(ulang Korus)


(Altimet)

Yeah kita sambung cerita

Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha

Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah


Hai teruna bikin perangai selamba

Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah

Kalau tak sedia ucap syahadah


(Ulang Korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)

jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)

Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)

bertambah sayang (nanti konfirm dapat)


Biar malu-malu (jangan malu-malu)

biar segan-segan (jangan segan-segan)

Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

kenapa tidak rogol saya?

on 12 October 2010

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulania mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

4 golongan lelaki ke neraka ..

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."


Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

10/10/10- tragedi oktober


10/10/10 - ada hikmat di sebalik keunikan nombor itu.

10/10/10 - hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke-6.

10/10/10 - hari perkahwinan angkasawan negara.

10/10/10 - hari perkahwinan sesiapa yang mahukannya.

10/10/10 - dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa.


semua orang berebut hendakkan tarikh 10/10/10 sebagai sejarah perkahwinan, pertunangan, declare as a couple, lahirkan anak dan sebagainya. tapi tiada siapa menduga tarikh ini juga tragedi melanda. seramai 12 orang telah meninggal dunia disebabkan kemalangan yang melibatkan dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van. kita ikuti berita ini.

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu. Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut. Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal. Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ. Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau. Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif. Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan. Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.

Al-Fatihah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat

istimewanya tarikh 10/10/10

bukan sahaja tarikh tersebut sangat istimewa kepada Datuk Sheikh Muzaffar dengan pasangannya Dr. Harlina kerana mereka telah disatukan tetapi bagi aku dengan tarikh ini genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku bersama mr. ery. aku sangat bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan kurniaanNya dan pemberian anak2 yang sihat dengan diberikan nama Azwa Safriena dan Aqeel Syafiq.

selama tiga tahun perkenalan. aku diikatkan tali pertunangan dan selepas setahun aku disatukan dengan majlis yang ringkas saja. aku dinikahkan di masjid kampung malaysia tambahan, sungai besi di mana tempat aku tinggal sekarang ni. hanya abah, mom, adik , sepupu dan tiga kawan semasa study ( ely, wafa dan zura) yang datang. kiranya aku dinikahkan gantung dululah tanpa majlis besar-besaran. majlis memang sangat ringkas sahaja tanpa ada kad-kad jemputan dan makan2 pun hanya kat rumah FIL aku.

bulan mac 2005, barulah aku buat sedikit majlis bagi pihak keluarga aku. itupun dibuat kat rumah mak saudara aku kat gong nering, jertih. untuk kesenangan bagi abah aku datang. kalau buat kat rumah mom aku, tak datang agaknya. yealah, abah dan mom aku dah lama berpisah dan masing2 dah mempunyai keluarga sendiri. okey2 kita lupakan kisah abah dan mom aku nie.

setelah setahun lebih aku kawin, barulah aku disahkan mengandung. mula tue agak bimbang juga sebab agak lama menunggu untuk mendapatkan zuriat ni. aku punya keturunan jauh-jauh tue ada yang sampai sekarang masih tak dapat zuriat. minta dijauhkan. dan selepas anak aku yang sulung dilahirkan, memang aku merancang untuk jarakkan kelahiran anak. tapi setelah si kakak dah berumur 3 tahun aku telah disahkan mengandung lagi. memang niat untuk tambahkan anak. kesian kat kakak main sorang2. tahun 2009, aku telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel dan sihat. bersyukur sesangat.. apa yang aku hajati... telah ditunaikan.. dikurniakan dengan sepasang cahayamata yang cerdik, pintar, pandai, banyak celoteh, sihat, bersemangat dan segala2nya. tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku.

aku akan doakan kepada member2 aku yang ingin mendapatkan cahaya mata akan segera mendapatkannya... AMIN...

ini gambar semasa konvo kat UTM, Johor Bahru. aku telah grade bersama-sama.


mr. ery ni adalah junior aku


setelah kami diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 10/10/2004



di atas pelamin di majlis perkahwinan aku di kampung



bersama-sama keluarga FIL aku di hari persandingan aku




nota jari : kenangan kembali...

rayer hiphip hooreyyy!!!!

on 11 October 2010

raya oh raya..sukanya bila dengar lagu raya. syahdunya bulan syawal dah nak sampai penghujungnya. tapi still lagi berhari raya. tak kira di mana2. janji makanan ada. lemang, ketupat ada segalanya. masuk mulut telan saja. sakit perut tanggung jua... oh nikmatnya berhari raya...

itulah jika bulan zulkaedah belum menjelma selagi itulah beraya. aku pun suka. jimat duit belanja. makan free saja. siapa yang tak suka??.

sepanjang minggu dapat makan free saja kat opis ni. memang rezeki murah semua. pada 7hb 10 aku punya opis buat jamuan raya secara besar-besaran. jemputan seramai 200 orang tapi yang datang tidak pula sampai beratus agaknya. memasing ada hal sendiri. janji kitaorang puas hati. lauk pauk kuih muih yang terlebih boleh tapau buat famili. janji jangan kenyang perut sendiri. kena ingat anak-anak dan suami.

