Who is she?

on 16 May 2013


Congratulation to mommy adibah

Semua panggil mommy walaupun dia lagi muda....baru 26 tahun anak dah tiga.

Last Friday keluar utusan Malaysia dan next month bakal keluar di majalah hijab.

from housewife to 6 figure lady.

 Awesomazing Team and GLAMpreneurs.

Dia seperti 'guru' yang selalu bimbing anak-anaknya.






 


Off to Melaka

on 14 May 2013


Hari ini hingga Jumaat akan berada di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Maybe online maybe offline tengok pada keadaan.

Anyone from Melaka?

WhatsApp me..okey.

Jangan malu-malu...saya pun segan.


Sayonara.



Takut kerja dengan polis

on 10 May 2013

Salam Semua

Pegawai polis garang ke? 

Selalu dengar penjawat awam takut nak bekerja di bawah Pegawai Beruniform seperti Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.

Pengalaman aku sepanjang kerja di bawah pegawai beruniform sangat menyenangkan kerana mereka banyak pengetahuan dan pengalaman malah 'sporting' lagi.

Aku dah kerja di bawah Pegawai Polis seramai 8 orang yang berpangkat ACP dan Supt dan 5 pegawai Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Lt Col.

Pegawai-pegawai ini dipinjamkan untuk berkhidmat di pejabat aku selama 2 tahun malah ada yang lebih 3 tahun kerana menyambung kontrak berkhidmat di sini.

Selepas habis kontrak mereka akan kembali bertugas di jabatan sebenar. Jadi, setiap dua tahun sekali dan 3 orang pegawai akan bertukar.

Ini adalah bos aku yang ke-4. Semalam, bos aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012 dan bukan senang nak lihat bos aku memakai pakaian beruniform lengkap.
 

Tahniah tuan dan terima kasih tuan ACP kerana mengambil gambar ini. 

Mula-mula aku pun takut nak kerja dengan mereka tapi dah hampir lapan tahun kerja mereka tak ada lagi mereka makan aku.

 

Kemeriahan PRU Di Negeri Kelantan

on 09 May 2013

Salam Malaysia, 

Walaupun PRU sudah berlalu, tetapi desas desus mengenai PRU kali ke-13 masih jadi bualan hangat.

Ada yang puas hati ada yang tidak puas hati...bukan mudah untuk puaskan hati orang lebih-lebih lagi melibatkan hati ramai orang...iaitu rakyat Malaysia.

Aku tak nak cerita pasal kekecohan politik di Malaysia tapi aku nak kongsikan pengalaman aku balik kampung untuk mengundi pada PRU 13 ini.

Kemeriahan menyambut PRU di Kelantan sangat berbeza di tempat-tempat lain...di sini aku akan bezakan di tempat aku Pasir Puteh, Kelantan dan KL di kawasan tempat tinggal aku.

PRU ini boleh ibaratkan satu perayaan bagi Orang Dewasa.. Mereka semua memang bersemangat menyambut pilihanraya. Aku juga sempat pergi ke pos-pos parti yang dihias mengikut kreativiti sendiri. Malah, ada pos sediakan makan ringan dan antara yang sempat aku rasa ayam bakar dan nasi dagang.

Antara salah satu pos Barisan Nasional di Bandar Pasir Puteh

Kreativiti pos Pas di kawasan Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan

Lihat pos kedua-dua politik ini. Walaupun berbeza politik dan pos-pos dibina bersebelahan tiada berlaku kekecohan pun.


Malam kemuncak PRU adalah paling bermakna. Aku sempat melihat kemeriahan perarakan membawa bendera-bendera politik masing-masing.

Dengan laungan Kekal.....Tukar 

Kemenangan di kampung aku adalah Kekal.



ByPass Seafood Kini DiBuka

on 08 May 2013


Restoran ByPass Seafood ini di Pasir Puteh, Kelantan. Kedai makan baru buka. Adik-adik bagitahu sedap dan murah...tapi adakah betul ianya murah dan sedap?
 

Entah apa yang dibualkan dua beranak ni....


Aku selepas menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Dari pagi hingga lewat petang tak makan.. perut bergendang gendut minta diisi. Bukan lama pun nak bertanda pangkah itu tapi lama untuk dapatkan apa yang dijanjikan.


Balik mengundi dengan Aqeel saja...kesian si Aqeel, dari pagi lagi duduk dengan ciksu..
 

Ini somtam...ek eleh macamlah korang tak kenalkan...lauk yang sampai dulu
 

Dan antara makanan yang diorder...semua ada ayam..kalau mr.ery ada konpem tak order ayam.

Total semua : RM 49.80

Bintang 3/5 saja.
 



Macam mana nak tengok dan reply komen pada entri

on 02 May 2013





Salam Semua.

Siapa boleh tolong saya.

Saya tak dapat nak tengok senarai komen dan reply komen pada entry.



Anak dipanggil di tempat perhimpunan sekolah

on 30 April 2013

Inilah kakak Azwa. 


Semalam nama kakak azwa dipanggil di tempat perhimpunan sekolah pagi.

Cikgu yang nak sebut nama dia pun sampai tersekat-sekat.

Kenapa?

Nama kakak azwa dipanggil kerana telah mendapat tempat kedua pada Minggu Bahasa Malaysia.

Alhamdulillah, mama bangga dengan kamu kakak.

Susah ke nak sebut nama Azwa Safriena...mungkin mereka dah terbiasa dengan nama Najwa.

Saya pun tak pasti bagaimana cikgu menilai.

Tahniah untuk kakak azwa.

 
© Ema Blog All Rights Reserved