Orang dah habis beraya barulah nak buat entri pasal berbuka puasa. itulah dia nama MALAS menjelma. apa yang penting buat juga.
Ini adalah majlis berbuka puasa geng2 sekolah menengah kamil. asalnya untuk semua geng kamilian tapi yang hadir hanya geng2 SPM tahun 1998 pulak gayanya. mulanya macam segan tapi mahu hendak join event ni. tapi bila difikirkan pulak time nielah nak berjumpa face to face. tak adalah kenal dan berborak kat fb saja. walaupun tak meriah mana, tapi semua enjoy malah ramai yang dah ingat2 lupa masing2. soklan yang sama bertanya nama apa? kelas mana? oooo baru ingat jawapannya...hehehe
tahniah dan terima kasih kepada ajk yang berpenat lelah menganjurkan majlis ini. minta halal apa yang terkurang dan terlebih dari kami sekeluarga. next year jemputlah lagi...
oppss lupa nak bagitahu tempat majlis berlangsung nie. majlis nie dekat Istana Budaya, Kuala Lumpur .
kita mulakan dengan gambar famili masing2. tapi yang ada gambar famili ku sendiri saja. aqeel dah tak sabar nak sambar kuih muih yang terhidang kat belakang. itu pasal dia pandang ke belakang.

kan dah cakap aqeel dah sambar kuih yang terhidang. bukan main seronok dia dah dapat rasa kuih donut. menjerit si kakak ambil kuih donut dia punya.

kakak dah mula buat aksi2 'kepoyoannya' akibat menunggu lama untuk makan padahal dia dah kelaparan sebab tak puasa.

si adik juga dah mula nak buat aksi2 yang seksa mamanya. dah mula bunyi ek ek ek. merengek mahu nangis.... dan akhirnya....

dan akhirnya dia teriak hingga semua dengar. ini bukan pasal nak tidur tapi pasti kena cubit kat cik effa nie. sebab bukan main senyum cik effa ni akhirnya dia berjaya mencubit anakku...huawaaaa....

bila azan maghrib berkumandang, makanlah kami dengar berselera. walaupun tak ramai yang hadir tapi tiga meja juga kitaorang penuhkan.

kekawan dari kelas sains dan ekonomi

mak2 dara dan anak2 dara tak lepas peluang ambil gambar bersama. yang berdiri sebelah aku nie suriani (wife kpd faisal- satu sekolah kamil), cik shikin (satu kelas ngan aku), cik ros (seorang cikgu), shikeen (dah kawin), Asmat ngan anaknya (yang nie memang aku tak ingat langsung namanya tapi ingat rupanya), hafiza @ jaa, si kecik molek najwa (pengurus besar majlis), dan mardiana ( kelas ekonomi 2 tak silapku)..dan yang duduk kat depan mula sebelah kiri nie elina @ mcna (selaku ceti dlm majlis nie), nurhanani ( memang tak dapat nak ingat siapa dia nie?), cik effa, cik sal dan cikgu asyrani ( tokey kek dan biskut2)...

dan inilah kami semua bersama suami@isteri@ bakal isteri@makwe@pakwe serta anak2 masing-masing