yang paling best dapat pujian dari KP. hasil hiasan setiap meja idea kami. semua senyum hingga ke pipi. penat lelah dah tolak ke tepi.

macam berpantun pulak aku ni. tapi yang pasti aku tak peduli. tengok saja gambar kat bawah ini.... harap korang hepi...dan aku lagilah hepi....

kita mulakan ngan orang2 yang memang pantang pandang kamera.....

iffah, pian, nora, aku, dan naza


nie adalah hasil tangan semua2 yang terlibat..sebahagian sahaja..ada 15 meja semua untuk dihias.


tepak sirih

batu sungai

labu sayung

lesung batu dengan bahan2nya.... nie adalah aku punya idea...

sarung ketupat dengan beras pulut

kekacang


sebelum ketibaan tetamu sempat lagi ambil gambar beramai-ramai bersama KP untuk raya tahun ini. takut2 tahun depan dah tak buat lagi..korang tengok kat dalam gambar ni siapa yang paling menyerlah sekali.



aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu di depan pintu masuk. dah le kena berdiri dengan kasut tumit tinggi, tak tahan kaki dah melecet terus tukar dari kasut ke widges jea. siap dah tampal pelekat kat celah2 jari kaki.

bersama rafi, bekas rakan sekerja aku. dulu pen. akauntan sekarang ko dah PTD. aku jugak yang ternanti-nanti. bila nak pergi dari sini.



maaf, semua sudah kepunyaan orang.



suka tengok gambar ini



bersama bekas KP yang paling diaorang sayangi... I like too....



jamuan dah sampai ke penghujungnya. apa lagi pakat jamu dan makan semua. untuk yang kali ke berapa... buat-buat tak tahu saja.



bersama k.nor



bersama mama yang sedang berputik hasilnya kat dalam perut.



kalau kitaorang jual lemang nie. laku tak?



dengan itu, berakhirlah sudah open house kat opis tahun ini. INSYAALLAH harap2 tahun depan buatlah lagi..

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
sakit perut tanggung sendiri
esok korang jangan mc

persiapan raya

meriah sungguh kalau nak sambut raya erkh... semua orang bergumbira. persiapan kali ini bukan persiapan raya kat rumah tapi persiapan raya untuk opis. inilah kali pertama diadakan secara besar-besaran sejak bertukar2 KP ni. maybe bila dah ketuanya perempuan maka ginilah hendaknya... apa yang penting kerjasama.

kebetulan pada hari persiapan raya ni, berlaku blackout. so kerja di opis dah tergendala. makanya bersepakat ramai-ramai bekerjasama menyiapkan segala hiasan bagai. last2 minit pun sempat lagi pergi beli bahan-bahan yang tidak cukup. aku dengan k.is lah yang rajin sangat pergi beli bahan2 tu. kitaorang zass ke chow kit kejap.

apa pulak mata aku ni katup. bukan ngantuk erkh. orang yang amik gambar ni time mata aku kelip tau. bukan main besar ketupat hias ni. tapi bukan aku yang jalinkan. itu hasil tangan member2 opis aku.



rajin sungguh diaorang ini semua. masing-masing pandai-pandai buat kerja itu dan ini tanpa di suruh. bukan tahu mengarah macam sesetengah orang tue.



excited sungguh diorang ni bila bergambar. memasing memang giler kamera gitu. tapi bila bab kerja yang disuruh memang dibuatnya. bukan kat gambar ni jea diaorang ni tunjuk buat kerja. betul tak kekawan semua??



sebahagian hiasan yang digantung. ini hasil kerja iffah, naza, jureemi dan kak nor.



hiasan sepenuhnya akan aku update the next entry yea...sayonara...

raya kat rumah - Part 3

on 05 October 2010

sebelah malamnya pula, acara mengambil gambar satu famili. dah lama plan nak ambil gambar bersama2 so malam tue barulah jadinya. tapi bukannya senang nak ambil...

testing gambar dua budak nakal.... kejap2 elok...kejap2 gaduh.. bukanlah gaduh2 besar...gaduh2 budak2 kecik gayanya...

azwa dan aiman


sian budak kecik dua orang tue. hanya nampak kepala saja. tiga orang nie adalah adik ipar aku semua.


kat bawah ni adalah gambar2 satu famili. kepada ipar duai ku, pilihlah yang mana satu yang elok dan nak dicucikan nanti erkh...



yang ni

atau yang ni

yang ni ke

yang nie elok tak?

dan pilihan yang nie ke??


hah, bagilah komen nak yang mana satu yea.


gambar MIL dan FIL


dan tak lupa juga gambar poknik sekeluarga bersama baby baru...



dan lastly gambar aku bersama adik2 iparku...



berakhirlah sudah open house untuk tahun ini... INSYAALLAH tahun depan jumpa lagi raya..

 
© Ema Blog All Rights Reserved